Tak Lalu Makan Nasi? Ini 5 Makanan Pengganti Untuk Ibu Hamil Yang Sama Khasiatnya!

Nasi merupakan salah satu makanan yang menjadi sumber karbohidrat. Tapi kalau tak ada selera nak makan nasi, ada ke makanan lain yang boleh ganti nasi?

Nasi merupakan makanan ruji buat sebahagian besar rakyat Malaysia. Namun dalam sesetengah kehamilan ada ibu yang tak berselera untuk menjamah nasi, jadi ada tak makanan pengganti nasi untuk ibu hamil ya?

Adakah Ibu Hamil Perlu Makan Nasi?

Menurut Momjunction, nasi mengandungi jumlah karbohidrat tinggi  yang boleh membekalkan tenaga pada tubuh manusia. Kesimpulannya, nasi bertindak sebagai bahan bakar yang membuatkan badan tetap bertenaga dan aktif untuk menjalani aktiviti.

Selain menjadi sumber tenaga, nasi juga merupakan pembekal sumber vitamin seperti vitamin D, riboflavin dan tiamin serta banyak mineral lainnya seperti kalsium, zat besi dan serat! Begitu banyak manfaat nasi ini ya, jadi ini yang membuatkan ibu memiliki tulang dan gigi yang kuat jika diamalkan semasa kehamilan.

Namun bagi yang tidak suka makan nasi terutamanya sebab alahan semasa hamil, jangan risau ya, kerana sumber karbohidrat ini boleh diganti dengan makanan lain. Teruskan pembacaan untuk mengetahui makanan pengganti nasi untuk ibu hamil.

Keperluan Karbohidrat Bagi Ibu Hamil

Menurut Institute of Medicine, sama ada ketika hamil atau tidak, 45%-65% kalori harian haruslah mengandungi karbohidrat. Jadi sebaik-baiknya ambillah 175gram karbohidrat di mana 28g dari serat sayur atau buah bagi mengurangkan kenaikkan kadar gula dalam darah.

Makanan Pengganti Nasi Untuk Ibu Hamil

Memandangkan karbohidrat dikira penting semasa hamil, jadi ini pasti membuatkan ibu mencari pilihan alternatif lain untuk manfaat janin kan? Berikut merupakan senarai makanan pengganti nasi yang bagus untuk ibu hamil:

#1 Quinoa

Quinoa adalah biji gandum di mana quinoa yang dimasak terdiri dari 21.3% karbohidrat. Ini menjadikannya makanan tinggi karbohidrat malah quinoa juga merupakan sumber protein dan serat yang baik.

Makanan ini juga tinggi dengan mineral dan merupakan tanaman yang dapat mengawal kadar gula dalam darah. Jadi ia juga sesuai untuk ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis semasa hamil atau gdm!

#2 Oat

Oat merupakan salah satu makanan gandum yang menyihatkan dan merupakan sumber banyak vitamin, mineral dan antioksidan. Oat mentah mengandungi dimana ia terdiri dari 66% karbohidrat dan hampir 11% di antaranya adalah serat.

Makanan ini juga merupakan sumber protein yang secara relatifnya baik malah mengandungi lebih banyak protein dari kebanyakan bijirin lain.  Buat yang menjaga berat badan, oat juga mengenyang jadi ia sesuai untuk anda!

Kajian menunjukkan bahwa gandum dapat mengurangkam risiko penyakit jantung dengan menurunkan kadar kolesterol. Makan gandum juga dapat menurunkan kadar gula darah, terutama pada orang dengan diabetes tahap 2.

#3 Pisang

Tahukah anda, sebiji pisang terdiri dari 23% karbohidrat baik dalam bentuk pati atau gula. Pisang hijau mentah memiliki kadar pati yang lebih tinggi serta kaya dengan kalium, potasium, vitamin B6 dan vitamin C.

Kandungan potasium dalam pisang dapat menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesehatan jantung. 

#4 Ubi Keledek

Ubi keledek bukan sahaja enak, malah mengandungi karbohidrat dan kaya dengan provitamin A (dari beta-karoten), vitamin C dan potasium. Tanaman ini juga sangat kaya antioksidan dan dapat membantu menurunkan risiko beberapa penyakit.

#5 Epal

Buah epal rasanya manis dan rangup apabila dimakan. Epal pada umumnya mengandungi 13%-15% karbohidrat serta merupakan sumber vitamin C dan antioksidan. 

Epal juga diketahui dapat mengurangi risiko kanser! Malah epal hijau juga boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan baik untuk amalan ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil.

Kalau ibu tak berselera nak makan nasi, ibu bolehlah cuba makanan yang disenaraikan di atas tetapi jangan lupa untuk makan sajian dengan kandungan protein, lemak, vitamin dan mineral lain juga ya. Makanan yang cukup khasiat adalah penting untuk perkembangan janin dalam rahim bukan sahaja untuk fizikal malah untuk perkembangan otak si manja juga!

Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia dengan keizinan.

Baca juga:

https://my.theasianparent.compemakanan-ketika-hamil

Penulis

Beto Rahman