TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Endometriosis vs Adenomiosis: Kenali Perbezaan, Punca, Gejala Dan Cara Mengatasinya

5 min bacaan
Endometriosis vs Adenomiosis: Kenali Perbezaan, Punca, Gejala Dan Cara Mengatasinya

Endometriosis dan adenomiosis adalah dua gangguan kesihatan reproduktif yang sering dialami oleh golongan wanita, ketahui perbezaannya

Endometriosis dan adenomiosis adalah dua gangguan kesihatan yang sering menjadi punca kesakitan pelvis dan rasa sakit ketika haid. Kedua-dua keadaan ini bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, tetapi juga boleh menjejaskan kesuburan wanita jika tidak dirawat dengan baik.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Endometriosis?
  • Apa Itu Adenomiosis?
  • Perbezaan Antara Endometriosis Dan Adenomyosis
  • Faktor Risiko Untuk Endometriosis Dan Adenomiosis
  • Gejala Endometriosis Dan Adenomiosis
  • Diagnosis Endometriosis Dan Adenomiosis
  • Pilihan Rawatan Untuk Endometriosis Dan Adenomiosis
  • Peluang Untuk Hamil

Apa Itu Endometriosis?

Endometriosis berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu yang biasanya melapisi dinding dalam rahim, tumbuh di luar rahim. Antara bahagian tubuh badan yang terjejas adalah seperti:

  • Ovari
  • Tiub falopio
  • Organ pelvis lain

Tisu ini bertindak balas terhadap perubahan hormon semasa kitaran haid, sama seperti tisu dalam rahim. Ini boleh menyebabkan:

  • Keradangan: Disebabkan oleh tindak balas tubuh terhadap tisu yang berada di lokasi luar biasa.
  • Kesakitan: Terutamanya semasa haid atau aktiviti tertentu seperti hubungan intim.
  • Parut: Parut tisu ini boleh merosakkan organ reproduktif dan menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Apa Itu Adenomiosis?

Adenomiosis pula berlaku apabila tisu endometrium menembusi ke dalam dinding otot rahim (myometrium). Keadaan ini menyebabkan rahim menjadi lebih tebal dan bengkak.

Tanda-tanda utama adenomiosis adalah:

  • Haid yang sangat banyak (menorrhagia): Kadangkala hingga menyebabkan anemia.
  • Kesakitan haid yang luar biasa (dysmenorrhea): Kesakitan yang dirasai sering kali lebih teruk berbanding haid biasa.

Rahim yang membesar akibat adenomiosis sering memberikan rasa tekanan pada bahagian perut bawah menjadikan ia tidak selesa bagi sesetengah wanita.

Perbezaan Antara Endometriosis Dan Adenomyosis

Walaupun kedua-dua endometriosis dan adenomiosis melibatkan tisu endometrium yang berkait dengan rahim, terdapat beberapa perbezaan ketara antara keduanya.

Tisu endometrium bagi endometriosis tumbuh di luar rahim, sering kali melibatkan organ pelvis lain seperti ovari, tiub falopio dan lapisan pelvis.

Manakala, adenomiosis pula melibatkan tisu endometrium menembusi dinding otot rahim (myometrium) menyebabkan rahim menjadi tebal dan membesar.

Faktor Risiko Untuk Endometriosis Dan Adenomiosis

Faktor Risiko Untuk Endometriosis:

  • Sejarah keluarga dengan endometriosis.
  • Tidak pernah hamil.
  • Haid awal pada usia muda.
  • Kitaran haid pendek (kurang daripada 27 hari).
  • Pendarahan haid yang banyak atau berpanjangan.

Faktor Risiko Adenomiosis:

  • Wanita berusia antara 40–50 tahun.
  • Sejarah kehamilan dan kelahiran.
  • Pernah menjalani pembedahan rahim seperti caesarean.
  • Ketidakseimbangan hormon estrogen.

