12 Makanan Ibu Selepas Bersalin Yang Berkhasiat Banyakkan Susu Badan&Cepat Sembuhkan Luka
Ikan salmon dan gandum antara makanan ibu selepas bersalin yang baik untuk diamalkan untuk tambah susu dan cepatkan penyembuhan luka.
Adakah anda baru melahirkan anak? Atau anda suami yang memiliki isteri baru melahirkan? Pasti anda tertanya-tanya makanan ibu selepas bersalin apa yang sesuai untuk dimakan untuk mengembalikan tenaga yang hilang.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Makanan ibu selepas bersalin yang wajib diketahui
- 5 makanan yang harus ibu lepas bersalin elakkan
- Tips memilih makanan untuk ibu baru melahirkan
- 4 kategori makanan selepas bersalin yang bagus diamalkan oleh ibu
Antara isu yang sering menjadi perhatian ibu lepas bersalin adalah cara banyakkan susu badan dan juag cara cepatkan penyembuhan luka bersalin. Jadi hal pemakanan sudah pasti amat berkait rapat dengan kedua-dua perkara ini.
Makanan ibu selepas bersalin yang berkhasiat & baik untuk diamalkan
Makanan yang disediakan untuk ibu lepas bersalin sudah pastilah wajib menu yang sihat. Malah bonusnya apabila khasiatnya itu sekaligus boleh memperbanyakkan susu badan serta penyembuhan luka bersalin yang cepat.
Jadi senari kali ini bukan saja mampu buat anda cepat kenyang, tetapi juga ia membantu memulihkan tubuh badan ibu dengan cepat setelah 9 bulan mengandungkan bayi.
Jadi apakah makanan ibu selepas bersalin yang perlu diketahui:
#1. Ikan salmon
Ikan salmon adalah makanan yang hampir sempurna untuk ibu lepas bersalin kerana kandungan nutrisi yang lengkap dan terbaik untuk ibu.
Ia adalah ikan berlemak yang sarat dengan DHA yang sangat penting untuk perkembangan sistem saraf bayi. Semua susu ibu mengandungi DHA tetapi kadarnya akan lebih tinggi apabila ibu-ibu mendapatkan DHA daripada makanan mereka.
DHA juga dikatakan dapat memperbaiki keadaan emosi ibu yang mana kajian menunjukkan kandungan dalam badan salmon berperanan dalam mencegah kemurungan selepas bersalin atau dipanggil meroyan.
#2. Produk susu rendah lemak
Susu, gogurt atau keju adalah produk yang penting untuk diambil oleh ibu yang bakal melahirkan. Susu membekalkan protein, vitamin B, vitamin D dan sumber kalsium terbaik.
Jika ibu banyak makan makanan daripada produk tenusu, maka susu badannya juga akan penuh kalsium dan membantu pertumbuhan sihat tulang bayi. Malah ia juga mengelak daripada gigi rapuh. Disebabkan itu cubalah minym segelas susu setiap hari.
#3. Daging lembu tanpa lemak
Tambah tenaga ibu lepas bersalin dengan makanan yang kaya zat besi seperti daging mereka tanpa lemak. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu hamil lesu dan letih.
Ibu yang menyusukan anak juga perlu mengambil protein dan vitamin B-12 sebagai makanan tambahan. Daging lembu tanpa lemak adalah sumber yang baik dan patut menjadi pilihan makanan bagi ibu lepas bersalin.
#4. Kekacang
Kacang kaya dengan zat besi terutama yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan kacang merah. Ia adalah sumber protein bukan haiwan yang sangat berkualiti tinggi.
#5. Bluberi
Ia baik untuk ibu menyusu. Adalah baik untuk ibu mengambil buah bluberi satu atau dua hidangan setiap hari. Bluberi juga mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi untuk memberi tenaga kepada ibu lepas bersalin.
#6. Beras perang
Beras perang memang terkenal dengan khasiatnya bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Rata-rata ibu lepas bersalin sudah pasti ingin kembali kepada berat ideal sebelum bersalin.
Jadi beras perang adalah beras terbaik untuk ibu hamil mendapatkan karbohidrat yang terbaik tetapi masih boleh menjaga berat badan.
#7. Limau
Limau adalah buah yang kaya vitamin C dan baik untuk penyembuhan luka yang cepat. Selain itu anda juga boleh jadikan ia sebagai jus yang boleh diminum pada bila-bila masa.
#8. Telur
Ibu lepas bersalin biasanya akan mengelak untuk makan telur kerana takut alahan dan gatal. Namun, telur sebenarnya adalah salah satu cara terbaik untuk memenuhi keperluan protein anda.
Kuning gtelur juga adalah sumber vitamin D yang sangat penting dan baik untuk tulang ibu dan pertumbuhan tulang bayi baru lahir. Pilihlah telur yang diperkaya dengan DHA untuk meningkatkan kadar asid lemak dalam tubuh.
#9. Roti gandum
Asid folat tidak hanya penting untuk perkembangan bayi tetapi juga semasa wawl kehamilan. Ia penting dan amat diperlukan bayi. Salah satu sumber asid folat atas roti atau pasta yang diperbuat daripada gandum.
Makanan ini juga baik dengan bekalan serat dan zat besi dalam kadar yang sihat.
#10. Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau seperti seperti bayam, kangkung, dan brokoli kaya dengan vitamin A yang baik untuk bayi. Manfaatnya tidak berhenti di situ.
Sayuran ini juga adalah sumber kalsium bukan susu yang baik dan mengandungi vitamin C serta zat besi. Selain itu, sayuran hijau juga dipenuhi dengan antioksidan yang menyihatkan jantung dan rendah kalori.
#11. Air
Walaupun ia bukan kategori makanan, air adalah keperluan yang sangat penting untuk mengelak ibu lepas bersalin mengalami dehidrasi. Jadi pastikan anda minum air yang secukupnya.
#12. Oat, bijirin
Oat atau bijiran juga amat berkhasiat dan mengenyangkan untuk ibu lepas bersalin. Kandungan seratnya yang tinggi menghalang ibu hamil daripada mengalami sembelit.
4 Kategori Makanan Selepas Bersalin Yang Bagus Diamalkan Oleh Ibu
#1. Makanan selepas bersalin – Menambah penghasilan susu badan
Sekiranya anda mengalami pengeluaran susu yang sedikit, maka anda boleh mengamalkan pemakanan ini supaya susu tetap meriah. Malah ia dipercayai mampu merangsang lebih banyak susu!
- Sayur-sayuran hijau
- Betik kuning
- Halia telur rebus
- Pisang panggang
- Sup labu
- Sayur bayam bergoreng
- Jus halia
- Buah-buahan segar
#2. Makanan selepas bersalin – Membantu pemulihan luka bersalin dengan cepat
Pemulihan yang cepat adalah faktor yang sangat penting selepas ibu melahirkan bayi kerana ibu dapat memberi tumpuan pada bayi sepenuhnya.
Antara makanan yang bagus untuk ibu dan kaya dengan protein juga lemak adalah seperti berikut:
- Nasi rebus ikan
- Ikan goreng dengan lada hitam
- Ikan kukus dengan herba
- Sayuran berdaun hijau dimasak goreng
- Sayuran kukus
- Telur goreng halia
- Dada ayam goreng bersama halia
- Daging bakar
- Susu
- Beras perang
- Buah-buahan
#3. Penyembuhan luka
Apabila bersalin, sudah tentu bahagian tertentu akan mengalami luka jahitan. Jadi untuk mempercepatkan penyembuhannya, ibu perlu amalkan makanan ini iaitu:
- Ayam kukus
- Brokoli goreng
- Daging bakar
- Ikan goreng kunyit
- Ayam rebus dengan sos ikan
- Ikan goreng dengan herba
- Bubur ikan
- Buah-buahan Vitamin C seperti oren, jambu, buah berry
#4. Mengubati rasa sakit
Ketika bersalin, ibu banyak menggunakan otot lalu menyebabkan lenguh-lenguh dan kesakitan badan selepas melahirkan. Jadi untuk membantu para ibu sekalian amalkan makanan seperti berikut:
- Ikan salmon dan brokoli
- Salad
- Ikan kukus dan sayuran segar
- Ayam goreng dengan halia
- Sayur campur goreng
- Susu
- Buah tomato
- Dada ayam panggang
Makanan, minuman yang harus ibu lepas bersalin elakkan
Ada beberapa jenis makanan yang ibu lepas bersalin harus elakkan, ia termasuklah:
- Makanan pedas – Makanan pedas boleh menyabkan berlakunya kembung pada perut bayi jika ibu menyusu badan. Jika mahu lihat ia memberi kesan kepada bayi anda atau sebaliknya, lihat keadaannya selepas enam jam ibu makan pedas.
- Diet vegetarian – Ibu yang menyusu perlu memastikan pola pemakanan mereka lengkap dengan protein dan sumber vitamin seperti dalam piramid makanan. Wanita yang menjalani diet ini boleh mengalami masalah penghasilan susu yang kurang vitamin B12.
- Minuman berkafein – Ia akan menyebabkan bayi susah tidur terutama jika ibu minum terlalu banyak kafein.Kafein juga boleh menganggu penghasilan susu. Jika sukar untuk mengurangkan pengambilannya cuba minum hanya dua cawan kafein sehari.
- Alkohol – Hindari minuman beralkohol. Jika mahu sangat pastikan anda gantikan terlebih dulu bayi dengan susu botol dan bebaskan alkohol daripada badan anda sekurang-kurangnya 24 jam.
Tips memilih makanan untuk ibu baru melahirkan
Kehidupan yang berubah selepas kehadiran bayi pasti membuatkan ibu lepas bersalin kadang kala buntu untuk memilih makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri. Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah:
- Jangan lupa ambil sarapan – sarapan adalah paling penting untuk anda ambil. Jadi pastikan anda sarapan setiap hari sebelum mulakan hari anda.
- Makan dalam jumlah kecil tetapi kerap – tidak perlu makan dalam jumlah yang banyak kerana takut lapar. Makan saja dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap kerana anda memang akan cepat lapar.
- Banyak minum air – untuk elakkan dehidrasi, pastikan anda minum air yang mencukupi.
- Pastikan makan buah-buahan setiap hari – jadikan makan buah-buahan adalah rutin wajib anda setiap hari
Perhatian: Ibu perlu mengelak makanan pedas, makanan berangin, terlalu masam, manis atau masin dan elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu.
Semoga bermanfaat.
- Webmd (November 12, 2020). 12 Super-Foods for New Moms. www.webmd.com/parenting/baby/breast-feeding-diet
- Academy of Nutrition and Dietetics (April 13, 2022). Nursing Your Baby? What You Eat and Drink Matters. www.eatright.org/health/pregnancy/breast-feeding/nursing-your-baby-what-you-eat-and-drink-matters
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal PloyMuay dan artikel mendapat keizinan theAsianparent Thailand untuk diterjemah.
Baca juga: 7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan Ketika Pantang
Baca juga: Perut Masih Buncit Selepas Bersalin Lama? Ini Mungkin Kondisi Diastasis Recti
Baca juga: Makanan Dalam Pantang 44 Hari Yang Sedap, Buat Ibu Berselera Makan & Lebih Kenyang