Mainan Bayi 1 Tahun Yang Mampu Merangsang Percakapan & Kaki Berjalan, Ini Tips Buat Ibu!

Mainan bayi 1 tahun hendaklah yang mampu merangsang minda dan fizikal si manja. Selain itu ibu ayah perlu memilih jenis yang selamat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melihat sahaja anak membesar di depan mata merupakan pengalaman paling indah menjadi ibu ayah. Kini si manja anda sudah memasuki usia setahun dan mula menunjukkan keberaniannya untuk berjalan. Apa kata teliti beberapa panduan dalam memilih mainan bayi 1 tahun agar bermanfaat untuk mereka.

Jika anda ibu ayah baharu, pasti akan rambang mata ketika membeli mainan baby. Namun jangan main pilih sahaja, silap hari bulan mainan tersebut tidak sesuai dengan usia si manja, berbahaya atau anak tidak tertarik untuk menggunakannya di rumah.

Jenis mainan bayi 1 tahun yang bermanfaat untuk si manja

Bayi yang memasuki usia 12 bulan akan berusaha untuk memegang objek yang ada di persekitarannya, berjalan dan bercakap meskipun dalam bahasa ‘alien’.

Justeru ada beberapa jenis mainan bayi 1 tahun yang boleh anda sediakan untuk si manja iaitu:

#1. Mainan yang boleh bergerak

Ibu ayah disaran memilih mainan untuk bayi 1 tahun seperti kereta sorong, stride and ride, dan alat bantu berjalan lain bagi membolehkan si manja belajar keseimbangan dan koordinasi, serta meningkatkan rasa ingin tahu mereka.

Anda juga mungkin anda mendapati bahawa anak kini sudah mula berminat dengan mainan bayi yang lebih mencabar. Hal ini kerana mereka sudah memahami konsep penyelesaian masalah dan ingin mencuba pelbagai perkara yang ada di sekeliling.

Contoh mainan yang menjadi kegemaran ibu ayah: baby prewalker dan basikal mini glider walker 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mainan berbentuk fizikal 

Bagi merangsang kemahiran motor si manja, ibu ayah juga boleh memilih mainan untuk bayi 1 tahun berbentuk fizikal seperti bola kecil untuk anak belajar menangkap, menyentuh dan melempar.

Selain itu mainan bayi 1 tahun yang dapat merangsang kemahiran motor halus dan kasar anak dapat mengelakkan anak daripada masalah sensori. Antaranya:

  • Bermain pasir di pantai atau pasir tiruan
  • Blok lego bersaiz besar
  • Menconteng menggunakan pensel
  • Mainan plastisin

#3. Mainan huruf dan nombor

Jika anak mula belajar berjalan, anda juga boleh mengajarkan mereka tentang nombor dengan mengira langkahnya, supaya mereka lebih mengenali istilah nombor, walaupun si kecil anda mungkin tidak begitu faham pada usia ini.

Selain itu permainan kad yang ada huruf atau nombor bersaiz besar dapat mendedahkan si manja dengan konsep matematik dan bahasa di rumah.

#4. Mainan dengan tema haiwan

Mainan untuk anak 1 tahun yang seterusnya adalah patung haiwan. Seawal usia satu tahun, ibu ayah boleh memperkenalkan bayi dengan jenis-jenis haiwan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk membolehkan mereka membezakannya, cuba perkenalkan anak dengan bunyi yang dihasilkan oleh setiap haiwan.

Lagi mengujakan apabila anda akan mendapati si manja cuba untuk menyebut dan meniru bunyi yang dibuat. Ini secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi minda mereka, kebiasaannya pada umur bayi 1 tahun mereka sudah mampu mengingati haiwan kegemaran.

Sebagai contoh mainan untuk anak 1 tahun : cat/ kucing: meoww, cow/lembu:moo, tiger/harimau: aummm

#5. Mainan budak yang dilengkapi bersama muzik atau cahaya

Setiap bayi amat menyukai permainan yang ada muzik atau cahaya. Sebenarnya muzik bagus untuk merangsang kemampuan pendengaran mereka. Selain itu ia boleh mencipta respon dari si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya setiap kali bayi menekan butang yang ada pada permainan, ibu boleh melihat anak mula menari atau menggerak-gerakkan tubuh badannya. Itu adalah tanda mereka sedang bergembira dengan mainan budak yang disediakan!

