Madu Untuk Ibu Mengandung Kaya Dengan Manfaat Baik, Malah Baik Untuk Janin

Secara umumnya, madu merupakan pengganti gula putih (gula yang diproses) yang sangat baik serta mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.

Sering kali kita lihat pelbagai jenis ‘home remedy’ yang menggunakan madu. Bahkan, tidak asing lagi, madu telah diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi sebagai makanan kesihatan. Namun apakah manfaat madu untuk ibu mengandung? 

Sebenarnya khasiat madu tidak dapat disangkal, kerana ia hadir dengan manfaat yang begitu banyak sekali dari penjagaan luaran hinggalah dalaman.

Manfaat Madu Untuk Ibu Mengandung

Kredit: Unsplash

Mari kita lihat kelebihan madu buat wanita hamil yang sebahagian dikongsi oleh momjunction:

  1. Mengandungi antibiotik semula jadi
  2. Mengurangkan kesan alergi atau alahan
  3. Merawat pedih ulu hati (heart burnt) yang memang sinonim dengan wanita hamil
  4. Membantutkan pertumbuhan bakteria penyebab ulser
  5. Mempunyai kesan analgesik iaitu bagus untuk merawat melecur
  6. Mengurangkan alahan (muntah-muntah) bagi wanita hamil yang mabuk
  7. Pemanis makanan yang sihat dan semula jadi
  8. Secara khusus madu membantu pertumbuhan fizikal dan mental janin
  9. Madu dapat mencegah jangkitan penyakit hepatitis B bagi si bayi.

Baca juga: Tuam madu untuk hilangkan batuk anak dengan cepat, jom cuba cara semulajadi ini!

Kesan sampingan

Kredit: Freepik

Madu sememangnya selamat untuk dimakan semasa hamil, namun langkah berjaga-jaga juga harus diambil.

Dos dan tidak berlebihan dan sebarang kesan yang tidak normal harus di titik beratkan.

  1. Madu dikatakan boleh mengganggu ritma jantung, sama ada mempercepatkan atau melambatkan. Jadi pastikan pengambilan madu anda tidak berlebihan
  2. Madu juga boleh memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah. Mereka yang mempunyai diabetis, kandungan gula di dalam darah rendah atau yang mengambil sebarang ubat dinasihatkan untuk mendapatkan pendapat doktor sebelum mengamalkan madu.
  3. Dapatkan madu dari jenama atau penjual yang dipercayai kerana madu tiruan yang mengandungi bahan kimia atau gula tiruan boleh memberi kesan yang buruk pada ibu dan bayi.
  4. Sesetengah madu mentah dikatakan mempunyai bakterium yang dikenali sebagai klostridium botulinum yang boleh meningkatkan risiko botulism.

Kredit: iStock

Secara umumnya, madu merupakan pengganti gula putih (gula yang diproses) yang sangat baik serta mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.

Malah, pengamalan madu semasa kehamilan juga adalah tidak memudaratkan, asalkan anda madu tersebut asli dan lebih baik jika organik.

Namun, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Madu Lebah Untuk Lelaki, Boleh Tingkatkan Jumlah & Kualiti SPERMA!

Penulis

Aqma