Bahaya Mainan Anak Mengandungi Racun Plumbum, Sebab Itulah Selalu Nakal & Agresif!

Bagi ibu ayah yang memiliki anak-anak sedang membesar, pastinya akan membeli mainan kecil untuk mereka. Namun, tahukah anda bahawa ia sangat berbahaya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pergi sahaja ke pasaraya atau kedai RM2, pastinya anda akan membelikan sekurang-kurangnya satu mainan kecil untuk anak-anak di rumah. Selain harga murah, ia dilihat cukup berguna untuk mereka bermain dengan gembira.

Jika ditanya kepada kebanyakan ibu ayah, anda mungkin bersetuju bahawa permainan anak-anak dapat mengembangkan pemikiran mereka kerana sel-sel otak berhubung antara satu sama lain ketika meneroka dunia kanak-kanak.

Mainan kecil mendatangkan impak buruk terhadap kesihatan

Menurut perkongsian seorang doktor perubatan Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Ahmad Luqman Bukhari meluahkan rasa kecewanya apabila menerima kes anak kecil terkena keracunan plumbum (lead poisoning) sehingga mengalami masalah kekurangan sel darah merah (anemia).

Hal yang lebih menyedihkan mengikut laporan oleh Centers of Disease Control and Prevention (CDC) mengatakan bahawa keracunan tersebit berpunca daripada alat mainan kecil yang ibu ayah belikan kepada anak.

''Amat kesian pada pesakit malang berkenaan. Sebab itulah saya sangat berharap agar ibu ayah berhati-hati jika ingin membeli barang mainan kepada si manja mereka,''

''Lebih-lebih lagi jika anak jenis yang suka menjilat, menggigit atau memasukkan mainan kecil ke dalam mulut,'' jelasnya.

Kebiasaannya kandungan plumbum yang begitu banyak dalam mainan plastik kerana ia digunakan untuk tujuan melembut dan menjadikannya lebih fleksibel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan permainan kanak-kanak yang dijual akan dicat menggunakan warna-warni dan menarik perhatian turut mengandungi plumbum berbahaya.

''Sekiranya anda melayari website Pusat Racun Negara, masalah keracunan plumbum (lead poisoning) akan memberi kesan besar terhadap sistem saraf pusat dan otak kanak-kanak,''

''Ini sekaligus berpotensi menganggu proses pembelajaran anak dan menyebabkannya sukar menerima sebarang perkara yang berlaku di sekeliling mereka,'' jelas Dr. Luqman.

Cadangan jenis mainan yang lebih selamat untuk anak kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara umumnya, Dr. Luqman turut berkongsikan beberapa cadangan untuk ibu ayah memilih mainan bersesuaian dan selamat bagi kegunaan bayi atau kanak-kanak, iaitu:

  • Patung lembut yang mudah dicuci
  • Mainan diperbuat dari bahan fabrik serta dilabel sebagai kalis api (flame resistant).
  • Krayon dan cat disahkan selamat.
  • Mainan yang dicat serta dilabel tidak mengandungi bahan plumbum.
  • Material seni tidak mengandungi bahan toksik.
  • Krayon dan cat yang dah disahkan selamat.

Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kecil kanak-kanak yang diseludup masuk daripada negara China telah tercemar dengan bahan logam berat plumbum ini.

Penyerapan dan keracunan pada kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding golongan dewasa sehingga berpotensi menyebabkan kerosakan kekal fungsi tubuh badan.

Kajian saintifik yang telah dilakukan merumuskan bahawa logam berat plumbum memberikan kesan buruk signifikan pada dos rendah. Setakat ini rawatan secara chelation tidak dapat memulihkan sepenuhnya tahap kesihatan anak kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

CDC mengesahkan bahawa kanak-kanak dengan paras lebih rendah daripada 10 mcg/ dL boleh menderita masalah:

#1. IQ rendah

#2. Lambat bercakap

#3. Hilang pendengaran

#4. Lambat atau kurang membesar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Masalah pembelajaran

#6. Masalah tingkah laku seperti ADHD, agresif dan menjadi lebih ganas.

Selain itu, kajian turut mendapati plumbum berupaya mencemari susu badan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

Paras plumbum darah yang tinggi pada ibu mengandung boleh mendedahkannya kepada risiko keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan masalah perkembangan kanak-kanak.

Menurut Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi, Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Jaafar, kajian darah pusat bayi baru lahir di Kuala Lumpur menunjukkan hampir 30% daripada mereka memiliki paras plumbum melebihi 10 mikrogram per desiliter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam satu kajian pada tahun 2000 secara tidak langsung meramalkan bahawa akan berlakunya peningkatan kes juvana seperti buli, vandalisme, dadah dan kerosakan akhlak pada jangka masa selepas 15 tahun.

Menjelang tahun 2017, ibu ayah sendiri mengetahui bahawa pelbagai gejala salah laku terjadi dalam kalangan anak meskipun baru berusia setahun jagung!

Tanda-tanda keracunan plumbum

Apabila seseorang mengalami keracunan plumbum, semua sistem tubuh badan akan terjejas. Antaranya:

  • Hilang selera makan
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Kurang berat badan
  • Sembelit
  • Kurang darah merah
  • Buah pinggang rosak
  • Masalah tingkah laku dan pembelajaran
  • Sering lupa
  • Lesu dan mudah tersinggung

Kesan plumbum terhadap kesihatan ini sungguh dahsyat. Ia mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan perlahan demi perlahan.

Bagi ibu ayah, kami tidak menghalang untuk anda membelikan anak-anak pelbagai permainan. Cuma hendaklah lebih berhati-hati dalam memilih jenis dan fungsi agar tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

[polldaddy poll=10555456]

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari, Hafiz Sulaiman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: