Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

Magnetic Toys Boleh Jadi Mainan Yang Menyeronokkan, Malah Menggalakkan Minat Anak Terhadap Bidang STEM!

Tahukah anda bahawa mainan magnet anak berkesan dalam membantu perkembangan otak mereka? Pilih mainan magnet terbaik untuk mereka di sini.

Magnetic toys atau mainan magnet berperanan sebagai pintu masuk yang hebat dalam memperkenalkan anak-anak anda kepada dunia STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang akan datang, seiring dengan sistem pendidikan yang semakin membangun.

Pendidikan STEM adalah berteraskan kepada konsep mengenal pasti, mengaplikasi, mengintegrasikan konsep STEM untuk mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dengan lebih kritis dan inovatif. 

Ada banyak kajian telah diketengahkan mengenai kebaikan mainan kanak-kanak berasaskan kaedah STEM terutamanya dari segi perkembangan kognitif dan fizikal. Dengan menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka, ternyata permainan STEM adalah pilihan terbaik untuk diberikan kepada anak anda.

Selain itu, siapa yang tidak terpesona dengan kuasa kemagnetan? Toy magnet biasanya mempunyai saiz yang kecil dengan magnet yang kuat untuk dilekatkan pada satu bahagian kepada bahagian yang lain dalam mainan kanak-kanak. Atau, magnet digunakan untuk membuatkan mainan lain melekat dengan tarikan magnet pada objek mainan yang lain. 

Dalam artikel ini, kami berikan pilihan senarai toy magnet terbaik daripada sekecil-kecil mainan sehinggalah kepada pelbagai magnet toys yang berwarna-warni, sudah pasti kanak-kanak tidak sabar untuk bermain dengan magnetic toys!

Magnet boleh memudaratkan kanak-kanak jika tertelan. Sentiasa periksa sama ada toy magnet dipasang dengan selamat atau tertanam dalam mainan dan awasi anak kecil apabila bermain dengan mainan magnet. Jika anda mengesyaki anak tertelan magnet, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Bagaimana Untuk Memilih Magnetic Toys Terbaik

mainan magnet

Walaupun terdapat banyak pilihan di pasaran untuk mainan kanak-kanak, berikut adalah beberapa faktor yang perlu ibu ayah ambil perhatian:

  1. Keselamatan. Pastikan mainan magnet seperti gambar, huruf, atau nombor cukup besar untuk dimuatkan ke dalam mulut si manja. Ini adalah untuk mengelakkan kepingan daripada menjadi insiden berbahaya sehingga tercekik, tujuan ini supaya mereka boleh bermain dengan selamat.
  2. Kualiti. Sebelum beli, periksa sama ada magnet dipasang dengan selamat atau tertanam dalam mainan dan tidak boleh ditanggalkan dengan mudah. Kanak-kanak boleh menjadi lasak dan gasak dengan mainan yang diberikan, oleh itu adalah lebih baik untuk melabur dalam mainan yang lebih berkualiti dan tahan lebih lama.
  3. Harga. Mainan magnet boleh berbeza-beza dalam harga. Pilih yang bermanfaat untuk anak anda tetapi juga dalam anggaran bajet perbelanjaan anda.

Magnetic Toys Terbaik Malaysia: 8 Pilihan Toy Magnet Untuk Menggalakkan Imaginasi Anak-anak

Terdapat beberapa pilihan yang menarik di luar sana tetapi berdasarkan penelitian yang telah dijalankan, ini adalah pilihan kami di TheAsianParent untuk magnetic toys yang menarik dan terbaik, sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak. Kami harap anda dapat membuat pilihan magnetic toys yang sesuai dengan keperluan dan minat si kecil!

