Maksud Demam Kepialu, Tanda, Punca & Cara Mencegah Tifoid Mengikut Saranan KKM

Maksud demam kepialu adalah jangkitan bawaan makanan yang disebabkan Salmonella typhi boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksud demam kepialu atau tifoid adalah disebabkan jangkitan bakteria bawaan makanan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di sekolah kerana mereka mudah dijangkiti. 

Sama seperti insiden serangan wabak demam kepialu di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 .

Pemeriksaan susulan mendapati bahawa tiga pengendali makanan di situ disyaki sebagai pembawa penyakit.

Maksud Demam Kepialu

Apa itu demam kepialu? Demam kepialu atau juga dikenali sebagai tifoid adalah jangkitan bakteria disebabkan oleh Salmonella typhi.  Penyakit ini biasanya merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria tersebut.

Tanda Demam Kepialu

Demam kepialu selalunya tidak terus menunjukkan sebarang simptom. Sebaliknya, dalam tempoh satu hingga 2 minggu, seseorang yang dijangkiti demam kepialu akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Demam tinggi yang berterusan
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Sakit-sakit otot
  • Kehilangan selera makan
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Kelesuan dan kelemahan umum
  • Tompok merah pada kulit (rose spots)
  • Bengkak pada abdomen
  • Batuk kering
  • Penurunan berat badan

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko komplikasi serius yang menyebabkan kematian berlaku. Ia disebabkan pesakit mengalami kegagalan organ, pendarahan usus yang teruk dan kesukaran bernafas akibat jangkitan paru-paru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Punca Demam Kepialu

Punca demam kepialu berlaku adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya:

  • Makanan dan minuman yang tercemar dengan bakteria Salmonella Typhi
  • Amalan sanitasi yang tidak betul
  • Kebersihan diri yang tidak terjaga
  • Kontak rapat dengan individu yang dijangkiti atau pembawa penyakit

Golongan Berisiko Tifoid

Selain daripada persekitaran dan amalan yang tidak bersih, anda lebih berisiko untuk dijangkiti demam Typhoid jika tergolong dalam mana-mana kumpulan berikut:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang lemah.
  2. Mangsa kejadian semula jadi seperti bencana banjir, gempa bumi dan taufan yang menyebabkan sumber air tercemar.
  3. Pelancong yang berkunjung ke persekitaran dengan risiko tifoid yang tinggi.
  4. Pekerja makmal yang mengendalikan bakteria Salmonella Typhi untuk tujuan kajian klinikal.
  5. Komuniti miskin yang mempunyai akses terhad kepada kemudahan sanitasi yang betul.

Cara Merawat Demam Kepialu

Berikut adalah beberapa cara berkesan merawat demam kepialu:

1. Antibiotik

Suntikan antibiotik seperti ciprofloxacin, azithromycin, dan ceftriaxone sering digunakan untuk merawat demam kepialu. Penggunaan antibiotik mesti diawasi oleh doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Dapatkan Rehat Yang Cukup

Pesakit perlu berehat secukupnya untuk membantu tubuh melawan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Minum Air Secukupnya

Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan air yang mencukupi juga membantu dalam membuang toksin daripada badan.

4. Makanan Mudah Dihadam

Makan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti bubur, sup, dan pisang. Elakkan makanan yang pedas, berminyak, dan berat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Menjaga Kebersihan

Pastikan persekitaran pesakit bersih dan bebas dari kuman. Pesakit juga perlu menjaga kebersihan diri, termasuk mencuci tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.

6. Elakkan Penyebaran Jangkitan

Pesakit perlu mengelakkan daripada berinteraksi rapat dengan orang lain untuk mengelakkan penyebaran bakteria.

Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranya mengalami kesakitan yang teruk sehingga memerlukan pembedahan dengan segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah Pencegahan Demam Kepialu

Terdapat langkah-langkah pencegahan mengikut KKM yang anda boleh amalkan:

  1. Segera ke klinik atau hospital jika mengalami demam, cirit-birit atau sakit perut.
  2. Minum air yang telah dimasak.
  3. Makan makanan yang baru dimasak
  4. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum atau selepas makan dan selepas ke tandas.
  5. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.
  6. Tutup semua makanan dan minuman supaya tidak dihinggapi lalat.
  7. Gunakan penyepit atau senduk atau sudu atau garfu yang bersih untuk mengambil makanan.
  8. Bersihkan kawasan rumah supaya lalat-lalat tidak membiak.
  9. Gunakan tandas dengan sempurna.
  10. Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengendali Makanan Perlu Mengambil Suntikan Typhoid, Elak Keracunan Makanan

Baca juga: Pentingnya Dapatkan Suntikan Rubela, Jika Ibu Hamil Terkena Jangkitan, Bayi Berisiko Buta!

Baca juga: Ibu Jangan Cepat Panik Bila Anak Keracunan Makanan, Ini Cara Merawatnya Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah