Sesi Tanya Pakar: Kepentingan Anatomy Scan Ketika Hamil & Adakah Ia Diwajibkan?

Maksud anatomy scan adalah pemeriksaan ultrabunyi untuk menilai perkembangan dan struktur anatomi bayi yang berkembang dalam rahim

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seseorang wanita hamil, pemeriksaan kehamilan adalah salah satu saat yang paling dinanti-nantikan. Salah satu pemeriksaan penting untuk memastikan kesihatan janin adalah imbasan anatomi atau pemeriksaan anatomi terperinci. Maksud anatomy scan adalah memberikan gambaran terperinci tentang perkembangan janin dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Adakah anda tahu jika ia wajib untuk dilakukan ataupun ikut kemampuan? Tahukah anda apa kepentingan membuat anatomy scan ini? Betulkah ia boleh mengesan jika bayi itu tidak sempurna? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini

Sesi Tanya Pakar kali ini bersama Dr. Siti Nor Raha Tuhaijan, Ketua Residen Klinik Siti membincangkan mengenai kepentingan membuat anatomy scan membincangkan  di laman komuniti theAsianparent Malaysia.

Apa itu anatomy scan? Apakah keperluan membuat anatomy scan oleh si ibu?

Jawapan: Berkenaan tentang kepentingan details scan, detail scan boleh dilakukan untuk melihat organ dalaman serta struktur anatomy bayi dalam kandungan secara menyeluruh. Jika terdapat kecacatan yang jelas dikenalpasti semasa scan di Klinik Siti , ibu akan di rujuk kepada doktor pakar untuk Pemeriksaan selanjutnya. Berbeza dengan scan 2d basic antenatal yang mana scan ini dilakukan untuk melihat keadaan bayi secara rawak dan mengira ukur lilit kepala, perut dan ukuran peha bayi bagi mendapatkan berat bayi dalam kandungan. Selain itu semasa scan, doktor juga akan melihat air ketuban dan kedudukan uri serta kedudukan bayi. 

Saya dah buat detail scan and MasyaAllah alhamdulillah for the result. Apakah ada hal atau faktor lain yang patut saya aware untuk kesihatan physical/mentally baby saya nanti? Apakah dapat dipastikan 100% physical baby saya sempurna/ lengkap sihat?

Jawapan: Untuk makluman puan, walaupun detail scan sudah dilakukan, terdapat peratusan kecil di mana bayi boleh juga ada kecacatan yang tidak jelas terutamanya bahagian jantung. Namun begitu, jika kecacatan itu adalah jelas seperti sumbing, jantung berlubang yang besar, tiada tempurung kepala dan lain-lain, semasa detail scan pastinya permasalahan dapat dikenal pasti.

Untuk kesihatan mental bayi hanya dapat di periksa semasa baby sudah keluar dan membesar melalui sikap dan tingkah laku bayi tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sy dimaklumkan tidak perlu oleh dari pakar klinik kesihatan. Katanya sudah cukup scan biasa, tidak perlu jadikan aktiviti wajib setiap kali scan kandungan melainkan ada genetik atau sejarah kehamilan yang tidak okay sebelum ini. Betul ke?

Jawapan: Ya betul, detail scan bukan la sejenis scan yang wajib dilakukan oleh setiap ibu mengandung. Namun begitu, terdapat kepentingan untuk melakukan detail scan terutamanya kepada ibu-ibu yang berisiko seperti ibu hamil lewat usia (advance maternal age), kencing manis, darah tinggi dan lain-lain risiko yang lain. Ibu yang berisiko terdedah kepada bayi yang mungkin mengalami kecacatan yang mungkin membawa maut kepada bayi. Dengan melalukan detail scan, ibu yang berisiko dapat memasatikan keadaan bayi mereka. Untuk ibu yang normal, tiada paksaan untuk melakukan detail scan. 

Saya dah 31weeks scan semua saiz ikut week. Tapi bahagian kaki kecil 2weeks dari usia kandungan? Ada risiko ke keadaan ini? Apa yang boleh saya buat untuk naikkan semula saiz kaki bayi?

Jawapan: Mungkin bahagian yang puan maksudkan adalah ukuran di bahagian paha bayi. Untuk penerangan selanjutnya saya serahkan kepada pakar yang dirujuk kerana saya tidak melakukan scan terhadap puan. Namun begitu, untuk menaikkan ukuran saiz kaki bayi dalam perut memang tiada cara.. Untuk penerangan lebih lanjut, puan boleh merujuk kepada pakar nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan berapa week yg digalakkan untuk buat anatomy scan dan apa kepentingan membuat anatomy scan? Adakah 2d cukup utk buat anatomy scan?

Jawapan: Ibu-ibu digalakkan membuat detail scan bermula usia kandungan 18 minggu sehingga 28 minggu. Namun di Klinik Siti kami menerima untuk melakukan usia kandungan dari 20 minggu hingga 25minggu.

Mengatakan tentang kepentingan detail scan, detail scan juga dalam bentuk scan 2d dan detail scan boleh dilakukan untuk melihat struktur anatomy bayi dalam kandungan secara menyeluruh. Jika terdapat kecacatan yang jelas dikenalpasti semasa scan di Klinik Siti , ibu akan di rujuk kepada doktor pakar untuk Pemeriksaan selanjutnya.

Berbeza dengan scan 2d basic antenatal yang mana scan ini dilakukan untuk melihat keadaan bayi secara rawak dan mengira ukur lilit kepala, perut dan ukuran peha bayi bagi mendapatkan berat bayi dalam Kandungan. Selain itu semasa scan, dr juga akan melihat air ketuban dan kedudukan uri serta kedudukan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan