X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Mesin Memasak Viral RM7188, Ini Yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal Kemudian Hari!

16 Apr, 2020
Mesin Memasak Viral RM7188, Ini Yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal Kemudian Hari!Mesin Memasak Viral RM7188, Ini Yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal Kemudian Hari!

Peralatan elektrik yang canggih sememangnya memudahkan urusan seharian. Namun, baru-baru ini netizen hangat berbicara mengenai Thermomix di media sosial

Tidak dinafikan, kemudahan peralatan elektrik yang lengkap di dapur memudahkan para ibu menyediakan hidangan lazat setiap hari untuk seisi keluarga.

Namun, tidak semua wanita mempunyai kemahiran memasak dan kadang-kadang berhadapan dengan kesuntukan masa berikutan tuntutan kerja.

Kehadiran peralatan elektrik canggih

peralatan elektrik thermomix

Perkembangan teknologi yang dicapai oleh masyarakat dunia pada hari ini telah mencipta pelbagai perubahan terhadap keperluan seharian.

Tanpa anda sedar, rupa-rupanya beberapa tahun lepas sudah tercipta sebuah mesin yang memudahkan golongan ibu memasak di rumah seperti seorang chef terhandal!

Baru-baru ini tular dalam laman media sosial apabila netizen mula berkongsi sebuah mesin memasak mewah, Thermomix yang berharga RM7 188.

Tidak hanya individu biasa, mesin memasak ini turut digunakan oleh Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan chef selebriti, Anis Nabilah.

Ia dikatakan amat membantu anda tidak tahu memasak sesuatu hidangan. Caranya ibu ayah hanya perlu menggunakan resepi yang sudah disediakan, memasuk bahan-bahan dan membiarkan mesin canggih ini memasak untuk anda!

Sekiranya baru sahaja memiliki Thermomix, jangan risau kerana anda boleh mempelajari cara-cara menggunakannya melalui demonstrasi memasak di laman web atau talian hotline.

Teknologi yang sungguh inovatif, skrin sentuh dan keunikan fungsi yang ada pada peralatan elektrik ini menjadikan proses memasak sangat mudah. Ia ibarat segala-galanya hanya di hujung jari anda.

Sejarah hitam para ibu

peralatan elektrik canggih

Walau bagaimanapun, di sebalik manfaat mesin canggih ini turut mengundang bahaya kepada para pengguna.

Pada tahun 2016, beberapa orang wanita telah tampil berkongsi pengalaman ngeri apabila ‘seronok’ menggunakan Thermomix.

Satu kejadian di Adelaide berlaku pada Pooley ketika dia sedang menyediakan makan malam. Namun, secara tiba-tiba penutup Thermomix meletup dan memercikkan cecair panas ke bahagian tangan, lengan dan dadanya.

Pooley telah mengalami luka terbakar tahap kedua yang begitu menyakitkan. Difahamkan, hampir 80 ribu buah Thermomix berjaya dijual di Australia pada tahun itu dan apa yang mengejutkan, ia bukanlah kejadian kali pertama berlaku kepada penggunanya.

Seterusnya, seorang wanita lain turut mengalami kecederaan yang sama sehingga dirinya terpaksa berada di wad hospital selama dua hari.

Menurutnya, ketika selesai menggunakan alat memasak all in one ini, dia ingin membersihkannya. Namun, Thermomix tiba-tiba melutup sehingga mendatangkan kecederaan di wajah, tangan, lengan dan dada.

Penciptaan model baharu lebih selamat

bahaya thermomix

credit to sources

Kes tersebut menjadi kontroversi suatu masa dahulu melibatkan model Thermomix yang lama, T31.

Untuk model terbaharu, Thermomix TM5 dan Thermomix TM6 masih belum mencatatkan sebarang laporan berkenaan alat meletup dan sebagainya.

Namun, ibu ayah sebagai pengguna perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan apabila menggunakan peralatan elektrik ini agar dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Keistimewaan menggunakan Thermomix

#1. Panduan memasak yang unik

The Thermomix Chips Recipe adalah buku masakan digital. Ketika ingin menggunakan mesin ajaib ini, anda boleh merujuk kesemua resepi yang ditunjukkan pada paparan Thermomix.

Dengan membuat pilihan pada skrin sentuh, anda boleh mendapatkan pelbagai panduan lengkap tentang sesuatu hidangan termasuklah bahan-bahan yang diperlukan.

Stories Rakan Kongsi
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
How I encouraged my child to be resilient even though I was a helicopter mum
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Jadi Lebih Bijak Dalam Kewangan Dengan Menambah Ilmu Kewangan
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila

#2. Satu mesin dengan kelebihan melebihi 12 fungsi

Dengan menggunakan Thermomix, semua orang mampu memasak pelbagai hidangan. Ia amat mudah dikendalikan dan anda juga boleh memasak dalam kapasiti yang lebih besar.

Thermomix memiliki keupayaan untuk menggerakkan, membuat campuran, mencincang dan memasak seperti stim, merenih, menguli, mengisar dan sebagainya.

#3. Ketepatan memasak 

Dengan penetapan masa yang sesuai, suhu serta kelajuan mampu menjamil hasil yang konsisten setiap kali anda memasak.

Thermomix juga telah mencapai hampir 7 juta orang penguna dan lebih 100 000 resepi. Ini sekaligus menjadikannya sebagai perkakas dapur pintar yang boleh memasak, membakar dan menghasilkan pelbagai hidangan enak.

#4. Servis 5 bintang

Pihak pengeluar Thermomix juga memberikan sokongan kepada para pelanggan sepanjang menggunakan alatan ini.

Pada permulaan, anda akan ditunjukkan demonstrasi secara personal dan tutorial di dapur. Bukan itu sahaja, ia turut menyediakan kelas memasak di mana anda boleh menerokai variasi resepi lazat.

Sumber: Dailymail, Thermomix

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Mesin Memasak Viral RM7188, Ini Yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal Kemudian Hari!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdapur-gas-kaca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Mesin Memasak Viral RM7188, Ini Yang Perlu Anda Tahu Supaya Tak Menyesal Kemudian Hari!
Kongsikan:
  • Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

    Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

  • Idamkan Si Manja Tidur Petang dengan Nyenyak dan Selesa? Pilih Buaian Elektrik Terbaik Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Idamkan Si Manja Tidur Petang dengan Nyenyak dan Selesa? Pilih Buaian Elektrik Terbaik Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

    Pelajar meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik

  • Idamkan Si Manja Tidur Petang dengan Nyenyak dan Selesa? Pilih Buaian Elektrik Terbaik Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Idamkan Si Manja Tidur Petang dengan Nyenyak dan Selesa? Pilih Buaian Elektrik Terbaik Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.