Gejala Endometriosis Dan Adenomiosis

Gejala Endometriosis

  • Sakit pelvis kronik, terutamanya sebelum dan semasa haid.
  • Ketidakselesaan semasa hubungan intim.
  • Pendarahan haid yang tidak teratur.
  • Kemandulan akibat parut pada organ reproduktif.

Tanda-Tanda Adenomiosis

  • Haid terlalu banyak hingga menyebabkan anemia.
  • Kesakitan pelvis semasa haid.
  • Rasa tekanan pada bahagian perut bawah.
  • Rahim yang membesar dan terasa keras apabila diperiksa.

Diagnosis Endometriosis Dan Adenomiosis

Endometriosis

  • Laparoskopi

Merupakan kaedah standard untuk mendiagnosis endometriosis. Prosedur ini melibatkan kamera kecil yang dimasukkan ke dalam pelvis melalui insisi kecil untuk mengesan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim.

Adenomiosis

  • Ultrasound atau MRI

Digunakan untuk mengenal pasti perubahan pada dinding rahim yang mencadangkan kehadiran tisu endometrium yang tumbuh di dalam otot rahim.

Pilihan Rawatan Untuk Endometriosis Dan Adenomiosis

1. Rawatan Perubatan

  • Ubat Anti-radang (NSAIDs): Digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
  • Terapi Hormon: Pil perancang, alat intrauterin (IUD) hormon atau terapi lain yang mengawal tahap hormon untuk mengehadkan pertumbuhan tisu endometrium.
  • Suntikan GnRH: Menyekat pengeluaran hormon estrogen yang boleh mengurangkan simptom dan mengecutkan tisu yang tumbuh secara tidak normal.

2. Rawatan Pembedahan

Endometriosis

  • Laparoskopi: Prosedur untuk membuang tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim. Ini sering digunakan untuk memperbaiki kesuburan atau mengurangkan kesakitan.

Adenomiosis

  • Histerektomi: Pembedahan untuk membuang rahim, biasanya digunakan dalam kes yang teruk apabila rawatan lain tidak berkesan dan pesakit tidak lagi ingin mengekalkan kesuburan.

3. Rawatan Alternatif

  • Terapi Fizikal: Boleh membantu melegakan kesakitan pelvis melalui senaman tertentu atau teknik relaksasi otot.
  • Diet Anti-radang: Menggalakkan pengambilan makanan yang kaya dengan omega-3, sayur-sayuran, dan buah-buahan untuk mengurangkan keradangan dalam badan.

Peluang Untuk Hamil

Endometriosis vs Adenomiosis: Kenali Perbezaan, Punca, Gejala Dan Cara Mengatasinya

Kedua-dua endometriosis dan adenomiosis boleh menjejaskan peluang untuk hamil, tetapi dengan rawatan yang betul, kehamilan masih boleh dicapai dalam beberapa kes.

Endometriosis:

Rawatan seperti laparoskopi untuk membuang tisu yang tumbuh di luar rahim boleh meningkatkan peluang kehamilan bagi sesetengah wanita.

Dalam kes yang lebih kompleks, rawatan kesuburan seperti inseminasi intrauterin (IUI) atau persenyawaan in-vitro (IVF) mungkin diperlukan.

Adenomiosis:

Adenomiosis boleh menyukarkan implantasi embrio dalam rahim. Namun, wanita dengan adenomiosis ringan masih mempunyai peluang untuk hamil, terutama jika dirawat dengan terapi hormon atau melalui kaedah reproduksi bantuan seperti IVF.

Dalam sesetengah kes, rawatan pembedahan seperti histerektomi separa boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan.

Medical News Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Endometriosis Jejaskan Kesuburan Wanita: Ketahui Punca, Tanda & Cara Mengatasi

Baca juga: Tanda Tanda Cyst Dalam Rahim Yang Perlu Anda Perhatikan, Sakitnya Seperti Senggugut

Baca juga: Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita & Senaman Untuk Mengatasinya

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Endometriosis vs Adenomiosis: Kenali Perbezaan, Punca, Gejala Dan Cara Mengatasinya
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham