Benarkah Nanas Boleh Menyebabkan Keguguran Kepada Ibu Hamil?

Benarkah Nanas Boleh Menyebabkan Keguguran Kepada Ibu Hamil?

Nanas adalah buah yang sangat berkhasiat.Jadi apakah manfaat nanas bagi rahim? Adakah benar ia bermanfaat atau mendatangkan mudarat?

Nanas adalah buah yang sangat berkhasiat, kaya dengan vitamin C yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap imuniti tubuh. Jadi apakah manfaat nanas bagi rahim? Adakah benar ia bermanfaat atau mendatangkan mudarat?

Menurut perkongsian Public Health di laman Facebooknya, apa yang istimewa adalah kandungan garam Mangan dalam buah ini. Mineral penting ini adalah untuk menguatkan tulang dan sendi.

Bagi wanita, kandungan mangan dalam buah nanas dapat membantu mengurangkan gejala PMS. Kajian membuktikan wanita yang mengambil Mangan dalam dos yang rendah dapat melancarkan darah haid sehingga 50 peratus.

Banyak manfaat nanas bagi rahim sebenarnya

manfaat nanas bagi rahim

Jadi banyak juga kan sebenarnya manfaat nanas bagi rahim?

Selain itu, nanas ini juga mengandungi kandungan antioksidan yang dapat mengurangkan radang yang menjadi punca kepada kesakitan dan rasa senak di perut semasas sedang haid.

Enzim bromelain yang kaya di dalam teras nanas ini telah terbukti mampu mengurangkan kesakitan dengan merehatkan otot otot.

Jadi jika anda terkena gejala PMS, apa kata anda cuba makan nanas, mungkin ia boleh membantu mengurangkan sakit anda.

Nanas menyebabkan keguguran?

Makanan tambahan dalam bentuk tablet yang mengandungi Bromelain perlu dielakkan oleh wanita sedang hamil kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.

Nanas juga mengandungi Bromelain tetapi dengan hanya makan beberapa potongan nenas, ia tidak akan memberi kesan yang sama.

Untuk menyebabkan pendarahan atau kesan negatif semasa hamil, anda perlu makan di antara tujuh hingga 10 biji nanas serentak!

Larat ke ibu? Serentak nak makan 10 biji nanas. Hampir mustahil agaknyakan?

Khasiat nanas

manfaat nanas bagi rahim

Satu hidangan atau satu cawan nanas mengandungi segala khasiat yang di perlukan semasa hamil seperti Vitamin C, Folat, Zat Besi. Magnesium, Vitamin B6.

Vitamin ini sangat bagus untuk perkembangan ibu dan bayi terutamanya. Ia membantu perkembangan tulang bayi,kulit dan segala yang berkaitan dengan perkembangan janin dalam kandungan.

#1. Vitamin C

Buah nanas memenuhi sebanyak 131% daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti vitamin C ini. Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batu, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema.

 Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.

#2. Kaya dengan serat

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah. Diabetis jenis 2 mungkin menunjukkan tanda-tanda pemulihan kandungan gula dalam darah, lipid serta insulin.

#3. Meningkatkan kesuburan

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Hal ini disebabkan oleh radikal-radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan.

Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah nanas akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas ini dan sangat disarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil.

#4. Mencegah penyakit kardiovaskular

Buah nanas meningkatkan kesihatan jantung disebabkan oleh kandungan serat, potasium dan vitamin C. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa salah satu khasiat buah nanas ialah berupaya menjadi pelindung kepada jantung sebagai mana ujian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal

Kajian tersebut telah disimpulkan bahawa jus buah nanas mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu menyihatkan sistem pencernaan dan penyerapan zat.

#5. Mencegah asma

Benarkah Nanas Boleh Menyebabkan Keguguran Kepada Ibu Hamil?

Beta-carotine yang terkandung dalam tumbuhan seperti nanas berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit asma. Toksin, nutiran yang tidak baik, pencemaran dan kekurangan antibiotin serta tekanan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan asma.

#6. Memelihara kesihatan mental

Salah satu khasiat buat nenas ialah membantu meningkatkan semangat dan membantu mengurangkan tekanan dan kegemuruhan. Nanas yang merupakan sumber yang baik bagi asid amino trytophan digunakan oleh tubuh badan untuk menghasilkan serotonin yang mencukupi iaitu salah satu 'hormon gembira' kita.

Nanas boleh dimakan ibu hamil, tetapi berpadalah

Nanas selamat dan boleh di makan dalam kuantiti yang sederhana semasa hamil. Nanas juga boleh membantu melancarkan darah dan mengurangkan kesakitan semasa sedang haid.

Informasi yang kami kongsikan adalah untuk sama sama kita raikan khasiat buah buah tempatan yang kurniakan di bumi bertuah Malaysia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: alraudhah, public health

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner