Kini, nursing dress semakin mendapat perhatian daripada pelbagai jenama pakaian tempatan dan antarabangsa. Ini semestinya kerana ada permintaan yang tinggi di kalangan ibu moden yang mencari nursing dress terkini, yang mana ia bukan hanya menaikkan penampilan si ibu, malah ia juga memudahkan urusan ibu untuk penyusuan.
Kredit gambar: Malaymail
Dress dan jubah atau abaya adalah outfit yang paling selesa dipakai oleh ibu mengandung dan malah ketika menyusukan kerana tiada bahagian getah yang menekan di bahagian perut yang sedang membesar mahupun selepas bersalin yang mana jika ada luka pembedahan kerana proses kelahiran czer.
Tambahan lagi, nursing dress yang menggunakan kain lembut dan sejuk dengan potongan longgar biasanya sering mendapat sambutan dikalangan ibu moden.
Nursing dress yang selesa dan bergaya untuk ibu moden
Bagi ibu yang baru melahirkan anak, dan mencari nursing dress yang selesa dan mudah untuk proses penyusuan, kami kongsikan senarai nursing dress yang malah adanya boleh dipakai sejak mengandung lagi. Jadi takdalah membazir bukan? Selamat memilih!
Nursing dress selesa dan bergaya
 | Jubah Khadeeja By Elle Zahraa Nursing Dress: Terbaik BF friendly |  | View Details | BELI DI SHOPEE |
 | 9months Maternity Navy Striped Overlap Nursing Maxi Dress Nursing dress: Terbaik labuh dan kasual |  | View Details | BELI DI ZALORA |
 | Mama.licious Macy Long Sleeves Jersey Dress Nursing Dress: Terbaik berlengan panjang |  | View Details | BELI DI ZALORA |
 | Dear Collective Carl Buttondown Nursing Dress Marigold Nursing Dress: Terbaik dengan poket |  | View Details | BELI DI ZALORA |
 | Maternity Wear Long Sleeve Nursing Nursing Dress: Terbaik berkolar dan berbutang |  | View Details | BELI DI SHOPEE |
 | Bove by Spring Maternity Danya Dress Nursing Dress: Terbaik labuh yang ringkas |  | View Details | BELI DI ZALORA |
 | Bove by Spring Maternity Knitted Dress Nursing Nursing Dress: Terbaik untuk ke pejabat |  | View Details | BELI DI ZALORA |
Jubah Khadeeja By Elle Zahraa
Nursing Dress: Terbaik BF friendly

Abaya Khadeeja ini menggunakan potong loose dan flowy yang sesuai untuk ibu pakai semasa menyambut hari raya atau memenuhi jemputan majlis istimewa.
Abaya ini datang dengan 9 pilihan warna lembut dan terang dengan pilihan saiz S hingga 3XL.
Selain itu, abaya ini juga adalah mesra menyusu atau breastfeeding friendly dengan zip panjang di bahagian dada.
Apa yang kami suka:
- Lengan baju yang agak lebar, mudah disingsing untuk ambil wuduk.
- Menggunakan kain comocrepe yang sejuk dan tidak mudah renyuk.
- Hiasan tambahan lace di hujung lengan yang buat baju ini lebih bergaya
9months Maternity Navy Striped Overlap Nursing Maxi Dress
Nursing dress: Terbaik labuh dan kasual

Nursing dress labuh ini amat sesuai untuk ibu moden yang mencari baju mengandung semi-formal atau kasual.
Dibuat menggunakan kain campuran cotton, baju ini sangat selesa dipakai untuk tempoh yang lama oleh ibu.
Gaun ini mempunyai bukaan silang tertutup pada bahagian dada untuk ibu menyusukan bayi dengan selesa.
Apa yang kami suka:
- Datang dengan 2 pilihan warna, biru dan coklat yang patut dijadikan koleksi oleh ibu.
- Design baju yang tetap sesuai dipakai walaupun semasa tidak mengandung.
- Juga datang dengan tali pinggang yang membuatkan baju ini nampak lebih bergaya.
Mama.licious Macy Long Sleeves Jersey Dress
Nursing Dress: Terbaik berlengan panjang

Gaun lengan panjang jenis sarung dengan knot di bahagian dada ini sesuai dipakai pada bila-bila masa oleh ibu kerana ia nampak ringkas.
Baju ini datang dalam satu pilihan warna sahaja, dan menggunakan kain jenis recycled polyester blend.
Selain itu, baju mengandung ini juga boleh dijadikan sebagai blaus untuk dipadankan dengan seluar panjang, sesuai untuk ibu muslimah.
Apa yang kami suka:
- Datang dalam warna hitam yang versatile, sesuai untuk dipakai ke majlis, pejabat atau keluar hujung minggu.
- Mempunyai bukaan tersorok di bahagian dada untuk menyusukan bayi.
- Kain jenis stretchable yang sangat selesa di bahagian perut dan punggung.
Dear Collective Carl Buttondown Nursing Dress Marigold
Nursing Dress: Terbaik dengan poket

Baju mengandung berwarna kuning ini nampak kasual dan ceria, sesuai untuk dipakai semasa outing hujung minggu semasa membeli belah barangan bayi.
Dress tanpa lengan ini mempunyai butang di sebelah depan dan juga zip di sebelah belakang baju yang memudahkan ibu untuk pakai.
Selain itu, baju ibu mengandung ini juga mempunyai poket di sebelah kiri dan kanan yang sangat praktikal untuk ibu simpan hand sanitiser dan kunci kereta.
Apa yang kami suka:
- Butang di bahagian depan boleh dibuka untuk menyusukan bayi.
- Mempunyai tali di bahagian tepi baju yang buat baby bump anda kelihatan lebih jelas.
- Design baju yang kemas dan sesuai juga dipakai bersama blazer untuk ke pejabat.
Maternity Wear Long Sleeve Nursing
Nursing Dress: Terbaik berkolar dan berbutang

Nursing dress ini datang dengan 3 warna ceria untuk dipilih oleh ibu mengikut citarasa masing-masing.
Baju ini mempunyai kolar kemaja yang membuatkannya nampak formal, sesuai untuk dipakai untuk urusan harian dan untuk ke pejabat.
Butang dari kolar hingga ke bawah di bahagian depan baju memudahkan ibu untuk menyusukan bayi semasa di luar rumah.
Apa yang kami suka:
- Baju ini sesuai untuk dipadankan dengan leggings atau jeans berwarna hitam, putih dan denim.
- Boleh dipadankan dengan kasut sukan untuk nampak kasual, atau kasut bertumit untuk nampak lebih formal.
- Pembelian yang berbaloi kerana design baju ini yang loose sesuai dipakai semasa mengandung dan selepas bersalin.
Bove by Spring Maternity Danya Dress
Nursing Dress: Terbaik labuh yang ringkas

Baju mengandung labuh berwarna hitam ini sesuai untuk ibu yang mahu baju seakan jubah, tetapi dengan sedikit modern twist.
Corak kain bersilang di bahagian dada bukan sekadar tambahan pada design sahaja. Yang sebenarnya, bahagian itu mempunyai bukaan tersorok yang boleh diselak semasa menyusukan anak.
Selain itu, material bamboo cotton yang digunakan untuk baju ini membuatkannya selesa dipakai, serap peluh dan sangat lembut.
Apa yang kami suka:
- Pilihan yang baik untuk ibu moden yang mahukan penampilan lebih sopan dengan dress yang labuh hingga ke buku lali.
- Dress hitam yang sesuai untuk dijadikan pakaian harian atau untuk ke majlis istimewa.
- Baju pelbagai guna yang sesuai dipakai semasa mengandung dan semasa fasa menyusukan bayi.
Bove by Spring Maternity Knitted Dress Nursing
Nursing Dress: Terbaik untuk ke pejabat

Baju mengandung jenama Bove by Spring Maternity yang ini pula amat menggunakan knitted fabric yang amat sesuai dipakai semasa ke pejabat yang sentiasa menggunakan penyaman udara.
Dengan rekaan lengan panjang baju ini nampak kemas dan selesa untuk ibu pakai dari pagi hingga ke petang.
Selain itu, baju yang BF friendly ini juga sesuai dipakai oleh ibu semasa mengandung dan selepas sudah melahirkan anak kerana rekaannya yang ringkas dan tidak terlalu kelihatan seperti baju mengandung.
Apa yang kami suka:
- Dart di bahagian pinggang membuatkan baju mengandung ini nampak lebih stylish.
- Zip sorok di bahagian tepi baju yang memudahkan ibu untuk menyusukan bayi kelak.
- Kain knitted yang tidak perlu digosok dan boleh dibasuh di dalam mesin basuh sahaja.
Perbandingan Harga Nursing Dress
Jenama
|
Harga (RM)
|
Jubah Khadeeja By Elle Zahraa
|
RM89.00
|
9months Maternity Navy Striped Overlap Nursing Maxi Dress
|
RM189.00
|
Mama.licious Macy Long Sleeves Jersey Dress
|
RM138.80
|
Dear Collective Carl Buttondown Nursing Dress Marigold
|
RM184.00
|
Maternity Wear Long Sleeve Nursing
|
RM34.99
|
Bove by Spring Maternity Danya Dress
|
RM149.90
|
Bove by Spring Maternity Knitted Dress Nursing
|
RM 209.90
|
Pilih baju mengandung yang boleh dijadikan terus sebagai nursing dress, jimat tetapi bergaya

Semasa anda melalui fasa mengandung, semestinya anda akan rasa teruja dan suka untuk ambil peluang ini untuk pakai pakaian yang sesuai dengan watak anda sewaktu itu.
Namun, kami nasihatkan anda untuk membuat pembelian yang bijak kerana anda hanya akan pakai baju mengandung itu untuk tempoh 9 bulan sahaja!
Jadi, kami kongsikan beberapa peringatan untuk bantu anda buat pembelian yang berbaloi dan lebih jimat.
1. Pilih baju yang sesuai untuk menyusu
Kebanyakkan baju mengandung jenis blaus dan gaun datang dengan butang atau zip sorok. Dengan adanya bukaan berbutang atau berzip, anda masih boleh pakai baju tersebut selepas bersalin nanti kerana ia memudahkan anda untuk menyusukan bayi anda.
2. Design baju yang nampak lebih universal
Ada juga baju yang mempunyai rekaan yang longgar (loose) yang boleh dijadikan baju mengandung, dan ada juga baju mengandung yang nampak seakan baju biasa. Jadi, semasa di dalam bilik persalinan, ambil sedikit masa untuk bayangkan jika baju yang anda pilih itu itu sesuai dipakai untuk tempoh yang lebih lama, atau tidak.
3. Gunakan extender pada seluar berzip dan bra
Para peringkat awal mengandung (trimester pertama dan kedua), ada wanita yang masih tidak mempunyai baby bump yang ketara. Jika anda adalah dalam kategori ini, beli sahaja extender untuk seluar dan baju dalam anda agar anda kekal selesa memakai pakaian biasa anda.
4. Saiz yang sesuai sehingga full term
Bagi ibu yang buat keputusan untuk beli baju mengandung seawal trimester pertama, pastikan anda ambil beberapa saiz yang lebih besar. Pembelian ini akan lebih berbaloi kerana anda tetap boleh memakainya apabila berat badan anda semakin bertambah kemudian.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 14 Makanan Yang Tinggi Vitamin C, Bantu Meningkatkan Daya Tahan Ibu Mengandung
Baca juga: Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu
Baca juga: Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan