Jangan sesekali beri 7 makanan mudah tercekik ini pada anak anda

Mungkin anda tak sedar yang makanan anda beri pada anak anda boleh menyebabkan mereka tercekik. Ini adalah makanan mudah tercekik yang anda perlu elakkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sering kita dengar berita atau cerita tentang kanak-kanak tercekik makanan. Sebab itu anda perlu berhati-hati dengan makanan mudah tercekik ini.

Semakin anak membesar, mereka akan bersemangat untuk mencuba makanan dari pinggan anda — dan anda juga bersemangat untuk menambahkan kelainan dalam pemakanan mereka.

Tapi, tak semua makanan selamat untuk si kecil anda. Jom, hari ini kami senaraikan 7 makanan mudah tercekik pada anak mengikut umur. 

Makanan mudah tercekik: Umur 12 ke 24 bulan

Ketulan besar: Ketulan makanan boleh tersekat dalam tekak anak anda. Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika (AAP) menyarankan anda untuk memotong makanan ke kepingan tidak besar dari 1/2 inci.

Seperti contoh, potong buah anggur, tomato ceri dan strawberi kepada suku buah sebelum hidang dan hancurkan daging sayur dah keju.

Sayur mentah: Masak sayur seperti lobak, saderi dan brokoli hingga lembut dan potong dadu, hancurkan atau potong tidak lebih dari 1/2 inci sebelum dihidangkan.

Kekacang dan biji buah: Buang biji buah segar seperti tembikai, pic, plum dan ceri sebelum dihidangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun biji ini terlalu kecil untuk tercekik, ia boleh tersekat di saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan.

Makanan keras dan rangup: Kekacang, bertih jagung dan pretzel adalah makanan mudah tercekik, ia termasuk gula-gula dan ubat batuk.

Makanan melekit: Gula-gula getah dan makanan melekit seperti agar-agar, buah kering dan marshmallow boleh tersekat di tekak anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mentega kacang: Mentega kacang boleh jadi susah untuk ditelan dan boleh menyebabkan tercekik.

Jangan suap anak dalam sudu, sapu nipis pada roti atau biskut atau nipiskan dengan air atau yogurt.

Makanan mudah tercekik: Umur 24 ke 48 bulan

Walaupun anak sudah boleh makan pelbagai makanan pada usia ini, mereka masih berisiko untuk tercekik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terus elakkan makanan yang di senarai di atas dan cakap dengan anak untuk tidak berjalan, bercakap, menonton tv, baring atau perkara lain yang boleh mengganggu perhatian semasa makan.

Dengan panduan ini, kami harap anda dapat mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini. Kongsikan panduan ini pada ibu-ibu yang anda kenal supaya kita semua lebih berhati-hati apabila beri anak makan.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Baby Center

Baca juga:

Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Mudah & Berkhasiat, Si Manja Mesti Akan Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

Penulis

Nadia Ghafar