8 Mainan Magnetic Toys Terbaik di Malaysia
Magnetic Tiles Building Blocks
Terbaik untuk perkembangan fizikal
more info icon Beli di Shopee
Mideer Body Magnet Puzzle 90 Keping 7 Bahasa
Terbaik untuk perkembangan kognitif
more info icon Beli di Shopee
Magnetic Stick Wand
Terbaik untuk pemikiran logik dan kemahiran matematik
more info icon Beli di Shopee
STEM Explorer Magnet Mover
Mainan magnet STEM terbaik
more info icon Beli di Shopee
234 Pcs Magnetic Letters Kit ABC
Terbaik Meningkatkan Kemahiran Bahasa
more info icon Beli di Shopee
Magnetics Balls & Sticks
Terbaik Meningkatkan Kreatitiviti & Keyakinan
more info icon Beli di Shopee
Wooden Magnetic Puzzle Animal and Traffic Vehicle
Terbaik Meningkatkan Kemahiran Berinteraksi
more info icon Beli di Shopee
BrainUp Wooden Busy Board
Terbaik Mempraktikkan Kemahiran dan Keupayaan
more info icon Beli di Shopee

Magnetic Tiles Building Blocks

Terbaik untuk perkembangan fizikal

toy magnet

Magnetic Tiles Building Blocks memerlukan beberapa penyelarasan koordinasi tangan-mata yang serius dengan membina magnet bagi setiap jubin. Bukan itu sahaja, ia merangsang daya kreativiti anak kerana mainan ini membolehkan anda memasang jubin secara bebas dengan pelbagai bentuk menarik dan unik seperti kren, istana atau juga roket.

Mungkin aktiviti ini tidak akan berkesudahan, sama seperti daya imaginasi dan kreativiti anak anda!

Kanak-kanak boleh mempelajari deria warna dengan jelas, bentuk geometri termasuk kiraan nombor bentuk 3D, kutub magnet & reka bentuk seni bina pada awal usia. Bentuknya yang tersedia ada termasuklah segi empat sama (besar dan kecil) dan segi tiga (sama sisi, isosceles dan bersudut tegak) sebagai jubin magnet, jadi mereka bebas membina apa sahaja yang mereka inginkan.

Apa yang lebih mengujakan adalah apabila anak anda teruja dalam membina istana imaginasinya, secara tidak langsung boleh meningkatkan ketangkasan otot di jari, tangan dan pergelangan tangan mereka, di samping meningkatkan keupayaan manipulatif kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, kemahiran motor.

Apa yang kami suka?

  • Pelbagai pilihan: 48 keping (semua magnet), 78 keping (semua magnet), 120 keping (semua magnet), 88 keping, 118 keping, 178 keping (magnet+pipe+aksesori tambahan)
  • Jubin selamat dan tahan lama dibuat dengan ABS gred makanan (bebas BPA)
  • Jubin juga bebas daripada phthalates dan lateks.
  • Jubin bangunan magnet mudah dibina dan mudah disimpan untuk penyimpanan.
  • Meningkatkan pengecaman visual anak dan pengecaman bentuk
  • Meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti anak

Mideer Body Magnet Puzzle 90 Keping 7 Bahasa

Terbaik untuk perkembangan kognitif

magnetic toys

Mideer Body Magnet Puzzle 90 Keping 7 Bahasa ialah set kepingan teka-teki magnetik yang unik. Ia memerlukan anak anda memadankan kepingan teka-teki magnetik kepada empat sistem badan: rangka, kulit, otot dan organ.

Permainan yang sangat interaktif ini memperkenalkan anak anda kepada anatomi manusia asas, melalui kad panduan dengan penerangan terperinci. Tambahan pula, Mideer Body Magnet Puzzle tersedia dan mempunyai kad magnetnya yang dilabelkan dalam 7 bahasa yang berbeza!

Ia adalah peluang terbaik untuk mendedahkan anak anda kepada pembelajaran bahasa lain, menggalakkan perkembangan kognitif keseluruhan melalui bermain. Jangan risau kerana kepingan ini diperbuat dengan bahan yang selamat, tidak toksik dan tahan lasak (kayu dan kadbod)

Apa yang kami suka?

  • Meningkatkan kemahiran kognitif anak
  • Anak belajar mencari, memadankan dan tahu tentang struktur badan
  • Melakukan aktiviti sambil mengasah keupayaan otak kanak-kanak

Magnetic Stick Wand

Terbaik untuk pemikiran logik dan kemahiran matematik

mainan

Sebelum mendedahkan anak kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, adalah lebih baik sekiranya ibu ayah memperbanyakkan aktiviti yang melatih daya pemikiran logik dan kemahiran matematik dalam diri anak.

Bermain dengan Magnetic Stick Wand melatih koordinasi mata dan tangan anak untuk mengasingkan kepingan bulat mengikut kumpulan jenis warna yang sama. Ia juga memberi peluang untuk anak belajar menyebut nama warna dan memahami perbezaan warna dengan baik. Selain itu, boleh mula mengira kepingan bulat yang melekat pada stick tersebut. Ianya sejenis mainan santai tetapi berkesan!

Hanya perlu lalukan stick pada kepingan bulat dan ia akan melekat dengan baik. Cara mainan ini boleh diubah mengikut arahan dan kreativiti masing-masing.

Harus diingat, magnetic toys ini perlulah diawasi dengan pemerhatian orang dewasa kerana mengandungi kepingan magnet kecil.

Apa yang kami suka?

  • Menggalakan pemikiran logik anak
  • Melatih anak mengenali warna dan memahami perbezaan warna
  • Harganya murah dan mudah disimpan dengan baik

STEM Explorer Magnet Mover

Mainan magnet STEM terbaik

toy magnet

Set STEM Explorers Magnetic Movers ialah pengenalan yang hebat untuk anak-anak anda kepada dunia STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Kit eksperimen ini memperkenalkan konsep fizik asas terutamanya melalui sains dan kuasa kemagnetan.

Ia disertakan dengan 10 eksperimen saintifik melalui buku panduan aktiviti yang mudah diikuti. Mainan ini memupuk pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Selain itu, anak anda akan didedahkan kepada konsep fizik asas seperti daya, gerakan dan kekutuban. Paling penting, mereka akan belajar dengan cara yang menyeronokkan, menarik dan praktikal.

Saksikan anak anda terpesona dengan kuasa sains dan kemagnetan dalam kit ini, dan diharapkan dapat mengembangkan minat dan rasa ingin tahu yang mendalam dalam bidang STEM.

Apa yang kami suka?

  • Kanak-kanak mula belajar tentang sebab & akibat (cause & effect)
  • Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
  • Memupuk minat terhadap konsep fizik pada awal usia
  • Didatangkan dengan buku panduan aktiviti terbuka
  • Ia adalah stem.org disahkan sebagai produk pendidikan

234 Pcs Magnetic Letters Kit ABC 

Terbaik Meningkatkan Kemahiran Bahasa

Tahukah anda bahawa magnetic toys berkesan dalam membantu perkembangan otak mereka? Pilih mainan magnet terbaik untuk mereka di sini.

Beri anak kecil anda mula belajar melalui Set Hadiah Magnetic Letters Kit ABC. Ia datang dalam 26 huruf besar, 52 huruf kecil dan 10 bintang tambahan serta papan magnet! Dengan meminta mereka melekatkan kepingan itu pada peti sejuk atau papan putih, mereka boleh membina perbendaharaan kata dan kemahiran mengeja perkataan. Kemungkinan pembelajaran asas tidak berkesudahan!

Bermain dengan magnet toys buih ABC yang terang dan pelbagai warna ini pasti menarik perhatian anak kecil anda. Ia memberikan peluang untuk anak anda belajar nama, bentuk dan saiz huruf. Setiap kali melakukannya, ajar anak anda untuk menyebut dengan yakin dan bangga!

Selain itu, sandaran magnet penuh menjadikan ia selamat dan tidak mudah tertelan. Ia juga menjadikan produk ini alternatif yang lebih selamat daripada plastik tradisional atau magnet abjad kayu.

Apa yang kami suka?

