Perut Bayi BERLUBANG @ Koyak Lepas Tertelan Mainan Magnet Berbentuk Bebola

Perut Bayi BERLUBANG @ Koyak Lepas Tertelan Mainan Magnet Berbentuk Bebola

Kanak-kanak ini dikatakan tertelan mainan magnet yang berbentuk bebola sampai perut dan ususnya hancur terkoyak!

Sebelum ini banyak kisah yang kita dengar bila ada kanak-kanak tertelan syiling, pin tudung atau benda-benda kecil yang lain. Tapi, kali ini kita dikejutkan pula dengan berita seorang bayi lelaki tertelan mainan magnet sampai perutnya berlubang dan terkoyak!

Bayi tersebut berasal dari Zhejian, China yang terpaksa dibedah selepas perut dan ususnya terkoyak oleh kerana tertelan 14 biji mainan magnet yang turut dikenali dengan nama buckyballs.

Budak tertelan mainan magnet

mainan magnet

Semasa kejadian, bayi berusia 16 bulan itu mengalami sakit perut yang melampau dan doktor memberitahu ia mungkin disebabkan makanan yang tidak mendapat pencernaan yang sempurna.

Namun begitu, selepas dua hari mendapatkan rawatan di klinik tersebut, anaknya kelihatan masih meragam dan ibunya membuat keputusan untuk membawanya lagi sekali berjumpa doktor seterusnya melakukan imbasan
ultrasound.

Kelihatan bebola magnet dalam perut anak

magnet untuk anak

Semasa melihat imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), kelihatan mainan magnet di dalam perut anaknya itu.

Kemungkinan si kecil ini tertelan mainan tersebut semasa bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua.

Menurut Pakar Pediatrik, keadaan bayi tersebut berada dalam keadaan yang sangat serius kerana dua manik berada dalam perut dan dua magnet dalam usus besar serta 10 lagi dalam usus kecil.

Selain itu, turut jelas kelihatan perut dan ususnya berlubang di enam bahagian kerana bebola mainan magnet itu telah lama berada dalam perutnya.

Sekaligus ia menyebabkan jangkitan yang serius kerana benda yang tidak sepatutnya telah berada dalam rongga perut.

Walaubagaimanapun, selepas dua jam melakukan pembedahan kecemasan, bayi tersebut selamat dan berada dalam keadaan yang stabil tapi masih berada di bawah pengawasan intensif pediatrik.

5 permainan yang pernah dibuat untuk kanak-kanak

#1. Gilbert Glass Blowing

Ini merupakan mainan untuk kanak-kanak yang menggunakan konsep sains yang dijual sekitar tahun 1950 an lagi.

Cara mainan ini digunakan adalah dengan melakukan eksperimen pada kaca seperti memanaskan, mencairkan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, permainan ini sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan dan kebakaran.

Sudah tentu eksprimen yang berbahaya ini tidak sesuai bagi kanak-kanak dan ia perlu dilakukan dalam keadaan terkawal seperti di makmal.

#2. Aqua Dots

Permainan ini sangat popular sekitar tahun 2007. Di mana set permainan ini disertakan dengan manik-manik kecil berwarna warni yang boleh disusun mengikut kreativiti kanak-kanak.

Selepas disusun di atas sekeping kertas, kanak-kanak boleh membuat reka bentuk yang diingini dan meletakkan sedikit air di atasnya.

Namun, terdapat banyak kes yang dilaporkan apabila ada kanak-kanak yang tertelan manik ini telah jatuh sakit dan muntah-muntah.

Hasil kajian menemui terdapat bahan kimia Gamma-Hydroxybutyrate iaitu sejenis dadah di dalamnya.

#3. CSI - Investigation Forensic Lab

magnet untuk bayi

Terdapat isu yang berkaitan dengan mainan ini di mana dikatakan serbuk khas yang digunakan dalam set ini mengandungi asbestos yang sangat tinggi.

Isu keselamatan dibangkitkan pada November 2017 dan penjualannya dihentikan serta merta.

#4. Pelampung kanak-kanak

Pada 2009, sebanyak 4 juta unit pelampung kanak-kanak telah ditarik balik yang dikeluarkan oleh syarikat Aqua Leisure kerana berkaitan isu keselamatan.

Meskipun pelampung ini berguna untuk semasa dalam air, namun ia boleh mendatangkan bahaya jika mudah terkoyak.

Ini yang berlaku selepas 30 orang kanak-kanak dilaporkan mati selepas terjatuh dari menggunakan pelampung ini.

Ini kerana ada beberapa bahagian pelampung yang mudah terkoyak sehingga jualannya dihentikan serta merta.

Jadi ibu bapa harus pantau semasa anak menjalani aktiviti air walau menggunakan pelampung kerana pelbagai risiko boleh terjadi.

#5. Atomic Energy Lab

Set permainan ini menggunakan Uranium iaitu bahan radioaktif yang sangat berbahaya bagi manusia.

Lebih-lebih lagi, set permainan ini didatangkan dengan tiga set barangan yang mengandungi uranium pada konsentrasi yang berlainan.

Ia juga disertakan sekali Geiger Counter iaitu alat untuk mengukur tahap radiasi yang diterima.

Namun, jualannya telah dihentikan serta merta.

Perut Bayi BERLUBANG @ Koyak Lepas Tertelan Mainan Magnet Berbentuk Bebola

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sinar Harian 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner