Ibu Jangan Halang Anak Suka Conteng Dinding, Ia Merangsang Otak & Daya Sensori

Mainan anak kreatif tidak perlu mahal, ibu ayah hanya perlu bijak mencipta ruang dan bahan yang ada di dalam rumah sahaja untuk mengembangkan otak si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membesarkan anak sehingga menjadi insan yang berjaya bukanlah suatu perkara mudah. Ia memerlukan perhatian dan sokongan ibu ayah dalam mengembangkan sel-sel otak si manja. Justeru adalah penting untuk anda mengetahui ada beberapa mainan anak kreatif yang boleh dilakukan di rumah.

Jika teliti ibu ayah masa kini akan cenderung membelikan pelbagai mainan berjenama dan mahal dengan harapan ia boleh mengembangkan IQ si manja. Namun sebenarnya anda tidak perlu mengeluarkan duit pun jika pandai memanfaatkan apa yang ada di rumah.

Mainan anak kreatif di rumah, beri peluang untuk si manja berkarya

Penasihat Keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar, dia amat tertarik dengan gambar yang telah dikongsi oleh rakannya, iaitu seorang ibu kepada 4 orang anak kecil.

Pertama:

Saya ‘tertarik’ dengan mainan anak kreatif membolehkan mereka berkarya di permukaan kabinet dapur yang diizinkan oleh ibu anak-anak ini.

Kedua:

Saya tertarik dengan tindakan ibu menetapkan sempadan untuk anak kecilnya berkarya di permukaan. Sempadan yang bagaimanakah saya maksudkan dalam gambar tersebut?

Mereka tidak menconteng terus ke permukaan kabinet sebaliknya ibu melekatkan ‘white board sticker’ pada kabinet sebagai permukaan untuk mereka berkarya.

Saya menggunakan istilah ‘karya’ kerana setiap contengan kanak-kanak ataupun ‘mark making’ dalam pelbagai bentuk, garisan dan paten mempunyai maknanya yang tersendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia merupakan terjemahan kanak-kanak tentang dunia di sekeliling mereka mengikut interpretasi dan kreativiti masing-masing. Tidak semua kanak-kanak suka menconteng dinding walaupun kebanyakannya memiliki keinginan untuk menulis atau melukis di atas permukaan yang menegak (vertical).

Menconteng dinding atau permukaan antara mainan anak kreatif dan normal

Anak menconteng dinding adalah normal, tetapi ibu bapa yang membiarkan si manja menconteng tanpa apa-apa batasan ataupun sempadan ialah tindakan tidak wajar.

Kenapa saya katakan anak menconteng dinding adalah satu aktiviti yang normal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: de nurul

#1. Tahukah anda apabila kanak-kanak menconteng sebarang permukaan yang menegak terutamanya permukaan yang luas seperti white board atau papan hijau, ia sebenarnya membantu memperkuatkan otot-otot dan sendi bahagian badan yang atas. Lengan digerakkan bagi membentuk garisan yang menegak, melintang ataupun pepenjuru akan diperkuatkan lagi kerana ia melawan tarikan graviti.

#2. Menulis di atas permukaan menegak yang luas adalah satu bentuk latihan yang baik untuk ‘midline crossing’. Tubuh badan manusia mempunyai midline ataupun garisan tengah yang membahagikan tubuh kita kepada kiri dan kanan.

Apabila kanak-kanak menulis ataupun melukis di permukaan menegak yang luas, pergerakan lengan akan merentasi bahagian tengah anggota badan, merangsang koordinasi dan komunikasi antara otak kanan serta kiri. Aktiviti midline crossing sebegini dapat membantu perkembangan motor halus yang lebih baik dan pengurusan harian diri lebih teratur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak juga dapat melakukan sesuatu pergerakan dan tugasan dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

#3. Bukan itu sahaja, menulis di atas permukaan yang menegak dengan cara melutut atau berdiri juga dapat menguatkan bahagian tengah (core) badan. Kedudukan sebegini melibatkan kerjasama antara badan tengah dan otot belakang agar dapat mengekalkan postur yang menegak untuk menulis.

credit to sources

#4. Mainan anak kreatif iaitu menulis di atas permukaan yang menegak turut membantu meregang dan menguatkan pergelangan tangan. Tangan yang stabil dapat membentuk ‘pencil grasp’ yang lebih baik ataupun cara memegang sebarang alat tulis dengan betul. Ini tidak hanya membantu perkembangan motor halus, tetapi juga baik untuk otak si manja.

#5. Menjadikan anak kecil lebih berdisiplin. Selain membantu perkembangan minda, fizikal dan motor halus, mereka juga memerlukan sempadan atau batasan apabila melakukan sesuatu aktiviti agar dapat menjadi insan bertanggungjawab dan mampu mengikut peraturan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menconteng dinding sesuka hati di rumah tanpa batasan akan menyebabkan si manja terbiasa melakukannya di mana-mana sahaja. Tidak kira di rumah sendiri, sekolah atau kawasan awam sehingga tidak dapat dikawal.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar

Kredit foto: google images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Stres Bila Anak Suka Conteng & Koyak Buku, Ia Proses Pupuk Minat Membaca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan