Jerawat bukan saja masalah yang dihadapi oleh golongan remaja, malah orang dewasa juga mengalaminya, termasuk mereka yang bergelar ibu. Maksud jerawat di muka juga berbeza mengikut kedudukannya.
Menurut doktor kesihatan kulit, Joshua Zeichner MD di RS New York, mengatakan:
“Maksud jerawat di muka memberikan mesej yang jelas. Ini kerana ia boleh menunjukkan status kesihatan tubuh pemiliknya, termasuk tahap kebersihan seseorang.”
Baca juga: Tak Semua Ubat Jerawat SELAMAT Dipakai Ketika Anda Hamil! Ini Cara Merawat Jerawat Yang Selamat
Apakah maksud jerawat di muka dan badan?
#1. Maksud jerawat di dagu, rahang atau leher
Penyebab:
Hormon testosteron yang turun naik selama ibu sedang haid akan membuatkan kelenjar minyak lebih aktif. Ia menyumbat pori-pori sehingga menyebabkan jerawat di muka.
Cara mencegah:
Dr. Zeichner menyatakan, jika ibu memiliki masalah jerawat yang teruk setiap kali haid, maka anda mungkin perlu berjumpa doktor.
Ia supaya anda boleh diberikan ubat terapi hormon. Ia membantu menyeimbangkan kadar hormon sehingga tidak berjerawat ketika datang bulan. Selain itu, gunakan pembersih make-up dan wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Bersihkan juga kawasan dagu, rahang dan leher dengan lebih baik agar kadar minyak tidak berkumpul secara berlebihan.
#2. Maksud jerawat di garis rambut
Penyebab:
Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat.
Jadi, sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.
Cara mencegah:
Hindari penggunaan produk rawatan rambut berlebihan. Dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat.
Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Tapi lakukan dengan perlahan dan lembut agar tidak menyebabkan iritasi.
Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di area tersebut untuk rawatan ekstra.
#3. Maksud jerawat di mulut
Penyebab:
Jerawat di mulut adalah disebabkan oleh makanan yang masuk ke tubuh anda. Sisa dari makanan masam seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit.
Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat.
Cara mencegah:
Gunakan tisu basah untuk muka setelah makan. Gunakannya untuk membuang semua sisa makanan yang melekat.
#4. Maksud jerawat di pipi
Penyebab:
Jerawat di pipi mungkin disebabkan oleh telefon yang penuh bakteria dan juga tangan yang menyentuh berbagai objek setiap masa.
Apabila anda menyentuh pipi anda berkali-kali dan dalam waktu lama, ia boleh memindahkan bakteria atau kotoran yang kemudiannya menyumbatkan pori-pori kulit.
Cara mencegah:
Bersihkan telefon dengan tisu basah anti-bakteria setiap hari. Dan gunakan rangkaian hands-free jika boleh. Dan, hindari memegang wajah dengan tangan yang kotor.
#5. Maksud jerawat di hidung dan kening
Penyebab:
Stress adalah salah satu penyebab jerawat di hidung dan kening. Respon badan kita di saat menghadapi stress ialah dengan munculnya jerawat di area T pada muka.
Ini kerana stress membuatkan tubuh anda melepaskan adrenalin, sehingga meningkatkan produksi minyak. Kesannya, wajah jadi berjerawat.
Cara mencegah:
Bila anda mengalami stress, pastikan anda selalu memakai produk pembersih muka yang mengandung anti-jerawat. Gunakan di seluruh bahagian wajah untuk membuang semua minyak yang ada.
#6. Maksud jerawat di dada dan punggung
Penyebab:
Ia mungkin disebabkan oleh baju dalam atau bra yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat tumbuh subur di kawasan yang lembab.
Sehinggakan jika anda menggunakan pakaian yang tidak menyerap peluh dengan baik, ia boleh menyebabkan jerawat di dada.
Cara mencegah:
Selalulah menggunakan pakaian dengan bahan yang menyerap peluh ketika bersukan atau membuat aktiviti yang membuatkan anda berpeluh.
Bila timbul jerawat, anda boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika kulit terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.
Semoga bermanfaat ya!
Sumber: The Asian Parent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Kulit Kusam dan Berjerawat? Ini Produk Skin Care Buat Ibu Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Anda!