Cara Mandi Wajib Yang Betul Semasa Berpuasa, Hati-Hati Jangan Sampai Puasa Terbatal

Sekiranya pasangan suami isteri telah melakukan hubungan intim, anda harus fahami panduan mandi wajib sebelum puasa ini. Lagi-lagi jika anda ingin mengganti puasa sebelum Ramadan nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua pasangan yang melakukan persetubuhan perlu membersihkan diri dengan mandi wajib sebelum puasa supaya amalan anda tidak terbatal atau sebagainya. 

Mandi wajib sebelum puasa atau mandi junub ini bertujuan bagi mensucikan kembali tubuh selepas melakukan hubungan intim antara suami dan isteri. Hukumnya adalah WAJIB

Namun, bagaimana jika anda melakukannya setelah terbit fajar atau sudah kedengaran azan subuh? Itu bermaksud puasa sudah bermula. 

Persoalan ini sering ditanya ketika bulan Ramadan kerana masih ramai yang ragu-ragu untuk melakukan hubungan intim semasa bulan puasa. 

Sebelum kita terangkan bagaimana mandi wajib sebelum puasa yang betul, apa kata kita fahami dahulu perkara yang membabitkan persetubuhan yang boleh membatalkan puasa anda. 

Hubungan bersetubuh yang boleh membatalkan puasa 

Kredit: Pexels

Salah satu perkara yang boleh membatalkan puasa ialah melakukan persetubuhan dengan suami isteri di waktu siang.

Namun begitu, ia tidak bermakna aktiviti seksual harus dihentikan sepanjang bulan puasa ini tapi hubungan itu boleh dilakukan selepas berbuka puasa. 

Perkara ini diterangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 187. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dihalalkan bagimu pada waktu malam di bulan puasa untuk bercampur dengan isteri-isteri kamu. Mereka adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah SWT mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah. Kemudian makan minumlah sebelum terbitnya fajar. Kemudian, sempurnakan puasa itu sampai malam. Tapi janganlah kamu campuri mereka ketika sedang beritikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah maka jangan kamu mendekatinya. Demikian Allah menerangkan ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. 

Ayat di atas bermaksud, persetubuhan suami isteri itu dibolehkan selepas berbuka puasa dan perlu mandi wajib sebelum waktu subuh atau sebelum terbitnya fajar . 

Ini kerana, seseorang itu perlu melakukan solat subuh dan salah satu sah solat adalah suci dari hadas kecil dan besar termasuk keluarnya air mani kerana melakukan jima’. 

Niat mandi wajib sebelum puasa 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Niat ketika air sampai ke tubuh
  2. Membaca Bismillahirrahmanirrahim.
  3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun 
  6. Berwuduk seperti biasa atau menangguhkan cuci kaki selepas selesai mandi. 
  7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut dan meratakan air sekurang-kurangnya tiga kali seperti hadis dari Aisyah R.A dalam Sahih Al-Bukhari yang bermaksud: 

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

      8. Mula dengan bahagian kanan badan. 

      9. Ratakan air ke seluruh tubuh. 

     10. Kemudian anda boleh berwuduk jika mahu bersolat. Mandi wajib dan mandi sunat hanya berbeza pada niat sahaja tapi cara mandi adalah sama. 

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fadhila Afifah. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 10 Checklist Persiapkan Diri Menjelang Ramadhan, Sudah Bersediakah Anda?