X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

6 min bacaan
5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

Perkembangan bayi boleh dirangsang ketika kecil dengan memberinya mainan yang sesuai mengikut usia ini!

Apabila bayi sudah mencecah usia tiga bulan, dia sudah boleh memahami mainan yang ada dalam genggaman tangannya. Jadi, apakah mainan untuk bayi 3 bulan yang sesuai dan bermanfaat bagi mereka? 

Pada fasa ini, anda dapat lihat si kecil itu cuba mencapai mainan yang tergantung. Malah tidak lama lagi, dia juga akan belajar cara memegang dan meneliti mainan dengan kedua-dua belah tangannya.

Namun, jangan terlalu teruja hingga lupa keselamatan si kecil ketika bermain kerana anda perlu pastikan sebarang mainan itu selamat untuk dikunyah.

Apa yang boleh dilakukan adalah semak label yang terdapat pada bungkusan mainan tersebut sebelum beri pada anak. 

Apa kebaikan mainan untuk bayi 3 bulan?

Bayi pada usianya mencecah 3 bulan mereka sudah menguasai objek yang berada di tangan untuk mencapai dan mengenggam. Dengan bermain secara tidak lansung dapat meransang deria mereka melalui sentuhan, pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Mainan untuk bayi haruslah mempunyai ciri dan tekstur yang bersesuaian. Walaupun begitu, pergerakan mereka masih lagi terbatas dan sangat terhad.

Berikut adalah kebaikan mainan untuk bayi 3 bulan:

#1. Merancang deria - mainan bayi pada usia 3 bulan dapat merancang deria serta pancainderanya melalui sentuhan, kepelbagaian warna dan bunyi pada mainan yang menarik perhatian bayi untuk mengenggam mainan tersebut. Selain itu ia dapat meransang deria pendengaran, bau dan rasa. Sebagai ibu bapa galakkan bayi anda untuk bermain kerana ini merupakan salah satu cara untuk mereka belajar mengenai persekitaran.

#2. Meningkatkan perkembangan tumbesaran - Bermain bukan sahaja dapat mengalakkan perkembangan deria tetapi dapat meningkatkan perkembangan otak yang sihat.

5 mainan untuk bayi 3 bulan, jom rangsang si manja anda ini!

#1. Mainan untuk bayi 3 bulan - Mainan gantung 

mainan untuk bayi 3 bulan

Mainan gantung antara mainan untuk bayi 3 bulan yang bagus bagi meransang perkembangan kognitif dan motor halusnya.

Kebolehan memukul mainan yang tergantung merupakan pencapaian yang cukup memberangsangkan juga kerana lepas ini, dia sudah boleh memutar permainan yang digantung atas kepala. 

Namun, pastikan bayi tidak terlalu hampir dengan permainan itu hingga boleh membuatnya tidak selesa,

#2. Mainan untuk bayi 3 bulan - Mainan 'hand rattle' 

mainan untuk bayi 3 bulan

Secara lumrahnya, bayi suka mendengar bunyi bising jadi permainan seperti 'rattle' sangat membantu dalam tumbesaran mereka untuk memahami setiap irama yang keluar tatkala menggoncang mainan tersebut. 

#3. Mainan getah berbunyi

5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

Apa saja mainan yang boleh ditekan dan mengeluarkan bunyi memang amat disukai bayi ketika usia ini malah ia sangat sesuai dibawa bersama ketika mandi. 

#4. Mainan gelang gigit yang berwarna-warni 

5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

Gelang menggigit yang diperbuat dari silikon adalah lebih baik berbanding gelang yang diisi air kerana jika bocor, mungkin air tersebut tidak melakukan proses steril dan ia sangat bahaya. 

Tapi jenis silikon bagus bagi melegakan kesakitan gigi bayi yang baru tumbuh.

#5. Mengikut bentuk dan warna kesukaan

mainan untuk bayi 3 bulan

Untuk bayi lelaki, anda boleh memilih bentuk kenderaan, bola, binatang dan sebagainya. Manakala bagi perempuan pula, anda boleh berikan mereka teddy bear berwarna pink yang sangat secocok untuk peneman bermain si kecil. 

Cara Bermain dengan Bayi

Sebagai ibu, sudah pasti mahukan masa yang berkualiti bersama bayi kita. Selain daripada mengikuti perkembangan bayi ibu mestilah merancang aktiviti harian supaya bayi anda tidak bosan melakukan benda yang sama sepanjang hari.

Berikut adalah cara bermain yang boleh ibu lakukan bersama bayi:

1. Bercerita dan menyanyi

Cuba curi perhatian bayi anda dengan bercerita dengan nada suara berlagu. Lakukan ketika ingin menukar bajunya atau semasa menyuap mereka makan. Kajian mendapati bercakap sambil bermain dengan mereka membantu otak untuk memproses bunyi dan membezakan suara ibubapa.

2. Bersiar-siar

Duduk di rumah sepanjang hari pasti bosan. Bawa bayi anda keluar bersiar-siar. Cuba biasakan mereka dengan dunia luar. Sesekali beri mereka peluang untuk menyentuh daun, bunga dan air. Ini dapat meransang deria sentuhan mereka.

3. Menari sambil gerakkan tangan mereka

Cuba ibu menari sambil bermain dengan mereka. Menari sambil bermain dengan bayi adalah selamat tetapi jangan hanyun mereka terlalu kuat ya. Selain itu, ibu-ibu boleh letakkan bayi anda di atas katil dan mengerakkan tangannya sambil menyanyi. Ini adalah cara seronok untuk mengalakkan perkembangan motor bayi anda.

4. Main mainan ransang deria

Cuba berikan mereka mainan yang boleh merangsangkan perkembangan visual sepertibaby mobile yang berwarna cerah, cermin, ataupun majalah.

Biarkan bayi anda sentuh dan mengenali tekstur yang berlainan. Play gym bayi adalah pilihan yang paling sesuai untuk tujuan ini.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memilih untuk membaca dari buku bergambar, tetapi pilihlah jenis yang berwarna-warni. Selain membuatkan baji teruja dengan warna yang terang, mereka juga boleh belajar mendorong deria yang ada.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

5. Aktiviti semasa mandi

Lengkapkan peralatan mandi dengan beberapa barang permainan yang selamat. Main dan berbuat ketika memandikan bayi anda. Sesekali buat suara yang mengelikan hati. Namun diingatkan jangan ambil masa terlalu lama ya. Takut bayi anda kesejukan.

6.  Meniru aksi dan celoteh mereka 

Sesekali cuba ibu meniru pergerakkan mereka sambil mengajar bayi anda cara berkomunikasi. Jangan lupa, berikan respon kepada bayi anda ketika mereka mengeluarkan bunyi. Cuba untuk berbual. Dengan memberi tindak balas semasa bermain dengan bayi anda, ini juga menunjukkan bahawa dia adalah orang yang penting di dalam hidup anda. Ini pasti dapat mencuit hati bayi anda.

Tips memilih mainan untuk bayi

Ada beberapa hal yang harus diperhatikan supaya mainan yang dipilih dapat merangsang pertumbuhan otak, motor halus, pendengaran dan penglihatan bayi yang optimum. 

  • Pilih mainan dengan warna cerah yang menarik tak mudah luntur dan selamat digigit. 
  • Periksa mainan bayi jika terdapat benang yang seolah hendak tertanggal kerana bimbang jika ia boleh tersangkut pada tubuh bayi.
  • Jika mainan tersebut mudah digigit, cari yang bersaiz besar dari mulut bayi supaya ia tidak tertelan semasa digigit.
  • Pilih mainan yang tidak tajam di setiap sudutnya.
  • Jangan pilih mainan yang terlalu tinggi kandungan bahan kimia, dikhuatiri membahayakan bayi anda. 

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda yang pertama kali ingin membeli mainan anak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

  1. Playfully. (2017,November).  Infant Activities: Ways to Play With Your 0-3 Month Old That Boost Development https://www.playfullyapp.com/2017/11/02/infant-activities-ways-to-play-with-your-0-3-month-old-that-boost-development/.
  2. Pathways.org. (2020,November). Games for Babies 0-3 Months Old: Activities for Babies. https://pathways.org/growth-development/0-3-months/games/

Baca juga: Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Ibu Ayah, Jom Galakkan Perkembangan Si Manja Dengan Mainan Kanak-Kanak Terbaik Untuk Bayi 7-12 Bulan!

Baca juga: Rumah Bersepah Dengan Mainan Anak? Sediakan Rak Mainan dan Didik Si Manja Mengemas, Baru Hati Ibu Pun Tenang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • 5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan
Kongsikan:
  • Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

    Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

  • Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

    Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

    Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

  • Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

    Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.