15 Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan, Cepat Sembuh!

Makanan pantang selepas pembedahan mempengaruhi tempoh penyembuhan luka. Jadi pastikan anda ambil yang berkhasiat untuk luka sembuh.

Jika anda baru lepas bersalin secara pembedahan atau ceaser ada makanan pantang selepas pembedahan yang baik untuk anda. Namun ada makanan yang perlu anda elak untuk mengelak mudarat.

Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan, Penting?

Pemakanan ibu selepas bersalin sangat penting bukan hanya kerana membantu pemulihan yang cepat tetapi juga kerana ibu perlu menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Jika anda bersalin czer ada makanan pantang selepas pembedahan yang harus anda ambil. 

Susu ibu antara sumber nutrisi untuk bayi dalam beberapa bulan pertama, oleh itu penting untuk memastikan ibu mendapat diet yang sihat sekiranya mereka menyusu bayi

Pemakanan yang sihat dengan rehat yang cukupjuga akan mempercepatkan penyembuhan dinding perut dan rahim yang terbelah semasa pembedahan C-sect atau czer. 

Makanan yang sihat juga penting untuk membantu ibu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa kehamilan dan mendapatkan semula berat normal mereka. 

makanan pantang selepas pembedahan, czer, makanan pantang czer, bersalin czer, makanan berpantang czer, menu berpantang czer, berapa lama luka czer sembuh, berapa lama pantang czer, makanan berpantang, caesar, ceaser

Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan

Berikut adalah makanan pantang selepas pembedahan yang baik untuk anda ambil untuk membantu penyembuhan luka dengan cepat dan sempurna. 

1.Serat

Selepas pembedahan, kebanyakan ibu mengalami masalah sembelit yang perlu diambil berat. Sembelit boleh memberi tekanan pada perut dan meningkatkan risiko jahitan terbuka. Ibu perlu makan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti lobak merah, brokoli, ubi bit,, peria, beri, pir, dan epal dalam diet harian mereka. Makanan ini membantu meningkatkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko sembelit, serta menyokong proses pemulihan selepas pembedahan.

2.Asid Lemak

DHA dan asid lemak adalah nutrien penting untuk orang berpantang selepas pembedahan, terutama dalam membantu mengurangkan kemurungan selepas bersalin. Makanan yang kaya dengan DHA dan asid lemak termasuk walnut, biji chia, biji rami, sardin, salmon dan tuna. Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam makanan ini terbukti memberi manfaat dalam menjaga keseimbangan emosi dan kesihatan mental yang dapat membantu dalam mengatasi kemurungan pasca bersalin.

3.Minuman

Ini bagi memastikan anda kekal terhidrat. Air adalah pilihan terbaik, tetapi air juga boleh didapati daripada sup atau minuman jenis smoothie yang diperbuat daripada buah-buahan segar.

4.Vitamin

Ibu selepas bersalin disarankan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik, tomato, brokoli, anggur, tembikai, dan strawberi dalam diet harian mereka. Buah-buahan ini kaya dengan pelbagai vitamin dan antioksidan yang penting untuk sistem imun serta kesihatan secara keseluruhan.

5.Zat Besi

Ibu tidak perlu bimbang untuk menambahkan zat besi tambahan dalam diet mereka kerana mereka tidak kehilangan zat besi semasa penyusuan. Namun, memasukkan makanan yang kaya dengan zat besi akan membantu ibu memulihkan semula kadar zat besi yang mungkin berkurang semasa bersalin dan juga membantu dalam penyerapan nutrien dari makanan lain dengan lebih baik. Makanan yang tinggi dengan zat besi termasuk daging merah, hati, bijirin, sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam dan kekacang.

6.Kalsium

Kacang soya, kacang kuda, daun lobak, susu dan produk tenusu semuanya merupakan sumber kalsium yang sangat baik. Kalsium adalah penting untuk pemulihan yang cepat, meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit seperti osteoporosis dan menggalakkan pengeluaran susu semasa menyusukan bayi.

7.Protein

Makanan yang kaya dengan protein memang membantu dalam proses penyembuhan yang lebih cepat, meningkatkan kekuatan otot dan menyokong pertumbuhan tisu baharu. Protein adalah nutrien penting yang memainkan peranan utama dalam memperbaiki dan menghasilkan kembali tisu tubuh yang rosak selepas pembedahan atau bersalin.

Apa Perlu Makan Lepas C-Section?

1.Produk Tenusu

Disarankan untuk ibu menyusukan untuk mengambil sekurang-kurangnya 500ml produk tenusu setiap hari untuk memastikan kecukupan nutrien ini.

2.Makanan Yang Mudah Dihadam

Sup, terutama sup sayur-sayuran yang ringan, adalah pilihan yang baik kerana ia memberikan hidrasi tambahan dan nutrien penting. Bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri yang ringan dan boleh dicerna dengan mudah, yang membantu mengurangkan beban pencernaan dan membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih efisien.

3.Buah-Buahan

Ini membekalkan serat dan nutrien penting seperti vitamin C dan zat besi.

4.Lemak Seimbang

Pilih lemak sehat seperti minyak zaitun, minyak canola, atau avocado yang membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E, dan K.

5.Makanan Ringan

Buah kering, kekacang atau yogurt Greek rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk makanan ringan yang memberi tenaga.

6.Bijirin Penuh

Bijirin penuh seperti beras, oat, quinoa dan gandum akan membuatkan perut anda cepat kenyang sekali gus mengelak kegemukan dan kaya serat. 

7.Bawang Putih

Membantu menggalakkan penghasilan susu ibu

8.Kekacang

Kacang seperti badam, gajus dan walnut mengandungi nutrien yang tinggi dan merupakan sumber asid lemak yang baik

Makanan Yang Perlu Elak Lepas C-Section

Beberapa makanan yang sebaiknya dielakkan oleh ibu semasa tempoh pemulihan selepas bersalin dan masih menyusukan bayi termasuk:

1.Makanan Masam dan Pedas

Makanan seperti tomato, jeruk atau makanan pedas boleh menyebabkan gas, keradangan dan kembung perut yang tidak selesa, terutama pada beberapa bulan pertama selepas bersalin.

2.Makanan Ringan dan Diproses

Pizza, makanan diproses, soda, dan makanan bergoreng sebaiknya dielakkan. Makanan ini cenderung tinggi kalori dan rendah nutrien, yang boleh mengakibatkan penambahan berat badan yang tidak diingini.

3.Minuman Berkafein

Kafein dalam kopi dan teh perlu diambil secara sederhana. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan gangguan tidur dan terlalu banyak rangsangan, yang boleh mempengaruhi bayi yang sedang menyusu.

4.Alkohol

Ibu yang menyusukan harus menghindari alkohol sepenuhnya. Alkohol boleh mengganggu perkembangan bayi dan menyebabkan risiko kesihatan yang serius.

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bersalin Czer: Prosedur, Berapa Lama Pantang Czer & Perbezaan Czer Vs Normal

Baca juga: Kenapa Ada Wanita Hamil Yang Boleh Pilih Tarikh Untuk Bersalin Czer? Ini Penjelasannya

Baca juga: Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!