Guna Madu Untuk Hilangkan Batuk Anak Dengan Cepat? Petua Mujarab Ini Diperakui Ramai Ibu-Ibu Tau!

Bagaimana untuk buat tuam madu bagi menghilangkan batuk anak dengan cepat? Apa pendapat doktor mengenai keberkesanannya? Dapatkan jawapannya di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak sakit, biasanya ibu bapa akan cuba petua hilangkan batuk anak secara semulajadi dulu. Tapi boleh ke petua hilangkan batuk anak digunakan jika si kecil mengalami batuk berkahak?

Lebih-lebih lagi apabila bunyi batuk si kecil semakin teruk sehingga mengganggu semasa tidur. Sudah pasti kita rasa lebih baik pergi ke farmasi terdekat untuk membeli ubat batuk berkahak supaya anak cepat sembuh.

Namun, menurut pakar kesihatan, sesetengah ubat batuk yang ada di pasaran, sebenarnya tidak banyak membantu. Sebaliknya, ubat-ubat ini boleh memberi kesan sampingan yang berbahaya terutamanya untuk bayi kecil dan kanak-kanak.

Oleh itu, apabila memberi ubat kepada anak, adalah penting untuk mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor.

Nasib baik kini ada petua hilangkan batuk anak yang semakin popular iaitu dengan menggunakan tuam madu. Adakah ia benar-benar berkesan? Mari kita baca mengenai pengalaman beberapa ibu yang telah mencuba petua ini, serta pendapat pakar perubatan mengenainya.

Petua hilangkan batuk anak

Sebelum itu, ibu perlu belajar cara untuk buat demah madu. Mudah sangat-sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Semuanya boleh didapati di dalam rumah. Berikut panduannya:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • madu
  • tepung
  • minyak sayuran
  • plaster perekat

  1. Tambah sedikit minyak sayuran dan gaulkan adunan itu sekali lagi.

  2. Kemudian leperkan pada sekeping kain kasa dan letakkan atas plaster perekat yang besar.

  3. Tampalkan pada dada kanak-kanak, terutamanya sebelum tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tuam itu boleh ditanggalkan selepas 2-3 jam, manakala orang dewasa boleh dibiarkan semalaman.

Petua hilangkan batuk anak ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak 6 bulan ke atas. Sekiranya bayi anda masih kecil dan berusia kurang dari 6 bulan, dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba petua ini.

Petua hilangkan batuk anak: pengalaman ibu-ibu yang telah mencuba tuam madu

Dipetik dari theAsianParent Singapura; seorang ibu bernama Rachel Lim telah mencuba satu petua hilangkan batuk anak ini. Rachel mendapati petua ini sangat berkesan dan telah berkongsi pengalaman di Facebook.

Resipi Rachel cuma berbeza dari segi bahan sahaja. Dia lebih suka menggunakan minyak kelapa dara (VCO) dan juga menambahkan sedikit jus halia halia kepada campuran madu yang digunakan untuk tuam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam catatan Facebooknya, dia berkata:

“Biasanya kira-kira 2-3 jam selepas anak saya tidur, dia akan mula batuk teruk dan merengek. Malam tadi saya tampalkan tuam madu itu selama 4 jam. Lepas itu saya tidak dengar apa-apa pun. Tiada bunyi sesak hidung, tiada bunyi kahak dan anak saya tak batuk pun sepanjang malam.”

Wakil dari theAsianparent Singapura telah menghubungi Rachel untuk mendapatkan pengesahan bahawa petua hilangkan batuk anak ini benar-benar berkesan. Rachel juga percaya ekstrak halia yang digunakan itu juga membantu menyembuhkan batuk anaknya.

Pendapat pakar perubatan tuam madu untuk anak batuk berkahak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Dr. Pradeep Raut, seorang pakar pediatrik untuk Kinder Clinic, Singapura mengatakan, walaupun tiada data klinikal untuk menyokong petua ini, terdapat bukti keberkesanan madu untuk merawat batuk bagi kanak-kanak lebih dari 1 tahun.

Walaubagaimanapun bukti ini hanya untuk madu yang dimakan dan bukan digunakan sebagai tuam. Madu selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk teruk. Tetapi ingat ya ibu-ibu, madu tidak boleh diberikan kepada anak di bawah umur 1 tahun.

Dr. Pradeep berkata madu adalah alternatif murah dan selamat untuk melegakan batuk. Ia juga mempunyai unsur-unsur antioksidan yang boleh meningkatkan sitokin (protein kecil yang mengawal imun) dan mempunyai kesan anti mikrob.

*Ingat ya ibu bapa, petua madu ini hanya boleh digunakan sebagai tuam sahaja bukan untuk dimakan. Kanak-kanak dibawah 1 tahun tidak boleh diberi madu kerana risiko botulism

Sumber: theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hati-Hati Dengan Batuk Ini, Anak Anda Mungkin Menghidap Penyakit Krup!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio