Gelagat Bilal Sambut Birthday Pertama, Dah Tak Mahu Umi & Abah Dukung Dia!

Majlis hari lahir anak Neelofa, Muhammad Bilal yang pertama dipuji ramai kerana sambutannya ringkas dan sederhana dengan kenalan terdekat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu pantas waktu berlalu, kini anak sulung kepada selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd. Noor telah genap usia setahun. Beliau dan suami telah mengadakan majlis hari lahir dengan penuh sederhana.

Jika sebelum ini ramai peminat ternanti-nantikan untuk melihat wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Haris, kini ia sudah tidak menjadi rahsia apabila Neelofa sendiri dilihat kerap berkongsikan gelagat bayi berkenaan di Instagramnya.

Suasana majlis hari lahir Muhammad Bilal

Untuk kali pertama majlis hari lahir atau sambutan birthday Bilal, Neelofa dan PU Riz telah mengadakannya di sebuah tempat permainan kanak-kanak yang ditempah khas dengan tema safari.

Apa yang menjadi perhatian dalam video majlis hari lahir tersebut adalah gelagat Bilal. Dia kini sudah boleh berjalan laju dan sudah tidak mahu didukung oleh umi dan abahnya.

Paling lucu ketika nyanyian lagu hari lahir, jelas kelihatan kaki Muhammad Bilal digerak-gerakkan kuat tanda si kecil tersebut minta untuk dirinya dilepaskan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Memang tidak dinafikan bahawa pada usia setahun ini anak baru mengenal kaki. Mereka tidak suka dipegang atau dikawal ketika ingin bebas meneroka dunia sekeliling.

Kadang-kadang boleh agak mencabar untuk ibu ayah mengejarnya!

Noor Neelofa turut memuat naik ucapan hari lahir untuk anaknya menerusi hantaran di Instagram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 

 

“Doa abah umi semoga Bilal sentiasa dalam lindungan kasih Allah SWT, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik, kefahaman agama, kebahagiaan serta hasanah di dunia dan akhirat.

“Love you so much my son (sayang awak sangat anak saya). Happy 1st birthday (selamat ulang tahun pertama) Bilal sayang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Noor Neelofa dan anaknya menitipkan ucapan selamat ulang tahun di samping mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa diberi kebahagiaan berpanjangan.

“Selamat ulang tahun Bilal, jadi anak yang soleh buat abah dan umi,” kata Hafisyah.

“Selamat hari jadi Bilal sayang, makin besar makin comel anak bertuah ini. Membesar dengan baik ya,” ujar Asyikin.

Sebagai info, Noor Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Rizz pada Mac 2021 lalu dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Bilal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktif dan semakin mahir memanjat

Berdasarkan perkongsian di Instagram Story pada 8 Disember tahun lalu, Neelofa sempat memuat naik sebuah video memaparkan Bilal sedang melakukan aktiviti memanjat tangga yang diciptakan khas untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

‘Masa ni Bilal baru 10 setengah bulan dan dah boleh mula berjalan 10-15 langkah.. Tak sangka juga sebab Bilal bergelang-gelang kan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa yang juga berkongsi video Bilal bermain bola di Instagram miliknya semalam telah mencuri perhatian ramai dan rakan selebriti.

Rata-rata mereka berasa teruja melihat gelagat Bilal yang amat comel serta bentuk tangan tembamnya seperti roti bun.

Muhammad Bilal suka kartun Islamik

Bukan itu sahaja anak lelakinya pasangan selebriti ini turut dilihat amat menyukai siri animasi kanak-kanak popular dari Indonesia berjudul Riko the Series.

Difahamkan, Bilal gemar menonton siri bercorak Islamik yang terkandung bacaan pelbagai surah al-Quran itu sehingga mampu ‘melayan’ untuk sejumlah episod.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dia sangat menyukai Riko! Boleh tengok macam ni berpuluh surah,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu dalam video berkenaan.

Setiap kasih sayang dan didikan yang diberikan sejak kecil sememangnya mampu membentuk keperibadian baik dalam diri anak. Selamat hari lahir Muhammad Bilal, semoga membesar jadi anak yang soleh! Amin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpapemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nampak Kemas & Tersusun, Neelofa Kongsi Gambar Almari Pakaian Muhammad Bilal

Baca juga: Lebih 8 Jam Tahan Contraction, Neelofa Kongsi Pengalaman Bersalin Muhammmad Bilal

Baca juga: Neelofa Ambil Konsultan Laktasi Belajar Ilmu Penyusuan, Patutlah Bilal Makin Bam Bam!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan