20 Makanan Untuk Pencernaan Anak Yang Terbaik

undefined

Makanan untuk pencernaan anak yang terbaik mesti mengandungi serat, prebiotik, probiotik, serta asid lemak omega-3 memastikan cukup nutrisi.

Makanan untuk pencernaan anak yang terbaik haruslah mengandungi serat, prebiotik, probiotik, serta asid lemak omega-3. Ia bagi memastikan anak anda cukup nutrisi dan dapat membesar mengikut tumbesaran sepatutnya. 

Senarai Makanan Untuk Pencernaan Anak Yang Baik

Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai 20 makanan yang baik untuk pencernaan anak:

1.Sayuran Hijau

Sayuran hijau seperti bayam, kangkung, brokoli, dan kubis kaya dengan serat yang adalah makanan untuk pencernaan anak yang baik dan mencegah sembelit. Selain itu, ia juga mengandungi nutrisi penting seperti vitamin A, C, K, dan folat yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak.

makanan untuk pencernaan anak, makanan seimbang, makanan sihat untuk anak, anak makan terlalu lama, anak makan lama, anak kemam makanan lama, anak suka kemam makanan, anak suka bermain dengan makanan

2.Avocado

Avokado mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk mengurangkan peradangan dalam saluran pencernaan. Ia juga kaya dengan serat yang membantu pencernaan, serta memberikan tenaga yang tahan lama kepada anak.

3.Yoghurt

Yoghurt mengandungi probiotik yang berasal dari fermentasi susu, yang dapat memperbaiki keseimbangan bakteria baik di dalam usus. Ini membantu mencegah dan merawat masalah pencernaan seperti diare dan sembelit, serta menyokong sistem imun tubuh.

4.Pisang

Pisang kaya dengan serat dan inulin, sejenis prebiotik yang merangsang pertumbuhan bakteria baik di dalam usus. Ia membantu mengatasi sembelit dan cirit biritserta memiliki tekstur lembut yang disukai oleh anak.

5.Tempe

Tempe mengandungi probiotik dan serat yang berfungsi sebagai prebiotik. Serat dalam tempe membantu memperbaiki pergerakan usus dan meningkatkan kesihatan saluran pencernaan. Selain itu, tempe juga kaya dengan protein yang baik untuk pertumbuhan anak.

6.Beras Perang

Beras perang lebih baik daripada nasi putih kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Serat dalam nasi merah membantu melancarkan pergerakan usus dan mencegah sembelit. Selain itu, nasi merah juga memberikan manfaat untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

7.Buah Epal

Ia mengandungi pektin, sejenis serat larut yang membantu menguatkan feses dan mempercepatkan proses pencernaan. Ia juga dapat membantu mengatasi masalah perut kembung dan diare, serta mengurangkan risiko infeksi usus.

8.Biji Chia

Biji chia kaya dengan serat yang apabila dicampur dengan cecair akan membentuk gel. Gel ini bertindak sebagai prebiotik yang menyokong pertumbuhan bakteria baik di dalam usus dan membantu memperlancarkan usus.

9.Betik

Mengandungi enzim papain yang membantu memecah protein dan serat dalam makanan, menjadikannya lebih mudah dicerna. Ia juga sangat baik untuk mengatasi sembelit dan kembung perut.

10.Gandum (Oats)

Oats atau gandum kaya dengan serat yang dapat membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus. Ia juga membantu mengurangkan sembelit. Oats adalah pilihan yang baik untuk sarapan pagi anak.

11.Kekacang

Kacang seperti kacang hijau, kacang kenari, dan kacang almond kaya dengan serat, asid lemak omega-3, vitamin B, dan kalsium. Nutrisi ini menyokong kesihatan pencernaan dan membantu dalam pengawalan kadar gula darah serta menyokong sistem imun.

12. Ubi Bit

Ubi bit kaya dengan serat yang membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus dan melancarkan proses pencernaan. Ia juga mengandungi nutrisi penting seperti zat besi dan vitamin C yang bermanfaat untuk kesihatan anak.

13.Halia

Ia boleh meredakan dikenali kerana kemampuannya untuk meredakan mual dan sakit perut. Jika masak bubur boleh letakkan sedikit hadiah di dalamnya. Ia memudahkan makanan bergerak ke usus dan mengurangkan rasa memulas.

14.Ikan Salmon

Salmon adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, yang dapat membantu mengurangkan peradangan dalam saluran pencernaan. Omega-3 juga mengurangkan gejala gangguan pencernaan seperti kembung dan kram perut, serta membantu menjaga fungsi kognitif anak.

15.Sup Tulang

Sup tulang mengandungi gelatin yang berasal dari asid amino glutamin dan glisin. Zat ini membantu memudahkan pembuangan najis dan melindungi saluran pencernaan, khususnya dinding usus, daripada keradangan.

16.Minyak Ikan

Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang mengurangkan peradangan dalam tubuh, termasuk dalam saluran pencernaan. Minyak ikan juga bertindak sebagai prebiotik untuk menstimulasi pertumbuhan bakteria baik di usus.

17.Susu Pertumbuhan Terfortifikasi FOS:GOS

Susu pertumbuhan yang difortifikasi dengan FOS (Frukto-Oligosakarida) dan GOS (Galakto-Oligosakarida) menyediakan prebiotik yang membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus anak dan menyokong sistem pencernaan mereka.

18.Brokoli

Brokoli adalah sayuran hijau yang kaya dengan serat dan vitamin, membantu memperlancar pencernaan dan meningkatkan sistem imun tubuh. Ia juga mengandungi antioksidan yang baik untuk melindungi tubuh anak dari kerosakan sel.

19.Kangkung

Kangkung kaya dengan serat dan mengandungi banyak nutrisi penting seperti vitamin A, C, dan K, yang baik untuk kesihatan pencernaan dan pertumbuhan anak. Kangkung juga membantu dalam melancarkan proses pembuangan air besar.

20.Kubis

Kubis adalah sumber serat yang membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit. Ia juga mengandungi nutrisi penting seperti vitamin K, C, dan folat, yang menyokong kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Mengapa Anda Perlu Menjaga Kesihatan Sistem Penghadaman Anak Anda?

1. Menyokong Pertumbuhan dan Perkembangan

Sistem penghadaman yang sihat memastikan anak dapat menyerap nutrien dengan baik dari makanan yang mereka makan. Nutrien seperti protein, karbohidrat, vitamin, dan mineral adalah penting untuk pertumbuhan tubuh, perkembangan otak, serta pengukuhan sistem imun anak.

2. Mengelakkan Masalah Pencernaan

Masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, gas berlebihan, dan perut kembung boleh mengganggu keselesaan anak dan menyebabkan mereka tidak selesa. Masalah ini juga boleh mempengaruhi selera makan dan mood anak. Dengan menjaga kesihatan penghadaman, masalah ini dapat dielakkan atau dikurangkan.

3. Menjaga Sistem Imun

Sebahagian besar sel imun tubuh manusia berada dalam sistem penghadaman. Oleh itu, kesihatan usus dan sistem penghadaman yang baik adalah kunci untuk menjaga sistem imun yang kuat. Sistem pencernaan yang sihat membantu melawan jangkitan dan penyakit yang boleh mempengaruhi anak.

4. Mencegah Gangguan Pencernaan Jangka Panjang

Mengabaikan kesihatan penghadaman sejak awal boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang seperti gangguan pencernaan kronik (contohnya, sindrom usus bocor atau irritable bowel syndrome). Menjaga sistem penghadaman dengan baik dapat mencegah gangguan ini daripada berkembang.

5. Meningkatkan Tenaga dan Tumpuan

Anak-anak yang mempunyai sistem penghadaman yang sihat akan lebih bertenaga dan mampu memberi tumpuan lebih baik dalam aktiviti harian mereka. Nutrien yang diserap dengan baik membantu meningkatkan tenaga fizikal dan mental, yang sangat penting untuk perkembangan mereka di sekolah dan aktiviti luar.

6. Meningkatkan Kualiti Tidur

Gangguan pencernaan seperti refluks asid atau kembung perut boleh mengganggu tidur anak. Dengan menjaga sistem pencernaan mereka, anak lebih cenderung untuk tidur nyenyak dan bangun dengan lebih segar.

7. Membantu Mencegah Penyakit Lain

Sistem pencernaan yang sihat dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit, termasuk masalah jantung, diabetes, dan beberapa jenis kanser yang boleh berpunca daripada masalah pencernaan yang tidak dirawat.

8. Memperbaiki Kualiti Hidup

Anak yang sihat dan bebas daripada masalah pencernaan akan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik. Mereka dapat bermain, belajar, dan menjalani aktiviti harian mereka dengan lebih selesa dan bahagia.

Secara keseluruhannya, menjaga kesihatan sistem penghadaman anak adalah langkah penting dalam memastikan mereka membesar dengan sihat dan kuat, serta memberikan mereka asas yang kukuh untuk kehidupan yang lebih baik.

Jenis Makanan Untuk Penghadaman Yang Perlu Dielakkan

  • Makanan Bergoreng – Mengandungi lemak tepu yang sukar dicerna, menyebabkan kembung dan masalah perut.
  • Makanan Tinggi Gula – Menyebabkan ketidakseimbangan bakteria baik dalam usus dan boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit.
  • Makanan Seger – Mengandungi pengawet dan bahan tiruan yang boleh merosakkan pencernaan
  • Makanan Pedas – Menyebabkan iritasi perut dan masalah pencernaan seperti pedih ulu hati.
  • Makanan Tinggi Lemak – Mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan kembung.
  • Minuman Berkafein – Menghasilkan asid yang boleh merengsakan perut dan menyebabkan ketidakselesaan.
  • Makanan Mengandungi Gluten (Bagi Anak Sensitif) – Menyebabkan sakit perut dan gangguan pencernaan.
  • Produk Tenusu (Bagi Anak Intoleransi Laktosa) – Menyebabkan cirit-birit dan sakit perut.
  • Makanan Berasaskan Tepung Putih – Menyebabkan sembelit dan gangguan pencernaan.
  • Makanan Tinggi Sodium – Boleh menyebabkan dehidrasi dan gangguan keseimbangan elektrolit
  • Makanan Berasid– Seperti buah sitrus yang boleh merengsakan perut dan menyebabkan pedih ulu hati.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Sakit Perut & Infeksi Pencernaan: Kenali 5 Jenis Masalah Penghadaman, Gejala & Rawatan

Baca juga: Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak!

Baca juga: Endometriosis vs Adenomiosis: Kenali Perbezaan, Punca, Gejala Dan Cara Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!