Makanan Apa Yang Sesuai Untuk Diberikan Buat Pertama Kali Pada Bayi 6 Bulan?Jom Lihat!

Memiliki bayi enam bulan atau yang menginjak ke usia itu pasti membuatkan ibu terfikir makanan pertama untuk bayi ini. Boleh cuba beri mereka betik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak masuk enam bulan, mesti ibu-ibu memikirkan apakah makanan pertama bayi yang patut diberikan. Ketika itu sibuklah ibu-ibu mencari apa yang sesuai diberikan kepada anak mereka.

Pening juga memikirkan menu apa yang sesuai dengan anakkan? Apa yang tidak akan buat mereka sembelit dan apa yang sesuai dengan anak-anak ini.

Jadi, banyakkanlah membaca supaya ibu dapat menambah ilmu, bukan hanya menyediakan anak makanan, tetapi juga memberikan anak makanan yang berkhasiat.

Makanan pertama bayi 6 bulan

Mesti ada checklist makanan pertama untuk bayi enam bulan. Ini yang penting. Bila ada checklist senanglah untuk anda merancang. 

Menurut artikel yang dikongsikan siraplimau, bagi ibu yang pertama kali nak memberi anak makanan pejal, mungkin ada yang masih keliru dan teragak-agak.

Jadi, di sini kami bincangkan beberapa perkara atau senarai semak yang diharapkan boleh menjadi panduan kepada anda.

Ini 7 perkara mengenai makanan pejal yang ibu bapa perlu ambil perhatian sebelum mulakan beri anak makan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Tunggu hingga bayi 6 bulan!

Memang excited nak bagi bayi makan, apatah lagi bila tengok dia macam ‘terliur’ saja dengan makanan kita. Rasa kasihan pun ada.

Apapun, ibu-ibu jangan mulakan makanan pejal ini sebelum usia yang disyorkan ya, iaitu 6 bulan. Sebelum usia 6 bulan, usus bayi belum bersedia sepenuhnya untuk menghadamkan makanan selain susu ibu.

Jadi, elakkan semua jenis makanan pejal termasuklah bijirin atau nestum yang dimasukkan ke dalam susu bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemberian makanan terlalu awal boleh mengganggu perkembangan usus bayi serta menyebabkan komplikasi yang serius pada usus mereka yang masih belum matang seperti pecah usus.

#2. Makanan apa yang sesuai untuk pertama kali?

Mungkin ada ibu yang teruja nak beri bayi makan, tapi ada juga sebahagian yang rasa ‘takut-takut’ nak mulakan makanan pertama bayi. Sebenarnya anda akan berasa lebih yakin bila anda tahu apa yang sesuai diberikan kepada mereka.

Anda boleh memulakan makanan pejal pertama bayi ini dengan memberi puri buah-buahan atau sayuran, atau bubur nasi yang dicampurkan dengan susu ibu atau susu formula. Sesuaikan kepekatan puri ini sedikit demi sedikit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut eatright.org, antara makanan yang paling digemari dan mudah diterima oleh bayi adalah

  • lobak merah
  • keledek
  • labu
  • pisang
  • betik
  • pir
  • kentang

Selain dalam bentuk bubur atau puri, makanan jejari seperti buah-buahan dan sayuran lembut yang dipotong kecil atau biskut bayi juga boleh diberikan. Tetapi pastikan anda pantau anak anda. 

#3. Makanan yang bersifat allergenik

Pemberian makanan yang bersifat alergenik atau mudah menimbulkan reaksi seperti soya, telur, gandum, ikan, dan makanan yang berasaskan kacang mungkin boleh dilewatkan sedikit, terutamanya jika bayi anda mempunyai masalah eczema, alahan, atau mempunyai adik beradik yang pernah mengalaminya.

Namun, jika anda telah melihat keserasian bayi dengan makanan-makanan yang lain, tiada masalah untuk anda memberikan makanan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mulakan dengan 1 jenis makan dulu

Selalunya, makanan yang mudah diterima oleh bayi seperti yang disenaraikan di atas tidak akan menyebabkan alergi. Namun, seeloknya apabila mencuba sesuatu makanan baru, elakkan daripada mencampurkannya dengan makanan yang lain.

Elakkan daripada memberi anak 2-3 jenis makanan sekaligus kerana dengan ia menyebabkan ibu ayah keliru untuk mengenalpasti makanan yang menjadi punca reaksi alahannya.

#5. Jangan tambahkan gula,garam dalam makanan bayi

Memang normal bagi sesetengah bayi untuk menolak makanan pada awalnya. Namun, jangan jadikan ia alasan untuk menambahkan gula atau garam dalam makanan mereka untuk menjadikannya lebih ‘sedap’.

Apabila telah dibiasakan dengan gula dan garam terlalu awal dalam makanan bayi, mereka akan menganggap makanan ini adalah yang ‘sedap’. Ia juga boleh menyebabkan ketagihan dan boleh menjadi punca masalah kesihatan seperti obesiti dan kerosakan gigi pada awal usia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Jangan lewatkan pemberian makanan pejal

Walaupun bayi masih bergantung kepada susu sebagai sumber makanan utama, usah melewatkan pemberian makanan kepada bayi anda. Pendedahan kepada makanan pejal ini penting bagi bayi melengkapi keperluan nutrisi yang sangat pesat.

Tidak dinafikan bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi, tetapi perkembangan bayi yang semakin meningkat memerlukan lebih lagi keperluan nutrisi yang tidak dapat ditampung daripada susu ibu semata-mata.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bayi Dah Mula Makan Pejal? Ini Resepi Makanan Mudah & Berkhasiat Untuk Bayi

Penulis

Lala Annuar