Malaysia dilaporkan dengan wabak H5N1 yang sangat mudah berjangkit

lead image

Walaupun ia virus yang menyerang burung-burung, namun H5N1 juga boleh memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia.

PARIS (Chanel Newsasia): Malaysia telah melaporkan wabak yang sangat mudah berjangkit iaitu virus H5N1  selsema burung di bahagian utara negara. Organisasi Kesihatan Haiwan Dunia (OIE) berkata pada Rabu, 8 Mac, memetik dari laporan Kementerian Agrikultur Malaysia.

Menurut laporan yang dilaporkan oleh OIE di Paris, strain tersebut telah dipastikan pada ayam di sebuah ladang ayam di Kelantan.

Kesemua 26 burung telah dibunuh atau dimusnahkan, jelas pihak kementerian.

Virus H5N1 juga telah dikesan di Kambodia minggu baru-baru ini. Ianya berbeza dengan virus H7N9 yang telah menjadi punca kematian lebih 110 orang di China.

Apakah itu virus H5N1?

Menurut CDC, H5N1 merupakan virus jenis dari influenza A yang juga boleh dijangkiti manusia. Ia sangat mudah berjangkit dan boleh membunuh burung-burung terutamanya.

Apakah simptom dijangkiti H5N1?

Walaupun ia virus yang menyerang burung-burung, namun H5N1 juga boleh memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia. Contoh simptom dijangkiti H5N1 ialah:

  1. Demam
  2. Batuk
  3. Sukar bernafas / nafas pendek
  4. Sakit bahagian abdomen
  5. Cirit-birit

Rawatan

Sekiranya terdapat simptom-simptom dijangkiti H5N1 dan mempunyai sejarah mendekati burung, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan ujian saringan.

Pihak hospital akan memberikan ubat antiviral bagi melawan jangkitan ini. Contoh ubat antiviral yang sering digunakan ialah:

  • oseltamivir
  • peramivir
  • zanamivir

Walaupun H5N1 jarang menjangkiti manusia, namun kini terdapat semakin banyak kes di mana manusia dijangkiti virus influenza H5N1.

Mereka yang banyak bekerja dengan burung, atau tinggal berdekatan dengan kawasan belaan haiwan ini lebih terbuka untuk dijangkiti virus influenza ini.

Jadi, cara terbaik bagi mengelakkan jangkitan virus ini. Paling utama ialah hapuskan segala pembawa virus ini. Selain itu, isolasikan kawasan yang mempunyai banyak haiwan pembawa virus ini.

Sehingga gelombang sebaran wabak ini berakhir, elakkan memakan haiwan pembawa virus ini sebagai langkah berjaga-jaga.