Mainan anak 1 tahun belajar jalan yang percuma di rumah

Selain baby walker dan basikal, ada mainan anak 1 tahun belajar jalan yang percuma di rumah iaitu:

#1. Bermain di sofa

Untuk membolehkan anak cepat belajar, ibu ayah hendaklah menggalakkan mereka aktif dan mendapatkan banyak senaman.

Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.

Misalnya, ajak si manja bermain di sofa dengan berpaut dan perlahan-lahan mengaturkan langkah mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bantal 

Untuk mengeratkan lagi hubungan dengan bayi dan dalam masa yang sama mengajar bayi berjalan, ibu ayah boleh cuba menggunakan bantal.

Caranya adalah dengan menyusun bantal membentuk bulatan dan anda bersembunyi di belakangnya. Bayi akan menjadi lebih spontan bergerak apabila dia menyedari anda tiba-tiba hilang dari pandangan.

Walau apa pun, pastikan tiada bucu yang keras dan tajam kerana bayi anda mungkin saja akan menghempaskan punggungnya pada bila-bila masa!

Jenis mainan anak perempuan 1 tahun

#1. Troli membeli belah

Troli membeli belah menjadi pilihan kebanyakan ibu dalam memilih mainan anak perempuan 1 tahun. Bentuk dan sistemnya hampir sama dengan walker bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia membantu anak kita berjalan dengan cepat dan lancar. Apa yang lebih menarik, mainan budak perempuan ini boleh membuatkan si kecil anda lebih teruja dalam mengatur langkah kaki kecil mereka dan merasakan pengalaman seperti orang dewasa sedang membeli-belah.

Selain itu, pelbagai bentuk dan warna turut menjadi tarikan kepada kanak-kanak.

#2. Permainan masak-masak

Permainan masak-masak ini adalah sinonim dengan anak perempuan. Untuk membina bonding dengan si manja, ibu ayah juga boleh melibatkan diri.

Biasanya apabila membeli mainan anak perempuan 1 tahun bertema masakan, ia turut dilengkapi dengan beberapa mainan lain untuk seperti buah-buahan, makanan ringan, atau objek lain.

Dalam hal ini, anda boleh memperkenalkan nama-nama barang yang ada di ‘dapur’ si manja dan sekaligus membantu mereka bercakap.

Penyebab ada ibu ayah kerap membeli mainan anak usia 1 tahun

  • Ibu bapa mengganggap mainan bayi sebagai tanda kasih sayang ibu bapa kepada anak

Ramai ibu bapa menyangka sekiranya mereka membelikan mainan bayi yang banyak kepada anak mereka, anak akan bertambah sayang. Kesannya? Anak anda bertambah rasa dimanjakan dan akan rasa tidak disayangi kalau ibu bapa tak belikan mainan. 

  • Tidak mahu anak kalah dengan orang lain

Ini masalah ibu bapa sendiri yang kesian bila anak mereka tidak ada mainan seperti anak orang lain. Perbuatan membanding-bandingkan ini bahaya kerana boleh menjerat diri sendiri.

  • Turutkan kemahuan anak kerana terlalu sayang 

Ada juga ibu bapa yang tidak pernah merasai perasaan memiliki alat permainan sewaktu kecil. Jadi, apabila mereka bergelar ibu bapa, kalau boleh satu rak itu juga nak beli. 

  • Tidak mahu anak meragam

Ni paling bahaya sekali apabila ibu bapa sering berikan mainan budak yang baru setiap kali anak mengamuk dan menangis. 

Kenapa anda tidak perlu beli mainan anak umur 1 tahun yang terlalu banyak 

#1 Ketagihan

Belikan barang mainan yang banyak ini sebenarnya adalah satu bentuk ketagihan. Apabila anda membelikan anak mainan 1 tahun, ia menjadi satu ketagihan yang kemudiannya akan dibawa oleh anak anda apabila mereka membesar. 

#2 Tidak menghargai pemberian anda

Semakin banyak anda beri mainan kepada anak anda, semakin anak anda tidak akan menghargai permainan tersebut kerana sudah terlalu banyak! Anak anda tahu kalau permainan ini pecah ataupun rosak, anda akan berikan sahaja yang baru atau anak anda sendiri boleh mengamuk meminta permainan  yang lain. 

#3 Anak akan cepat bosan

Ini juga satu lagi masalah bila sudah terlalu banyak mainan anak umur 1 tahun. Anak akan cepat jatuh bosan dengan mainannya. Mereka tahu kalau sudah bosan, mereka senang sahaja dapat meminta mainan baru daripada menghargai apa yang diberikan kepada mereka. 

#4 Tidak ada daya imaginasi

Apabila anda memberikan terlalu banyak mainan best kanak-kanak, anda sebenarnya sedang mengekang daya imaginasi dan kreativiti mereka. Ini kerana si manja tidak dapat merasai pengalaman sebenar apabila menggunakan alatan yang terdapat di rumah untuk bermain khususnya untuk main olok-olok atau pretend play.

Bagaimana cara untuk mengelakkan pembaziran mainan bayi 1 tahun?

Sebagai ibu bapa, anda sendiri boleh memainkan peranan agar anak anda tidak terlalu ketagihan barang mainan. Ini kerana terdapat banyak manfaat apabila anda membelikan alat mainan yang sedikit untuk anak.

#1 Buat ruang kecil

Sekiranya tempat simpanan mainan anak anda besar, anda boleh kurangkan ruang supaya tempat tersebut nampak seperti terdapat banyak permainan untuk anak anda. 

#2 Buang atau kurangkan mainan

Ibu bapa boleh cuba buang atau kurangkan mainan anak anda. Ajar anak anda untuk memberikan permainan ini kepada orang yang lebih memerlukan. Ini mungkin paling sukar untuk anak anda kerana sesetengah kanak-kanak bersifat posesif. Apa yang penting, anda perlu pilih mainan yang anak anda main sahaja.

#3 Elak anak anda daripada melihat mainan

Kalau anak anda sudah biasa pergi ke kedai mencari mainan atau mudah terpengaruh dengan iklan mainan di TV, sudah sampai masanya untuk anda pergi ke tempat lain. Tempat yang dia tidak tahu dimana bahagian atau ruang permainan. Atau, anda elakkan anda daripada melihat iklan TV yang pamerkan permainan.

#4 Jangan terlalu ikut ibu bapa lain

Ibu bapa sendiri kena bertegas dengan diri sendiri. Alat permainan tidak boleh menggantikan rasa sayang dan kasih ibu atau bapa kepada anak. Tidak semestinya anda perlu belikan semua permainan kepada anak anda. Jangan terlalu ikutkan orang lain. Mainan anak 1 tahun cukup hanya beberapa mainan bongkah atau buku lembut saja. 

#5 Guna semula atau pilih alat mainan yang tahan lama

Kalau ada alat permainan yang masih boleh digunakan, tidak perlu buang. Simpan supaya anda tidak perlu membeli alat permainan terbaru. Begitu juga sewaktu anda memilih alat permainan. Jangan belikan alat permainan yang mudah pecah atau rosak. Carilah alat permainan yang berkualiti tinggi.

#6 Main dengan anak

Itu yang paling terbaik sekali! Anda tidak perlu membelikan anak permainan dengan begitu banyak. Lagi baik kalau anak anda main dengan anda untuk merapatkan hubungan dan melatih anak anda untuk berinteraksi dengan orang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tak Perlu Mainan Mahal, Main Lekat Sticker Juga Bantu Perkembangan Anak!

Baca juga: 10 Jenis Mainan Yang Dapat Jadi Terapi Anak Bercakap, Bantu Atasi Masalah Speech Delay

Baca juga:  6 Mainan Zaman Dahulu Yang Anda Masih Boleh Beli Untuk Main Bersama Anak-Anak