Wajib Mandi Wiladah Selepas Bersalin Czer Atau Keguguran, Ramai Ibu Tidak Tahu, Ini Caranya!

Mandi wiladah dan mandi nifas adalah wajib dilakukan selepas ibu bersalin. Ramai sebenarnya tidak mengetahui perbezaan dua mandian ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu buat kali pertama sememangnya memerlukan anda mendapatkan pelbagai ilmu baharu. Bukan sekadar mempersiapkan diri untuk menimang cahaya mata, tetapi ada perkara yang wajib dilakukan selepas melahirkan anak iaitu mandi wiladah dan mandi nifas.

Tidak dinafikan bahawa ramai wanita tidak tahu perlu melakukan mandi wajib selepas bersalin. Jika ada yang tahu pun, hanya mandi nifas iaitu mandi selepas keringnya darah nifas.

Mandi wiladah adalah mandi wajib selepas ibu selamat melahirkan anak

Seorang wanita berkongsi di Facebook mengenai pengalamannya ketika bersembang dengan ibu-ibu di wad bersalin.

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tidak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak.

Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para wanita yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara wajib mandi hadas besar

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi perempuan:

1. Haid

2. Wiladah (melahirkan anak)

3. Nifas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.

Yang selalu wanita keliru (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.

RAMAI TIDAK TAHU CARA YANG BETUL MANDI WAJIB SELEPAS BERSALIN!!!

Ibu mengandung dan bakal melahirkan anak patut tahu tentang mandi wajib selepas bersalin. Bagi orang Islam adalah WAJIB untuk mandi hadas besar ini supaya amalan kita di terima Allah.

Ada juga sesetengah ibu yang telah melahirkan anak 10 orang tidak tahu adanya mandi wajib lepas bersalin.

Cara mandi selepas bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Wiladah- mandi wajib jika selepas bersalin tidak keluar darah atau keguguran

Mandi wajib wiladah perlu dilakukan dengan segera bagi ibu yang TIDAK keluar darah nifas, yang biasanya keguguran atau caesarean.

Hal ini adalah untuk membolehkan anda beribadah seperti biasa walaupun masih dalam tempoh berpantang.

“Al-Wiladah bererti bersalin. Kadang-kadang bersalin anak itu tidak diikuti dengan keluarnya darah (nifas), namun hukum bagi wanita pada keadaan itu sama dengan hukum janabah.

Ini kerana anak yang lahir itu ialah hasil gabungan air mani wanita dan air mani lelaki. Hukumnya tetap sama walaupun berbeza (bentuk) kandungan yang dilahirkan atau cara melahirkannya.

Jika wanita itu bersalin tanpa darah apa pun, pandangan dalam mazhab Syafie, wanita itu tetap dikira berhadas besar dan wajib mandi.

”Hukumnya tetap sama walaupun berbeza (bentuk) kandungan yang dilahirkan atau cara melahirkannya” bererti jika kandungan yang dilahirkan itu berbentuk alaqah (gumpalan darah), atau mudghah (gumpalan daging) seperti dalam kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga kelahiran Cesarean, yakni kandungan keluar bukan daripada faraj wanita tetapi melalui pembedahan di kawasan abdomen, tetap mewajibkan mandi.”

Cara mandi wiladah adalah sangat mudah. Pertama kali, anda perlulah berniat.

Niat mandi wiladah: “Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala”, kemudian ratakan air keseluruh badan.

#2. Nifas

TETAPI, jika anda mempunyai darah nifas, perlulah menunggu sehingga darah nifas anda kering dan mandi wajib dilakukan cuma SEKALI sahaja untuk kedua-duanya.

Mandi wajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari itu dikira sebagai darah Istihadha.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin.

Niat mandi selepas bersalin (nifas): “Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala”, ratakan air keseluruhan badan.

Jika wanita bersalin dan bernifas, adakah perlu mandi dua kali?

Apabila seseorang wanita itu bersalin dan bernifas, adakah dia perlu mandi dua kali; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas?

Jawapannya ialah tidak perlu kerana memadai mandi dengan sekali sahaja. Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu’tamad (1/137) :

“Jikalau terhimpun ke atas seorang wanita kewajipan mandi hadas haid dan janabah (seperti jimak dan keluar mani), memadailah baginya dengan niat (mandi mengangkat hadas) salah satu daripada keduanya.

Begitu juga seorang yang berjunub kemudia mati, dan orang yang berjunub kemudia haid, maka memadai bagi dua keadaan itu terangkat hadas dengan satu kali mandi.

Begitu juga jika seseorang itu berjunub, kemudia berhaid, kemudian dia mati, cukup bagi wanita itu satu kali mandi untuk kesemua keadaan (hadas besar) itu.”

Cara niat mandi wiladah sekali dengan nifas

1. Meniatkan setiap hadas besar yang dialami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali.

“ Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”

2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.

“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” ( atau ) “Sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

Menurut ulama Feqah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja.

Pantang orang tua-tua tidak boleh mandi basahkan kepala lepas bersalin

Wallahualam. Saya teringat orang tua-tua kita tidak beri orang dalam pantang itu mandi basahkan kepala,
takut masuk anginlah, sejuklah.

Bila saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.

Lagipun mandi wajib selepas melahirkan itu SEKALI sahaja setiap kelahiran. katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.

Dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah dengan air panas. Kita tak suruh mandi dengan air sejuk, cuma pastikan air itu tak menjadi air musta’mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tidak ambil remeh perkara ini! Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik perempuan dan yang perempuan tu ingatkan lah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain.

InsyaAllah, semoga bermanfaat!

Muzaima AG, Mufti WP, Engku Nisa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Mandi Selepas Bersalin BAHAYA? Ini 5 Kesilapan Ibu Dalam Pantang Selalu Buat

Baca juga: Ibu, Ini Cara Mandi Selepas Bersalin Czer Bagi Mengelakkan Komplikasi. No 7 Paling Penting!

Baca juga:  3 jenis mandi selepas bersalin yang ibu patut tahu; no 2 paling best nak buat!