10 Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil Amalkan, Penting Pastikan Tumbesaran Sihat Janin

Makanan tinggi kalsium penting untuk kesihatan wanita hamil dan bayi. Bayi akan menyerap kalsium daripada tubuh ibu ketika dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa mengandung, wanita hamil perlu mengambil makanan tinggi kalsium yang sangat penting untuk tubuh dan bayi dalam kandungan.

Keperluan kalsium ini adalah penting bagi pembentukan gigi dan juga tulang yang kuat pada janin. Tanpa kalsium yang mencukupi, bukan saja perkembangan bayi anda akan terjejas, malah kesihatan anda juga akan turut sama terkesan.

Kalsium sangat penting kepada wanita hamil kerana ia mampu untuk mencegah risiko osteoporosis. Adalah sangat penting bagi wanita hamil untuk mengambil berat dan cakna tentang keperluan kalsium yang mencukupi dalam tubuh badan anda demi kesihatan diri dan juga bayi.

Mengapa Ibu Hamil Memerlukan Makanan Tinggi Kalsium?

Semasa kehamilan, bayi sangat memerlukan kalsium bagi pembinaan tulang serta gigi yang kuat. Kalsium juga sangat penting bagi membina jantung, saraf dan juga otot bayi yang sihat. Selain itu, keperluan kalsium yang mencukupi juga dapat mengelakkan anda daripada risiko hipertensi dan preeklampsia.

Sekiranya dalam tempoh kehamilan ini, anda mendapati bahawa diri anda tidak mendapat bekalan kalsium yang secukupnya daripada diet dan vitamin pranatal yang diambil, sila berbincang dengan doktor anda untuk mengambil suplemen kalsium.

Hal ini adalah sangat penting, supaya bayi anda dapat menerima keperluan kalsium yang mencukupi untuk dirinya berkembang dengan sihat dan selamat.

Kalsium juga membantu dalam perkembangan irama jantung yang normal dan kebolehan pembekuan darah supaya berfungsi dengan baik.

Untuk makluman ibu hamil juga, semasa tiga bulan terakhir kehamilan anda, mendapatkan kalsium yang mencukupi adalah sangat penting dalam tempoh akhir ini adalah kerana pada waktu ini bayi anda akan membesar dengan cepat dan memerlukan kalsium yang banyak untuk tumbesarannya itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, dalam waktu ini, jika anda tidak mendapat keperluan kalsium yang cukup dalam diet, bayi akan menyerap kalsium yang terdapat di tulang anda yang akhirnya akan menyebabkan kesihatan anda terjejas.

Oleh itu, pastikan semasa kehamilan ini anda mengambil kalsium yang cukup untuk keperluan anda dan juga bayi.

Berapa Banyak Kalsium Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil?

Sepanjang tempoh kehamilan, keperluan kalsium untuk ibu hamil adalah sama seperti ketika sedang menyusu. Keperluan kalsium ini juga adalah berbeza mengikut peringkat umur anda. 

Bagi ibu hamil yang berusia di antara 19 hingga 50 tahun, anda memerlukan kalsium sebanyak 1,000mg sehari. Manakala bagi ibu hamil yang berusia 18 tahun ke bawah pula, sebanyak 1,300mg diperlukan setiap hari.

Kebanyakkan wanita tidak cakna tentang kepentingan kalsium untuk tubuh badan mereka dan juga bayi yang berada di dalam kandungan.

Oleh itu, sangat penting bagi diri anda untuk membiasakan diri dengan mengambil kalsium yang mencukupi keperluan tubuh anda sebelum kehamilan lagi. Pastikan setiap hari anda mengambil sekurang-kurangnya tiga cawan produk tenusu atau pun makanan yang sangat kaya dengan sumber kalsium setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun selepas anda melahirkan bayi, teruskan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium kerana  ia penting bagi menguatkan tulang anda serta mencegah osteoporosis pada masa hadapan.

Jenis Makanan Tinggi Kalsium Untuk Ibu Hamil

Sumber utama makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah susu dan produk tenusu yang lain. Malah, minuman berkalsium tinggi juga boleh didapati menerusi air mineral yang turut mengandungi sumber kalsium. 

Antara contoh makanan tinggi kalsium melalui sumber makanan yang lain adalah seperti berikut :

#1. Kacang Badam

Selain mengandungi kalsium, kacang badam juga turut mempunyai Vitamin E dan kaya dengan serat. Kacang badam ini mengandungi kalsium yang cukup tinggi iaitu 3/4 cawan pengambilannya bersamaan dengan 320mg kalsium.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Jus oren 

Jus oren juga sangat diperkaya dengan kalsium.  Pengambilan jus oren dapat membantu menguatkan jantung dan sistem pernafasan anda. Selain mengandungi kasium yang tinggi, jus oren juga mempunyai kalium, potassium dan juga serat yang tinggi.

#3. Keju mozarella 

Keju antara makanan kalsium tinggi yang baik untuk ibu hamil bagi kesihatan tulang. Terdapat beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa keju daripada produk tenusu lebih mudah diserap badan berbanding dengan keju yang diperoleh daripada sumber tumbuhan.

#4. Chia seed

Bagi ibu hamil yang masih lagi loya dan tidak boleh menjamah makanan, anda boleh memperoleh kalsium melalui pengambilan chia seed. 100g chia seed mengandungi kira-kira 631mg kalsium. Pengambilan 3 sudu makan chia seed melebihi jumlah kalsium yang terdapat di dalam segelas susu.

#5. Susu soya

Air susu soya juga antara makanan yang mengandungi jumlah kalsium yang tinggi. Ia sesuai bagi ibu hamil yang mempunyai masalah penghadaman laktosa  kerana kandungan laktosa di dalam air susu soya adalah rendah.

#6. Aiskrim vanila

Antara kebaikan aiskrim vanila adalah ia merupakan sumber kalsium yang baik untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Aiskrim vanila merupakan salah satu sumber kalsium yang tinggi untuk dinikmati ibu hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Yogurt rendah lemak

Yogurt merupakan makanan yang sangat lembut juga antara salah satu sumber kalsium yang terbaik. Yogurt juga turut mengandungi Vitamin D dan Omega-3 yang diperlukan oleh tubuh ibu hamil.

#8. Ikan sardin

Ikan sardin mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh wanita hamil. Di dalamnya mengandungi kalsium yang tinggi, kaya dengan Omega-3 dan juga sumber protein yang cukup baik untuk keperluan tubuh anda.

#9. Susu rendah lemak

Susu sangat kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anda, antaranya adalah kalsium yang penting untuk pembinaan dan kekuatan tulang.

Melalui pengambilan susu, anda akan memperoleh kalsium yang mencukupi , ditambah pula dengan vitamin lain, ia dapat meningkatkan jisim tulang serta mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan nanti.

#10. Tauhu  

Tauhu merupakan antara makanan penambah kalsium yang sangat baik untuk tubuh ibu hamil. Secawan tauhu sudah mampu memberikan tubuh anda keperluan kalsium yang lebih tinggi berbanding segelas susu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, pastikan anda menepati keperluan kalsium yang cukup untuk kesihatan anda dan juga bayi yang berada di dalam kandungan.

Adakah Anda Memerlukan Suplemen Kalsium Semasa Hamil?

Tidak semua wanita hamil memerlukan suplemen kalsium jika keperluan kalsium dalam tubuh mereka sudah pun mencukupi. Langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan pengambilan diet yang seimbang dan sihat untuk keperluan tubuh anda dan juga bayi dalam kandungan.

Tetapi, seandainya anda merasakan bahawa anda tidak mendapat jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari, berbincang serta dapatkan pandangan doktor anda untuk menambah suplemen kalsium secara berasingan.

Tetapi, perlu diingat bahawa, setiap vitamin pranatal mempunyai jumlah kandungan kandungan kalsium yang berbeza-beza. Terdapat sesetengah vitamin yang mengandungi 100 hingga 200mg jumlah kalsium. Manakala, tubuh anda pula menyerap kalsium dengan baik dalam dos yang kurang daripada 500mg kalsium pada satu-satu masa.

Jadi sebelum mengambil suplemen, ketahui dahulu jumlah yang terkandung di dalamnya, kerana kemungkinan anda hanya perlu mengambil kalsium tambahan dalam dos yang kecil untuk beberapa kali sehari.

Jika ibu perlu mengambil suplemen kalsium atas nasihat doktor, kami ada senaraikan yang terbaik di sini yang selamat untuk ibu hamil.

Anda juga memerlukan Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan lebih baik, jadi pastikan juga anda mendapatkan keperluan vitamin D yang cukup dalam diet kehamilan anda. 

Selain itu, kalsium tambahan mempunyai bentuk yang berbeza iaitu kalsium karbonat dan kalsium sitrat. Antara kedua-dua kalsium ini, kalsium karbonat mengandungi jumlah kalsium paling banyak. 

Walau bagaimanapun, kalsium karbonat memerlukan asid perut tambahan bagi memudahkannya melarut di dalam tubuh anda, jadi jika anda ingin mengambilnya lebih baik sekiranya anda ambil ketika makan.

Bagi kalsium sitrat pula, ia paling mudah untuk diserap oleh tubuh anda dan boleh diambil di antara waktu makan anda. Sekiranya anda sedang mengambil ubat untuk pedih ulu hati bagi mengurangkan asid perut, kalsium sitrat merupakan pilihan yang terbaik buat anda.

Sebelum mengambilnya, pastikan dahulu anda menyemak label yang menunjukkan suplemen tersebut mengandungi kalsium yang mencukupi, larut dengan baik serta bebas daripada plumbum dan logam toksik yang lain.

Jangan sesekali mengambil suplemen kalsium yang di dalamnya terkandung tepung tulang, dolomit, kulit tiram atau karang kerana semua ini mengandungi plumbum yang boleh mendatangkan mudarat serta membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Pastikan juga suplemen kalsium yang anda ambil itu tidak diambil secara berlebihan. Kira kuantiti makanan, makanan tambahan serta air yang ambil, pastikan bacaan kalsiumnya tidak melebihi 2,500mg atau 3,000mg jika anda berumur di bawah 18 tahun.

Pengambilan kalsium yang melebihi keperluan tubuh akan menyebabkan anda mengalami sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan akan menghalang penyerapan zat besi oleh tubuh anda daripada makanan yang anda ambil.

Sentiasa pastikan anda mengambil keperluan kalsium yang mencukupi demi kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pilihan Perlindungan Polisi Insurans Materniti Untuk Wanita Hamil Semak, Beri Manfaat Ibu & Bayi!

Baca juga: 14 Jenis Ujian Pranatal & Saringan Penyakit Genetik Yang Ibu Hamil Digalak Ambil

Baca juga: Rasa Tidak Sedap Badan & Mual, Take Noted Beberapa Tanda Nak Period Vs Hamil Ini!

Penulis

Nur Syazwani