Hati-Hati 15 Makanan Ini Ada Risiko & Penyebab Utama Anda CEPAT MATI

Elakkan makan 15 jenis makanan ini yang boleh memberi risiko buruk pada kesihatan dalaman anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pepatah lama mengatakan, siapa kita hari ini adalah apa yang kita makan. Ini kerana setiap hari tanpa kita sedar kita sudah mengambil beberapa makanan berbahaya pada kesihatan.

Makanan berbahaya ini mengandungi banyak toksik dan pengawet yang boleh menjadi racun dalam badan.

Kesannya mungkin tidak dapat dilihat sekarang, tapi mungkin beberapa tahun lagi. Bahkan bahan yang terkandung di dalamnya mengakibatkan serangan jantung atau penyebab kanser.

Berikut adalah beberapa senarai makanan yang menyebabkan seseorang individu cepat MATI.

15 Makanan Punca Penyakit Serius & Akibatkan Anda Cepat MATI

#1. Makanan berbahaya – Minuman tenaga dan soda

Seperti yang kita tahu, soda merupakan minuman yang menyebabkan kenaikan berat badan kerana ia mengandungi gula yang sangat tinggi.

Secara tak langsung, ia menyebabkan anda mudah terdedah pada risiko kanser, penyakit jantung, kencing manis dan lain-lain. Berjuta-juta manusia yang minum ini hampir setiap hari!

#2. Makanan berbahaya – Marjerin

Marjerin sering digunakan bagi menggantikan mentega, namun ia sebenarnya makanan yang berbahaya pada kesihatan badan.

Kajian menunjukkan ia adalah makanan yang boleh meningkatkan penyakit jantung dan kanser.  Jadi, hati-hati ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Makanan berbahaya- Daging yang diproses

Makan daging yang diproses secara berlebihan juga menyebabkan anda mudah terkena penyakit yang serius.

Tambahan pula, ia dibungkus dalam plastik yang tentunya ada kimia sintetik dan karsinogen yang boleh berisiko pada badan.

#4. Bijirin sarapan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun bijirin nampak sihat, namun ia juga boleh jadi tidak bermanfaat pada badan terutama jika ramuan di dalamnya mempunyai gula berlebihan.

#5. Kerepek

Kerepek mengandungi garam, lemak dan kalori yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan, kolesterol dan penyakit yang serius.

#6. Kek yang dibakar dalam ketuhar

Jika anda membakar kek kemudian menggunakan bahan yang tak sihat, makanya ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang serius dan boleh mengancam nyawa anda jika diambil terlalu kerap.

#7. Makanan bebas lemak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, tak semua produk bebas lemak itu sihat kerana lemak tersebut digantikan dengan gula atau bahan buatan yang lain. Maka ia juga ada risikonya!

#8. Kentang goreng

Sama seperti kerepek, kentang goreng juga melalui pelbagai proses dan tidak sihat jika dimakan selalu. Makanan ini boleh menyebabkan arteri tersumbat dan pelbagai penyakit lain.

#9. Daging merah

Secara kebiasaannya, ramai orang suka makan daging merah pada masa ini sedangkan ia boleh meningkatkan risiko kanser.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan berlebihan boleh menyebabkan sistem pencernaan bermasalah.

#10. Keju

Keju memiliki lemak yang sangat tinggi sekaligus boleh berlakunya penambahan berat badan yang melampau.

Apa yang mengejutkan, keju yang ada di pasaran biasanya memiliki bahan tertentu yang mengakibatkan kanser.

#11. Ais krim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, semua orang sangat suka makan aiskrim tapi mengambilnya secara berlebihan boleh menyebabkan kolesterol tinggi dan risiko diabetes.

Alternatif lain yang boleh dibuat adalah menggantikan aiskrim dengan yogurt beku yang jauh lebih sihat dan berkhasiat.

#12. Makanan segera dan bergoreng

Makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak tentulah menjadi sesuatu yang tidak sihat dan tiada nutrisi yang baik sekaligus penyebab pelbagai masalah kesihatan yang serius.

Jika nak ambil sekalipun, makan dalam kuantiti yang berpada-pada.

#13. Roti putih

Kajian menunjukkan, semasa membuat roti putih banyak nilai nutrisi pemakanan akan hilang.

Apa yang diketahui adalah ia penyebab meningkatkannya kadar gula dalam darah dan risiko diabetes.

#14. Popcorn / Bertih jagung

Bertih jagung memang sihat tapi yang menjadikannya tidak sihat adalah pembungkusannya.

Alternatif lain yang boleh dibuat adalah, masak popcorn di rumah dan letakkan dalam pinggan yang bersih. 

#15. Jus buah-buahan

Ya, jus buah-buahan mengandungi fruktosa yang sangat tinggi terutama jika anda membelinya dari luar kemudian ditambah pula dengan gula yang tentunya berisiko pada badan anda.

Justeru, cuba gantikan 15 makanan ini kepada sesuatu yang lebih sihat secara keseluruhannya.

Anda adalah penentu dalam mencorokkan kesihatan badan yang sihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: HHD Research 

Baca juga 

9 Makanan Penyebab Kanser Yang Anda Makan Setiap Hari