BAHAYA Mainan Squishy Anak, Banyak Bahan Beracun & Boleh Meletup! Hati-Hati Parents

Tangan seorang kanak-kanak perempuan melepuh selepas mainan squishy meletup ketika bermain. Oleh itu, adakah benar permainan ini beracun dan membahayakan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mainan squishy adalah sejenis mainan lembut yang dibuat daripada buih. Ia dihasilkan berwarna-warni dan direka dalam bentuk yang sangat comel serta mempunyai pelbagai saiz.

Mainan squishy sangat popular di kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun. Tak lupa juga ada ibu bapa yang memberi mainan squishy pada bayi.

Dalam keterujaan kanak-kanak bermain mainan squishy, tak siapa sangka ia juga berbahaya kerana mengandungi bahan kimia yang sangat tinggi selepas ada pihak yang menguji mainan tersebut.

Sejak berita ini dilaporkan, pakar mencadangkan agar ibu bapa membuang mainan squishy di rumah dan tidak membeli yang baru.

Dalam artikel ini anda akan mengetahui lebih lanjut tentang:

  • Mengapa mainan squishy beracun?
  • Mainan squishy meletup, tangan anah melecur
  • Bahaya mainan yang diperbuat daripada plastik
  • Tips memilih alat permainan anak
  • Pilihan mainan anak yang bagus untuk perkembangan otak

Mengapa mainan squishy beracun?

Pihak berkenaan turut menambah, mainan yang berpotensi membahayakan kanak-kanak ini tidak dibenarkan dijual.

Adalah menjadi tanggungjawab industri mainan untuk memastikan produk yang mereka jual sah dan bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam situasi mainan squishy ini, terdapat masalah yang serius apabila anak-anak menyedut bahan yang boleh mengganggu membrane mucus yang mungkin menyebabkan kerosakan hati dan masalah reproduktif dalam jangka masa panjang.

Hal ini telah berlaku di Denmark. Beberapa kedai mainan di sana telah mengarahkan kakitangan untuk menghentikan penjualan mainan squishy.

Bahkan, ramai pelanggan yang memulangkan semula mainan tersebut kerana khuatir ia memberikan kesan negatif terhadap kesihatan anak setelah bermain permainan berkenaan.  

Mainan squishy meletup, tangan kanak-kanak melepuh 

Dalam kejadian yang berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun ‘meramas’ mainan squishy yang dibeli namun tiba-tiba ia meletup!

Akibat daripada itu, beberapa cecair yang keluar daripada mainan tersebut menyebabkan tangan kanak-kanak berkenaan melepuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibunya bergegas ke hospital dan doktor mengatakan tangan yang melepuh itu adalah hasil pembakaran bahan kimia.

Walau bagaimanapun, menurut Pengarah Jaminan Kualiti Orb TM, Steve Tull menjelaskan bahawa mainan squishy tidak boleh pecah melainkan buih tersebut dipanaskan.

Namun, tidak tahu bagaimana mainan itu boleh meletup. 

Selain mainan squishy, mainan plastik juga boleh membahayakan. Mainan plastik mengandungi unsur toksik yang melepaskan plumbum apabila ditelan.

Oleh itu, elakkan anak mengunyah mainan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya mainan yang diperbuat daripada plastik

Para saintis dari University of Plymouth menganalisis sebanyak 200 mainan plastik yang ditemui di kedai mainan seluruh barat daya England.

Mereka mendapati mainan tersebut mempunyai kepekatan unsur yang bahaya dan beracun kepada kanak-kanak pada tahap rendah dalam jangka waktu yang lama.

Para penyelidik universiti berkenaan juga menjumpai sejumlah bahan kimia bromin, cadmium atau plumbum yang melampaui had yang ditetapkan telah digunakan dalam pembuatan alat mainan tersebut.

Kebanyakkan mainan ini berwarna kuning, merah dan hitam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Andrew Turner menjelaskan bahawa disebabkan penggunaan kadmium menyebabkan warna-waran tersebut terhasil.

Beliau menasihatkan agar ibu bapa elak memilih permainan anak yang berisiko tinggi untuk mudah tertelan terutama yang berkompenen kecil. 

Tips memilih permainan anak

  • Jangan biar anak kunyah mainan. Dikuatiri tertelan terutama yang bersaiz kecil.
  • Perlu tahu, membasuh alat permainan tidak dapat menyingkirkan sepenuhnya bahan kimia kerana ia berada dalam plastik.
  • Berhati-hati ketika membeli mainan anak tak kira sama ada mainan squishy atau yang lain. Jika rasa curiga, lebih baik jangan beli.
  • Pilih mainan yang diperbuat daripada bahan yang tidak berbahaya seperti kayu padu yang tidak mempunyai toksik. Selain, kapas organik, bulu atau getah asli juga selamat.
  • Jangan membeli anak mainan plastik lama yang dibuat sebelum tahun 2010 walaupun ia dijual murah di pasaran.
  • Mainan plastik yang selamat biasanya dilabel PVS atau BPA (free BPA).
  • Jangan membeli mainan yang mempunyai No. 3, No. 7 atau V dalam labelnya.

Pilihan mainan anak yang bagus untuk perkembangan bayi

Wooden Maracas (Marakas Kayu)

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Marakas merupakan mainan music terbaik yang berasal dari Puerto Rico namun kini semakin popular di seluruh dunia malah dijadikan salah satu mainan kanak-kanak. Ini menjadi pilihan kami kerana produk ini mudah digunakan, senang dipegang dan mengeluarkan banyak semulajadi yang menyeronokkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permainan berasaskan kayu ini mempunyai rekabentuk dan warna menarik serta sesuai digunakan sedari 1 tahun dan pastinya merupakan salah satu mainan muzik terbaik yang perlu ada di rumah anda.

Malah permainan ini juga mampu membuat anak berhenti menangis, bunyinya yang catchy boleh mengalih perhatian anak dengan mudah!

Xylophone & Piano Multifunctional Musical Toys

Si Manja Sukakan Hiburan? Ini Pilihan Mainan Music Bayi Terbaik Untuk Perkembangan Anak!

Permainan muzik 2 dalam 1 ini mempunyai piano dan xylophone dalam masa yang sama. Pastinya merupakan satu penjimatan yang berganda buat parents.

Setiap nota memainkan bunyi yang berbeza dan boleh dimainkan mengikut pilihan anak. Alat ini membantu bayi mengembangkan koordinasi mata-tangan dan meningkatkan ketangkasan.

Menariknya, mainan ini disediakan nota muzik yang membolehkan si manja belajar membuat muzik hanya dengan berpandukan warna!

LAMAZE Musical Inchworm Toys

Jika ibu mahukan mainan music terbaik yang lembut untuk si comel, apa kata dapatkan Lamaze Musical Inchworm ini?

Produk ini bukan sahaja didatangkan dengan warna berwarna-warni, malah akan mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Ini pasti meningkatkan rasa ingin tahu pada bayi dan dia akan berlatih untuk menggunakan jari-jari comel untuk berusaha menghasilkan bunyi!

Wajah yang comel pada si cacing pasti membuatkan bayi mempunyai teman yang dikenalinya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hati-Hati Sebelum Nak Beli Permainan Anak, Perhatikan 6 Perkara Ini Dulu