Sebagai ibu bapa, anda melakukan yang terbaik untuk merancang dan menyediakan makanan yang berkhasiat. Makanan adalah perkara penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Anda juga percaya produk yang anda beli melalui proses kebersihan yang menyeluruh semasa disediakan. Tapi malangnya, makanan bayi tercemar tetap boleh berlaku!
Makanan bayi tercemar selalu terjadi
Pasangan di Auckland, New Zealand baru-baru ini terkejut apabila mendapati makanan yang mereka suap pada anak mereka mengandungi lipas!
Menurut NewsHub, Jacquelin Danies dan Dan Ali telah menyuap anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun snek lemon dan kekacang yang mereka baru beli di pasaraya.
Ibu yang khuatir ini memberitahu media tempatan yang anak mereka mula menendang selepas makan snek tersebut. “Dia nangis tanpa henti,” kata ibu itu.
Ibu ini dan suaminya cepat–cepat memeriksa makanan yang diberi. Setelah memeriksa dengan teliti, mereka menemui lipas mati dibakar dalam snek itu!
Oleh kerana warna lipas tersebut hampir serupa dengan kekacang, mereka gagal untuk perasan.
Ini bukan kali pertama mereka membelikan snek ini untuk si kecil mereka. Cuma perbezaan kali ini, ia datang dari bekas plastik yang lain.
Selepas menyedari yang mereka telah menjadi mangasa pada makanan bayi yang tercemar, mereka memanggil pembantu perubatan serta merta. Ibu ini merasa terkejut dan marah dengan apa yang terjadi.
Pasaraya tempat mereka membeli snek tersebut menekankan yang mereka tidak mendapat apa-apa aduan yang sama. Mereka menyarankan agar pasangan ini membuat laporan formal. Mereka juga menasihatkan agar mereka membawa makanan bayi itu untuk siasatan lanjut.
Tip untuk mengelak makanan bayi tercemar
Selain dari memeriksa makanan dengan teliti, tiada banyak perkara lain yang ibu bapa boleh lakukan untuk memastikan makanan tidak tercemar. Mungkin ini sebab mengapa ramai ibu bapa memilih untuk menyediakan makanan sendiri.
Ini kerana ia dapat membantu ibu bapa mengawal bahan-bahan dalam makanan. Anda juga boleh melatih anak untuk makan makanan yang sama dengan keluarga anda.
Walaubagaimanapun, makanan yang dibuat di rumah cepat rosak dan basi. Ia juga mengambil masa dan tenaga untuk membuatnya.
Ini adalah garis panduan yang selamat untuk menyedia dan menyimpan makanan bayi
- Basuh tangan dengan bersih sebelum menyediakan makanan.
- Bersihkan perkakas dengan bersih.
- Basug buah dan sayur di bawah air yang mengalir.
- Jangan guna satu landas untuk memotong. Asingkan untuk daging, ikan dan sayur.
- Basuh sayur dan buah bawah air yang mengalir.
- Masak daging, ikan dan ayam untuk untuk mengelakkan makanan bayi tercemar dari bakteria.
- Jangan biarkan makanan yang dimasak dibiarkan di luar lebih dari satu atau dua jam.
- Makann bayi yang mengandungi daging hanya boleh disimpan tidak lebih dari 24 jam.
- Makanan bayi dengan sayuran atau buah boleh disimpan sehingga 48 jam.
- Jangan menyahbekukan makanan bayi dengan merendam di dalam air pada suhu bilik.
Pastikan anda minta nasihat doktor tentang makanan yang selamat dan sihat untuk anak anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Baca juga:
Boleh atau tidak bayi minum air kelapa? Anda pasti terkejut tahu manfaat ini!