  • Tesktur lembut, sesuai untuk kanak-kanak
  • Melatih kemahiran bahasa kanak-kanak
  • Meningkatkan kemahiran motor halus seperti menyusun, memegang dan menghasilkan susunan kata

Magnetics Balls & Sticks

Terbaik Meningkatkan Kreatitiviti & Keyakinan

toy magnet

Pilihan kami bagi magnetic toys terbaik dalam pembelajaran STEM adalah Bola dengan Stick Magnet ini. Ia sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Ibu ayah juga boleh turut serta bermain dengan mainan kanak-kanak yang menyeronokkan dan mencabar seperti ini. Sambil bermain, sambil merapatkan hubungan kekeluargaan dengan lebih erat.

Ia didatangkan dengan 25 bar magnet dalam bentuk yang berbeza, memberikan kanak-kanak peluang untuk membentuk dan membina model yang berbeza. Mereka juga turut digalakkan membina banyak model 2D dan 3D mengikut imaginasi mereka sendiri. Apa yang menarik, magnet toy yang berwarna-warni dapat mencetuskan daya kreativiti dan keyakinan anak-anak dalam mengenali warna dan bentuk asas serta keupayaan menyelesaikan masalah dengan baik. 

Apa yang kami suka?

  • Meningkatkan daya kreativiti anak melalui penghasilan model yang berbeza dan unik.
  • Membina keyakinan anak kerana mereka belajar tentang warna, bentuk asas dan saiz.
  • Mendorong kanak-kanak menyelesaikan masalah dengan sambung dan tanggal, boleh dibantu dengan bimbingan orang dewasa
  • Mainan pendidikan bilik darjah yang hebat untuk guru di tadika dan di sekolah.

Wooden Magnetic Puzzle Animal and Traffic Vehicle

Terbaik Meningkatkan Kemahiran Berinteraksi

Tahukah anda bahawa magnetic toys berkesan dalam membantu perkembangan otak mereka? Pilih mainan magnet terbaik untuk mereka di sini.

Semua kanak-kanak memang suka bermain. Dari pagi hingga ke malam ada sahaja mainan yang direkanya. Tidak perlu terburu-buru berlumba untuk mengajar anak siapa paling cepat membaca abc atau mengira 1,2,3, sebaliknya pilih mainan yang boleh merangsang keupayaan dan pembentukan otak anak seperti Wooden Magnetic Puzzle Animal and Traffic Vehicle.

Siapa yang belum ada puzzle menarik ini di rumah, boleh cuba memperkenalkan kepada anak kerana selain belajar ekosistem, ia boleh meningkatkan pengecaman visual dan pemikiran logik. Puzzle ini menggalakkan untuk anak berinteraksi dengan ibu ayah untuk cara meletakkan sesuatu objek pada persekitaran yang betul.

Dengan ini, secara tidak langsung, boleh meningkatkan kemahiran tumpuan yang penuh. Kalau anak tidak fokus, dia tidak akan dapat mengingat dan mengecam haiwan atau kenderaan dengan jelas jika anda membawanya bersiar-siar di zoo atau ketika berada di atas jalan. 

Walaupun puzzle ini ringkas dengan kemahiran menampal dan mengenalpasti tetapi penjelasannya sangat padat dan bermakna. 

Apa yang kami suka?

  • Meningkatkan daya ingatan dan pemikiran logik anak
  • Meningkatkan kemahiran motor seperti menampal dan mencabut
  • Menyelesaikan masalah dengan bantuan orang dewasa dalam pengecaman visual dan habitat
  • Melatih anak untuk mereka cerita dan berimaginasi dengan jelas

BrainUp Wooden Busy Board

Terbaik Mempraktikkan Kemahiran dan Keupayaan

 

toy magnet

Persiapkan anak anda untuk menjadi Einstein seterusnya. Berikan peluang untuk anak anda bebas bermain dengan melakukan penerokaan sains dan teknologi dengan BrainUp Wooden Busy Board. Mainan kanak-kanak ini terbaik dalam mengasah kemahiran dan keupayaan berfikir dalam menyelesaikan masalah. 

Papan yang memenuhi kesemua deria yang diperlukan menggalakkan berseronok sambil belajar tentang teka-teki pasak, nombor, kunci dan lain-lain yang berstruktur. Tidak perlu risau kerana mainan dengan pelbagai fungsi telah dipasang sepenuhnya menjadikan ia mudah dibawa ketika travel! Anak-anak akan jadi leka semasa bermain dengan papan ajaib ini. 

BrainUp Wooden Busy Board pasti menjadi hadiah yang terbaik buat anak-anak kecil yang sedang membesar kerana ia membantu mengasah motor halus dan koordinasi mata-tangan dalam satu masa. 

Apa yang kami suka?

  • Papan dengan pelbagai fungsi-memenuhi kehendak deria anak
  • Menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang dewasa dan diaplikasikan pada objek sebenar
  • Mengasah kemahiran motor anak
  • Menjadikan anak berfikir dengan kritis dan kreatif

Perbandingan Harga Magnetic Toys Terbaik

Produk Harga
Magnetic Tiles Building Blocks RM50.00-RM160.00
Mideer Body Magnet Puzzle 90 Keping 7 Bahasa RM75.90
Magnetic Stick Wand RM9.90
STEM Explorer Magnet Mover RM99.90
234 Pcs Magnetic Letters Kit ABC RM57.88
Magnetics Balls & Sticks RM19.87-49.80
Wooden Magnetic Puzzle Animal and Traffic Vehicle RM9.80
BrainUp Wooden Busy Board RM9.79-21.85

Faedah Mainan Magnet Anak

Tahukah anda bahawa magnetic toys berkesan dalam membantu perkembangan otak mereka? Pilih mainan magnet terbaik untuk mereka di sini.

Tidak kiralah apa-apa pun jenis mainan yang anak ingin bermain, sebenarnya ia sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Bermain bukan sahaja menggalakkan perkembangan otak yang sihat, malah ia turut membantu dalam perkembangan deria dan persepsi mereka terhadap persekitaran sekeliling.

Ibu ayah jangan risau kerana rumah bersepah dengan lambakan mainan daripada sekecil-kecil saiz sehingga yang besar kerana ia adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, adakah memberi anak mainan terlalu banyak dapat boleh menjamin kanak-kanak belajar dan berkembang dengan baik? 

Tahukah anda bahawa toy magnet sebenarnya merupakan salah satu mainan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik)? Ia menjadikan kanak-kanak mampu berfikir diluar kotak. Malah, ia turut memberikan banyak faedah dalam pendidikan kanak-kanak.

Terdapat beberapa faedah yang dikaitkan dengan permainan magnetic toys yang boleh menjadi penting dalam perkembangan anak anda, ini termasuklah:

1. Membangunkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata tangan

Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot lebih kecil pada bahagian jari, tangan dan pergelangan tangan. Anak-anak perlu memanipulasikan bentuk magnet menggunakan tangan mereka untuk membentuk sesuatu.

Rangsangan seawal usia terhadap mainan magnetic toys untuk anak mampu meningkatkan dan menajamkan kemahiran motor anak dengan meneroka deria yang ada kerana kebanyakan akitiviti mainan ini melibatkan otot lebih kecil dan koordinasi mata dan tangan seperti mencubit, mencantum, menyusun atur, menuang atau mengenggam.

Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anak-anak mereka dapat menguasai kemahiran motor halus seperti bertepuk tangan dan cara memegang pensel dengan betul.

2. Meningkatkan kemahiran kreatif

Mempunyai mainan yang sedikit tetapi berstruktur seperti toy magnet boleh meningkatkan kemahiran kreatif anak. Mungkin pada peringkat awal kanak-kanak cenderung untuk merasa bosan, tetapi lama-kelamaan mereka boleh bermain dengan baik sambil mengaplikasikan aktiviti dalam magnetic toys kepada tugas harian yang memerlukan daya kreativiti dan imaginasi tinggi.

Malah, jangan terkejut sekiranya anak terlalu asyik bermain dan menyelesaikan kepingan-kepingan blok magnet sehinggakan mereka tidak sedar sebenarnya magnetic toys menjadikan minat mereka cenderung kepada bidang berkaitan STEM.

3. Memupuk kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah

Ada pelbagai jenis magnetic toys seperti mainan blok, jigsaw puzzle, huruf dan abjad yang turut memupuk kemahiran menyelesaikan masalah. Mereka belajar dengan cara ‘trial & error’ semasa menyusun atau mencantum bentuk sehingga ia terbentuk dengan baik.

Cara terbaik untuk melatih anak dalam kemahiran menyelesaikan masalah adalah dengan membiarkan mereka melakukan mainan sendiri. Apabila mereka dapat menyelesaikan masalah, ia akan menjadikan kanak-kanak lebih percaya diri sendiri dan yakin dalam membuat keputusan. 

Berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah, mereka lebih cenderung untuk bertindak secara melulu tanpa berfikir dan tidak memikirkan sebab dan akibat.

4. Meningkatkan Daya Imaginasi Anak

Toy magnet boleh mengasah kemahiran imaginasi si manja melalui proses bermain yang dilakukannya. Sebagai contoh, apabila si kecil anda bermain dengan rumah, dia akan membayangkan dirinya berada di rumah itu dan memainkan peranan yang dia mahukan.

Pelbagai mainan serupa boleh digunakan oleh ibu bapa untuk melatih kebolehan imaginasi si manja. Selain anak berasa gembira, semakin aktif otak anak-anak berfikir, semakin cerdas pemikiran mereka kelak.

5. Memanjangkan Daya Tumpuan Anak

Anak-anak yang mengalami ketagihan gajet boleh diatasi dengan memperkenalkan mainan interaktif seperti magnetic toys. Mainan kanak-kanak ini memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah jadi sepanjang bermain, anak boleh kekal fokus tanpa sebarang gangguan. Elakkan membeli mainan secara banyak, sebaliknya perkenalkan anak kepada satu satu mainan supaya dia dapat menyelesaikan masalah mainan sebelum beralih kepada mainan baru.

6. Memupuk Kemahiran Bersosial

Mainan deria yang melibatkan medium berbeza seperti huruf, objek dan visual membolehkan kanak-kanak terdedah kepada elemen berbeza dan bagaimana magnet bereaksi terhadap sentuhan yang pelbagai. 

Satu lagi kelebihan magnetic toys untuk anak adalah boleh meningkatkan kemahiran bersosial. Pada usia yang muda, mereka cenderung untuk menyerap pelbagai maklumat yang diterima. Termasuklah menerima bahasa lisan dan bukan lisan dari persekitaran sekeliling.

Jadi, apabila si manja anda bermain pelbagai mainan mengikut umurnya, dia akan menangkap maklumat daripada mainan tersebut dan menginterprasikan kepada persekitaran sekeliling.Kanak-kanak juga tahu cara mengekalkan hubungan dengan rakan serta tahu kesan dan akibat sebelum bertindak. Mereka akan lebih belajar menghargai orang sekeliling.

Apa-apa pun semua ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dorongan dari ibu bapa yang turut serta bermain dengan anak dari usia kecil lagi. Jadi, ambil peluang dengan memanfaatkan masa yang ada bersama anak-anak selagi mereka masih belum dewasa.

Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat parents yang mencari magnetic toys terbaik buat anak-anak.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mainan-Mainan Budak Berasaskan STEM Terbaik, Ini Pilihan Untuk Anak-Anak

Baca juga: Ibu Ayah, Jom Galakkan Perkembangan Si Manja Dengan Mainan Kanak-Kanak Terbaik Untuk Bayi 7-12 Bulan!

Baca juga:  Mainan Piano Terbaik Untuk Anak, Boleh Rangsang Sel Minda Si Manja!