Ibu hamil mungkin nak tahu, makanan apa yang bagus dimakan semasa mengandung untuk menjadikan anak cantik dan sihat kan? Sebenarnya apa yang ibu makan semasa mengandung boleh mempengaruhi penampilan si manja juga ya.
Tetapi jangan risau, cara pemakanan yang akan kami cadangkan ini tidak ada kena mengena dengan mitos kehamilan yang mungkin anda pernah dengar. Contohnya jangan makan pedas, nanti anak lahir dah tumbuh gigi. Hihi.
Apa Yang Perlu Ibu Makan Untuk Melahirkan Anak Cantik?
Pasti ibu pernah dengar nasihat dari rakan-rakan dan keluarga untuk makan makanan tertentu semasa hamil untuk perkembangan otak, kekuatan tulang dan kesihatan bayi.
Walaupun ada tidak boleh dipercayai, hakikatnya ada makanan yang benar-benar mempengaruhi perkembangan bayi dari segi kecantikan juga!
Ini kerana kandungan nutrien dalam makanan tersebut memberikan khasiat kepada janin. Prinsipnya sama sahaja dengan mengelakkan pengambilan makanan tertentu secara berlebihan semasa hamil untuk mengelakkan komplikasi kepada janin.
7 Makanan Yang Baik Semasa Hamil Untuk Bayi Cantik dan Sihat
Senarai yang akan kami berikan ini telah terbukti mengandungi kandungan nutrien yang baik dan dipercayai untuk melahirkan bayi yang cantik dan sihat! Nah, ini makanan yang anda HARUS makan semasa kehamilan:
#1 Buah-Buahan Segar
Sekiranya ibu ingin melahirkan bayi yang cantik, masukkan diet makanan yang berkhasiat dalam rancangan pemakanan ibu. Makan buah-buahan seperti mangga, betik, oren, pisang, dan ceri boleh memberikan manfaat yang baik kepada janin.
Terdapat banyak buah-buahan bermusim yang lain, dan ibu perlu amalkannya jika ibu mahu bayi yang cantik ya!
#2 Sayur-sayuran
Pastikan untuk mengamalkan pengambilan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, oha, timun, kacang, dan tomato. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkhasiat ini menjamin bayi yang cantik!
#3 Minum Banyak Air
Tubuh memerlukan hidrasi yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik, dan ia juga bagus untuk keperluan bayi yang belum lahir. Doktor mengesyorkan kira-kira 2 liter atau 8 gelas air sehari.
Secara umumnya, kekurangan pengambilan air seharian boleh menjejaskan kulit, tulang dan kesihatan anda.
Jika tidak biasa minum air dengan banyak khususnya air kosong, ibu boleh melatih diri untuk memenuhi keperluan harian dengan menuangkan air minuman segelas pada setiap waktu pagi dan lakukan secara berkala sehingga mencukup keperluan harian 2 liter sehari.
Sebaik sahaja tubuh terbiasa dengan rutin pengambilan air baru ini, ia akan sesuai dengan tubuh secara semula jadi dan ibu akan merasa cukup dahaga untuk minum banyak air setiap hari!
#4 Produk Tenusu
Semasa mengandung, penggunaan produk tenusu sangat penting ya ibu!
Ia membantu anda memenuhi keperluan tambahan protein dan kalsium yang memberi sokongan kepada janin anda yang semakin membesar. Minum sekurang-kurangnya satu gelas susu sehari dan makan lebih banyak yogurt supaya bayi sihat dan cantik.
#5 Telur
Telur adalah superfood kerana ia adalah sumber vitamin, protein, dan mineral yang sangat bagus. Protein yang terdapat dalam telur menjadikannya baik untuk tumbesaran bayi kerana ia menghasilkan dan membaiki sel-sel janin.
Selain itu, telur mempunyai jumlah kolin yang tinggi di dalamnya. Kolin merupakan aset penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang belum lahir.
#6 Legum
Legum adalah sekumpulan makanan dari kekacang yang termasuk lentil, kacang soya, kacang arab, kacang hijau, kacang putih, kacang merah dan sebagainya. Kumpulan ini adalah sumber serat, protein, folat, kalsium dan zat besi yang sangat baik.
Kandungan nutrien ini sangat penting untuk wanita hamil ya. Kandungan folat yang cukup akan memastikan bahawa bayi anda akan dilahirkan dengan sihat dan tetap dilindungi dari banyak penyakit dan jangkitan pada masa akan datang.
#7 Kacang
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini diterjemah dari Africaparent.com dengan izin.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-mengandung-makanan-dilarang-ambil