Alat Mainan Ini WAJIB Ibu Ayah Sediakan Untuk Anak 2 Tahun Untuk Perkembangan Otak

Anda mempunyai anak berusia dua tahun? Jadi mainan kanak kanak 2 tahun apakah yang anda boleh beli untuk diberikan pada anak?

Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah pandai berimaginasi jadi sudah pasti permainan mereka pun berlainan dari umur sebelumnya. Jadi mainan kanak kanak 2 tahun apa yang patut anda beli untuk anak?

Ketika usia ini, kemahiran motor anak-anak juga makin berkembang. Malah kreativiti mereka juga ikut berkembang seiring usia mereka.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk membantu mereka belajar dan mengembangkan daya pemikiran mereka. Jadi aktiviti yang anda berikan kepada mereka perlulah sesuai dengan perkembangan usia anak-anak ini.

Baca juga: 8 Tip Untuk Mengemas Mainan Anak-Anak Dengan Lebih Efisien

Mainan kanak kanak 2 tahun untuk anak

Menurut perkongsian darlinghanie, berikut adalah permainan yang sesuai untuk kanak-kanak usia dua tahun.

#1. Permainan haiwan

Kanak-kanak di usia ini mula menggunakan kemahiran berfikir mereka untuk bermain 'pondok-pondok'. Susun haiwan mainan di dalam kandang, beri mereka makan dan minum.

#2. Anak patung dan aksesori (selimut, bantal, susu)

Berlakon memberi susu kepada patung, memandikannya dan menidurkannya. Bantu anak anda dengan memberikan idea-idea ketika bermain.

#3. Blocks

Blocks boleh merangsang pemikiran anda anda untuk membuat pelbagai bentuk seperti menyusun menjadikan bangunan dan sebagainya. 

Aktiviti seperti ini akan mengembangkan idea dan kreativiti mereka.

#4. Kereta atau keretapi (dengan patung yang boleh diletak diatas kereta)

Bermain dengan kereta mainan dengan pelbagai cara. Kereta bergerak di atas jalan dan pergi ke suatu tempat. Kereta berhenti dan mengambil penumpang dan pergi ke suatu tempat dan sebagainya.

#5. Puzzle yang simple

Kanak-kanak sudah mula mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan mainan yang sama, menyelesaikan puzzle dan mengambil objek yang sukar dicapai dengan tangan.

Kanak-kanak sudah mula mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan mainan yang sama, menyelesaikan puzzle dan mengambil objek yang sukar dicapai dengan tangan.

Kini ada pelbagai jenis puzzle. Ada yang jenis boleh padankan dengan gambar dan sebagainya, jadi pilihlah puzzle yang sesuai dengan anak anda. 

#6. Memory game

Mainan yang bergerak bila diaktifkan (seperti kereta yang perlu ditarik kebelakang dahulu untuk digerakkan ke depan). Biarkan anak anda melakukan aktiviti dan bantu anak anda untuk menyiapkan puzzle / shape sorter dan sebagainya sekiranya diperlukan.

Main permainan memori dengan mencari dua gambar yang sama untuk digabungkan. Selain itu boleh juga beri mainan untuk mereka sambungkan seperti permainan sayuran yang dibelah tengah dan boleh dilekatkan semula.

#7. Crayon

Kanak-kanak sudah boleh menggunakan jari dan tangan untuk mengambil makanan atau objek. Mereka juga sudah mula pandai memegang pensil atau warna dengan menggunakan jari penunjuk dan ibu jari. Mereka gemar menconteng dan melukis.

Berikan kertas yang besar dan crayon. Bantu anak anda untuk memegang crayon dan melukis. Lukis pelbagai bentuk mudah dan biarkan anak anda meniru lukisan tersebut.

#8. Play dough, slime

Main play dough bersama-sama. Bentukkan pelbagai objek dengan menggunakan jari. Uli dough dan masukkan ke dalam bekas dan sebagainya.

Permainan sebegini akan merangsang sensori anak-anak dan amat penting untuk merangsang deria mereka. Bagi anak yang mempunyai masalah sensori, mereka biasanya tidak suka bermain play dough atau slime atau benda yang lembik.

Anda boleh pantau dan lihat sebarang perubahan pada anak dengan bermain bersamanya. 

#9. Buku cerita, cermin, patung

Di usia ini, kanak-kanak sudah bercakap menggunakan ayat 2 perkataan dan bertambah apabila usia mereka mencecah 3 tahun. Mereka juga sudah boleh mengikut arahan 2-langkah seperti 'ambil kasut dan pakai' dan sudah boleh memahami cerita yang dikaitkan dengan gambar.

Berikan cermin pada mereka dan tunjuk anggota badan mereka yang dipantul pada cermin. Pada mulanya mereka akan rasa pelik bila lihat pantulan diri sendiri. 

Ini secara tidak langsung akan mengajar anak mengenai anggota badannya sendiri dengan melihat pantulan pada cermin. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: darlinghanie

Baca juga: Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber

Penulis

Lala Annuar