X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Kantoi Curang Dijangkiti Covid-19, Selepas Dating Dengan Perempuan Simpanan

4 min bacaan
Suami Kantoi Curang Dijangkiti Covid-19, Selepas Dating Dengan Perempuan Simpanan

Tak pasal-pasal dapat coronavirus selepas berdating dengan perempuan simpanan di Itali, lepas tu terus terkantoi dengan isteri pula!

Lelaki main kayu tiga terkantoi dengan perbuatannya itu selepas didapati coronavirus semasa berdating dengan perempuan simpannya di Itali.

Terdahulu, pesakit itu yang berumur lewat 30 an memberitahu isterinya yang dia dalam perjalanan ke negara itu kerana urusan perniagaan.

Lelaki kantoi main kayu tiga disyaki positif Covid-19

main kayu tiga

Namun setelah pulang ke rumah, dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti mengalami covid-19 seperti demam dan sakit tekak, sebelum dipercayai positif corona virus selepas menjalani ujian pemeriksaan di hospital.

“Kisah lelaki ini memang sedikit lucu kerana dia main kayu tiga dengan isterinya sehingga disyaki terkena jangkitan corona virus.

“Lelaki itu sendiri mengaku kepada doktor bahawa dia sampai ke Itali untuk berjumpa dengan perempuan simpanannya tanpa pengetahuan isteri. Namun tidak sangka boleh dijangkiti dengan wabak berbahaya ini,” katanya.

Terdahulu, lelaki itu menyedari bahawa dirinya dijangkiti Covid-19 selepas mengambil langkah kuarantin di rumah mewahnya di utara England.

“Pada mulanya, dia memang tidak sangka boleh dijangkiti kerana tiada gejala penyakit itu dan menganggap semuanya dalam keadaan terkawal.

“Pesakit sendiri lega selamat sampai ke rumah sebelum penerbangannya dibatalkan ekoran Itali mengalami krisis covid-19 yang teruk.

“Namun, selepas positif corona virus, perlakuannya dengan main kayu tiga turut didedahkan hingga isteri mendapat tahu bahawa suaminya berlaku curang,” kata sumber.

Buat pengetahuan, kini wabak coronavirus sedang merebak ke Itali dengan ribuan orang sudah terbunuh.

Tips untuk isteri jika suami pernah berlaku curang

suami curang

Mungkin ada ramai isteri yang diam dan mengakui bahawa mereka pernah mengalami situasi ini di mana suami curang dan main kayu tiga.

Namun demi kasih sayang yang masih menebal dalam hati, si isteri akan ambil jalan untuk memaafkan.

Berikut ini adalah apa yang isteri boleh buat jika berhadapan dengan situasi ini.

#1 Memberi peluang kedua

Ya, memang sukar untuk memberi peluang kedua dan mempercayai semula suami setelah pernah ditipu. Bahkan, semua wanita sukar untuk mempercayai lelaki setelah diri pernah dikhianati.

Namun, tidak ada salahnya jika anda memberi peluang dan ruang kepada orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Bahkan, Islam sendiri mengajar kita memberi peluang kepada pasangan tapi jika tiada penyelesaian maka bercerai adalah langkah terbaik.

Tapi, sebelum bercerai fikir dahulu masak-masak sebelum keputusan berat itu dibuat.

#2. Sedia memaafkan

tips suami isteri

Selepas memberi peluang kedua, adakah anda sedia untuk memaafkan suami? Ini kerana lumrah dalam kehidupan ini tentu kita ada mempunyai kekurangan dan kelemahan serta tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.

Jika Allah SWT pun boleh memaafkan hambanya dengan bertaubat, jadi siapalah kita sebagai manusia untuk tidak memaafkan insan lain jika mereka sudah memohon kemaafan.

Apapun, berikan kemaafan yang lahir dari hati yang suci murni bukan sekadar pembohongan lisan semata-mata dan ikhlas dengan kemaafan itu.

#3. Melupakan dan membiarkan ia berlalu

Percayalah, jika anda ikhlas memaafkan kesalahan suami itu nescaya hidup bertambah harmoni dan bahagia.

Malah anda dapat menerima kembali pasangan anda itu seperti biasa tanpa wujudnya sengketa seperti sebelumnya.

Memang anda mungkin memerlukan masa untuk memaafkan. Ambilah masa itu dan fikirlah sedalam-dalamnya kemudian lupakan sengketa itu jika pasangan sudah berubah sepenuhnya.

Dalam masa yang sama mintalah petunjuk dan hidayah dari Allah SWT sebelum membuat sebarang keputusan. Selain memohon agar diberikan kekuatan untuk menjalani hidup ini dengan kebahagiaan seperti mana wanita yang lain.

Justeru, usahalah untuk melupakan sesuatu itu jika ia telah mengguriskan hati anda sekaligus mengecewakan seluruh keluarga.

Jika ingatan buruk itu kembali menerjah dalam fikiran, segera ubah pemikiran ke arah sesuatu yang lebih baik dan tukar fokus kepada sesuatu yang lebih mendatangkan manfaat.

Kalau boleh jangan layan hasutan syaitan membisik ke telinga kerana ia boleh mengugat keimanan anda lantas melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Ingat lupakan segalanya jika pasangan sudah memohon kemaafan dan berjanji untuk setia.

Suami Kantoi Curang Dijangkiti Covid-19, Selepas Dating Dengan Perempuan Simpanan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: NYPOST 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsuami-curang-dalam-diam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Kantoi Curang Dijangkiti Covid-19, Selepas Dating Dengan Perempuan Simpanan
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham