Nurse Minta Ibu Elakkan Makan Petai Bila Dah Dekat Bersalin, Lebih Bagus Amal Air Kelapa!

Makan petai sememangnya baik untuk kesihatan. Namun aromanya yang kuat dikatakan kurang sesuai diambil ketika anda sarat mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika berbadan dua, para ibu disaran mengambil pelbagai makanan sihat bagi membolehkan janin berkembang dengan sihat. Walau bagaimanapun tahukah anda tabiat makan petai ketika trimester akhir kehamilan tidak digalakkan oleh jururawat dan doktor?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa perubahan hormon yang terjadi pada ibu mengandung membuatkan anda mengidam pelbagai makanan. Ada yang sebelum ini tidak suka makanan berbau, lepas mengandung boleh jadi teramat suka sehingga ‘wajib’ ada semasa waktu makan.

Ibu yang sarat mengandung sebenarnya tidak digalakkan makan petai

credit to sources

Seorang jururawat @yana_missy sempat meninggalkan pesanan di video TikToknya dengan kapsyen ”ibu yang nak dekat dengan due date, jangan makan petai taww” telah meraih 21,000 tanda suka dan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Dia yang lengkap berpakaian seragam jururawat sebaliknya tidak berkata apa-apa selain meletakkan tangan pada hidung dan mulut bagi mengatakan bahawa tindakan makan petai semasa dekat due date bersalin mendatangkan bau tidak menyenangkan.

https://www.tiktok.com/@yana_missy/video/7049963539083136283?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Bukan itu sahaja, jururawat tersebut mengatakan tabiat makan petai menyebabkan air kencing dan najis berbau busuk. Keadaan ini sekaligus boleh menjejaskan proses kelahiran di dalam bilik bersalin nanti. 

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengajukan soalan kepada jururawat tersebut bilakah paling lewat ibu mengandung boleh makan petai sebab dia sekarang menyukai sambal petai.

Jawabnya, kandungan 27 minggu masih boleh makan sambal petai lagi. Paling lewat adalah sampai 37 minggu kehamilan.

Rata-ratanya bersetuju dengan nasihat tersebut dan memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh jururawat tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman bersalin satu labour room berbau petai

credit to sources

Tidak ketinggalan warganet sempat berkongsikan pengalaman yang dilalui oleh mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman ketika bersalin anak sulung. Katil depan bersalin, bau petai. Satu labour room bau petai.. Kenangan tahun 2000.

Hahaha. Pernah kena dah. Paling ingat bulan puasa. Banyak hari jugak la tak boleh nak makan. Macam lekat kat hidung je bau petai tu.

Masa bersalin dulu labour room ada dua katil. Jiran sebelah sudah pecah ketuban awal. Bau kuat, last-last dia kena usung pindah bilik lain. Sebab pening pencemaran udara nak layan contraction lagi.

Masih ingat lagi, nurse tegur kat patient sebelah katil sebab makan petai. Masa tu dia tengah tunggu bukaan jalan dan nak beranak dah.

Makan petai secara berlebihan boleh mendatangkan kesan terhadap ibu mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang pencinta petai, tentu sahaja mempercayai bahawa makanan ini memiliki khasiat yang tersendiri. Hal ini kerana kandungan triptofan di dalamnya mampu membuatkan anda lebih ceria.

Bukan itu sahaja, kandungan potasium yang ada pada petai dapat mencegah masalah tekanan darah tinggi. Masalah ini perlu dihindari kerana ia boleh menyebabkan risiko preeklampsia dan sangat berbahaya bagi ibu mengandung serta janin.

Petai juga mengandungi flavonoid, ia merupakan antioksidan yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Ketika mengandung, daya tahan tubuh berpotensi mengalami penurunan sehingga mendedahkan ibu dengan pelbagai jangkitan penyakit.

credit to sources

Meskipun ia selamat untuk ibu hamil, namun hendaklah tidak diambil secara berlebihan. Hal ini kerana petai memiliki kandungan amonia yang tinggi. Ia akan memberi kesan terhadap proses penyaringan di dalam tubuh dan memaksa buah pinggang untuk bekerja lebih keras.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu jika ia tidak dimakan dengan cara yang betul, boleh menyebabkan masalah sembelit.

Petai sebenarnya menyebabkan masalah pencernaan kerana tubuh mengalami kesulitan dalam memecah karbohidrat kompleks di dalamnya. Justeru adalah lebih baik anda mengambil petai yang sudah dimasak terlebih dahulu.

Bukan itu sahaja, sebab yang terakhir ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak mengambil petai adalah kerana baunya yang kuat dan kurang selesa. 

Bau ini boleh bertahan di dalam sistem ekskresi tubuh dan mulut selama dua hingga tiga hari lamanya. Jadi boleh bayangkan jika anda makan petai dalam jumlah yang banyak? Baunya tetap berada di dalam mulut dan tandas rumah.

Sumber: @yana_missy

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perhh, Kuatnya Bau Petai! Jangan Tak Tahu, Ia Ubat Hilangkan Ketagih Rokok