Aktiviti memasak untuk keluarga tercinta adalah perkara menyeronokkan buat para isteri. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak-anak di rumah. Namun, sedikit kesilapan boleh membawa kepada kejadian tidak diingini dan luka terbakar, ya!
Sebenarnya ramai golongan wanita tidak menyedari akan aspek keselamatan ketika menggunakan tong gas untuk memasak. Boleh dikatakan kebanyakan ibu-ibu mengambil mudah tentang silinder gas memasak meskipun sudah tahu gas masak mampu mengeluarkan api dan meletup bila-bila masa sahaja.
Tragedi hitam menyebabkan luka terbakar
credit to sources
Menurut perkongsian detik hitam yang dilalui oleh seorang ibu, Norma Samarudin, dia meminta orang ramai agar menjadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.
Baru hari ini ada kesempatan dan kekuatan untuk cerita apa yang terjadi dekat diri pada hari Ahad baru-baru ini. Gambar pakai baju dengan skirt itu adalah gambar Norma sendiri yang telah mengalami luka terbakar.
Ya, Norma terbakar ya kawan-kawan. Alhamdulillah semua selamat. Cuma bahagian kaki je terkena api sedikit. Tapi sudah pergi klinik ambil ubat krim dah, jangan risau.
Dan bulu mata dengan kening pun turut terbakar. Jadi muka Norma kelihatan kelakar juga sebab sekarang kening dengan bulu mata tiada langsung. Ini memang boleh mendatangkan kecederaan mental juga tau!. Hilang keyakinan sekejap.
Imbas kembali cerita dia, Norma sebenarnya masuk dapur sebab nak masak spaghetti kononnya untuk buat bekal tengah hari. Dekat rumah ni, tempat memasak memang ada kabinet sendiri. So tong gas dengan beras diletakkan dalam kabinet tertutup tersebut.
Tidak pernah terfikir langsung kalau tong gas dalam tempat tertutup boleh menyebabkan kemalangan melecur seperti ini. Macam biasa sebelum mulakan memasak, Norma sudah periksa gas dahulu takut-takut ada bunyi atau bocor.
Malang tidak berbau
Alhamdulillah memang tiada. Jadi Norma pun mula masak dengan penuh semangat. Sambil-sambil tu, tiba-tiba teringat ‘Eh, nasi belum masak lagi!”
Selepas itu, masa nak tunduk ambil beras (sudah tentu lah kena buka pintu almari dahulu kan), waktu tu lah api tiba-tiba menyambar Norma.
Masih jelas dalam ingatan nampak api warna oren terus datang sambar baju dengan skirt. Allahu! Terus berlari masuk ke bilik air. Kemudian buka tingkap dapur luas-luas bagi udara masuk. Buka pintu.
Kemudian barulah tutup api, cabut kepala tong gas. Memang menggeletar kaki dan tangan. Terasa panas dan pedihnya dekat kaki. Pastu ada bau terbakar, masa tu duk fikir kata tong gas macam nak meletup dah.
Nasib baiklah masa kejadian berkenaan, Harra dan Aaira sedang tengok televisyen dekat ruang tamu. Selalunya setiap hari Aaira lah yang akan selalu bermain dekat tempat beras tu. Hobi dia, ambil beras sambil lambung-lambung buat macam hujan.
Mungkin tong gas berkenaan mengalami kebocoran tetapi tiada bau sebab dia berada dalam tempat tertutup. Jadi bila buka sahaja kabinet, api dekat dapur tu jadi ‘trigger’ la dengan gas yang baru keluar dari kabinet.
Panduan keselamatan menggunakan tong gas di dapur
#1. Gunakan hos getal yang memiliki ketahanan tinggi. Ia biasanya diperbuat daripada getal berwarna hitam dan lebih tebal. Pastikan juga mempunyai tanda pengesahan SIRIM.
#2. Jangan simpan tong gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
#3. Sekiranya terhidu bau pelik atau busuk daripada silinder gas ini, ia bermakna berlaku kebocoran. Langkah pertama anda perlu lakukan ialah menutup semua punca api dan jangan guna sebarang jenis peralatan elektrik.
#4. Pastikan jarak antara tong gas dengan alat memasak antara 1 hingga 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari tong gas.
#5. Buka pintu atau tingkap semasa memasak bagi memastikan pengaliran udara yang baik.
#6. Jangan sesekali meletakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
#7. Jika ingin meninggalkan rumah untuk satu jangka masa yang panjang, anda hendaklah mematikan kepala gas.
#8. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan menegak dengan injapnya di atas. Jangan sesekali membaringkannya.
Sumber: Norma Samarudin, Harian Metro
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.combateri-jam
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!