Main flying fox memang menyeronokkan, bukan sahaja bagi orang dewasa malah kanak-kanak juga menyukai aktiviti tersebut. Kebiasaannya aktiviti lasak ini dilakukan di luar rumah manakala jika di dalam bangunan, banyak pusat berbayar yang menyediakannya kepada pelanggan
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Main flying fox dalam rumah, tetap utama keselamatan
- Netizen terhibur, minta kongsi tutorial
Seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini, dia membina permainan tersebut di dalam rumah namun tetap mengambil berat ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Main flying fox dalam rumah, tetap utama keselamatan
Berdasarkan video yang dimuat naik pada TikTok artchanali, lelaki tersebut memuat naik video anaknya melakukan aktiviti itu di dalam rumah serta kelihatan anaknya gembira dan ketawa.
Malah kanak-kanak perempuan tersebut turut dilengkapi dengan aksesori keselamatan seperti topi keledar sewaktu melakukan aktiviti lasak.
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga diawasi oleh ibu dan ayahnya bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini.
@artchanali The only budak yg ada flying fox kt dalam rumah 😛 #fyp #fypシ #fypage #zipline ♬ original sound – PeopleBejalan – PeopleBejalan
Netizen terhibur, minta kongsi tutorial
Video berdurasi lapan saat yang dikongsikan oleh ayah kanak-kanak tersebut ditonton lebih 744,000 selain lebih 57,000 tanda suka serta 798 komen.
Netizen turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu riang ketawa serta meminta lelaki berkenaan berkongsi cara-cara untuk membina permainan itu di rumah. Antara komen-komen tersebut seperti:
“Tutorial bang. Saya duduk apartmen tiada lif, tingkat 5 pula. Senang nak ke bawah terus”.
“Tutorial bang, nak ke flat sebelah nanti senang”.
“Saya kalau melayan anak buah main ni best juga tapi masalahnya, nak ulang main sampai lima juta kali tu tak tahan”.
“Macam mana buat abang? Nak buat untuk buang sampah kalau duduk flat,” demikian komen-komen tersebut.
Sementara itu, menjengah ke TikTok lelaki tersebut, pelbagai video aktiviti lasak dilakukannya bersama anak antaranya mendaki dan mengembara di dalam hutan.
Nampak menyeronokkan, jadi ayah-ayah juga boleh cuba bina di rumah untuk anak-anak bermain. Apa yang penting ialah utamakan keselamatan, selamat mencuba.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 13 Aktiviti Menarik Untuk Anak Dua Tahun, Baik Untuk Rangsang Minda & Sentuhan Si Manja
Baca juga: Aktiviti Senaman Untuk Bayi, Berkesan Kuatkan Otot & Percepatkan Proses Berjalan
Baca juga: Tingkat Sensori Anak Dengan Aktiviti DIY Di Rumah Tanpa Mengeluarkan Bajet Besar!