Sudah menjadi kebiasaan sekiranya anda dan suami berhadapan kesuntukan masa seharian. Ia bukanlah alasan untuk tidak melakukan hubungan intim. Namun, sedarkah anda bahawa ada teknik lain yang boleh dilakukan bagi memberikan manfaat seks kepada diri sendiri dan pasangan?
Hal yang anda perlu sedari adalah untuk mencapai kepuasan seks tidak semestinya memerlukan masa lama. Ia dikenali sebagai “quickie”, iaitu teknik hubungan seks dengan pantas dan memberikan keseronokan maksimum.
Manfaat seks pantas
Alasan tidak sempat untuk melayan pasangan atau tubuh badan telah penat dengan tugasan seharian tidak perlu dijadikan sebagai masalah utama. Dengan seks pantas ini, ia mampu mendatangkan kebaikan seperti:
#1. Menjimatkan masa
Manfaat seks pantas yang paling utama sudah tentu ia menjimatkan masa. Tahu tak seks pantas jika dilakukan dengan teknik betul cuma mengambil masa 5 hingga 15 minit sahaja.
Hanya 15 minit anda dan pasangan boleh puas dalam seks!
Berbeza dengan aktiviti seks biasa, ia selalunya memerlukan masa sehingga 1 jam jika merangkumi foreplay, seks oral, ciuman dan sebagainya.
#2. Teknik baru dalam hubungan suami isteri
Jika sebelum ini rutin seks anda bersama pasangan hampir sama setiap hari, teknik seks pantas ini akan memberikan pembaharuan dan kelainan dalam aktiviti bersetubuh.
Kebanyakan pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga bersetuju bahawa hubungan seks dengan rutin yang sama akan membosankan.
Semua perkara jika dilakukan berulang kali tanpa sebarang perubahan akan membawa kepada perasaan jemu kerana pasangan dapat membaca setiap langkah seks yang anda bawa.
Namun, manfaat seks pantas mampu menyemarakkan semula aktiviti seks bersama pasangan kerana tempoh masa yang singkat sudah memberikan keseronokan berganda.
#3. Menghilangkan tekanan
Semua orang mengalami tekanan dengan tugasan seharian yang memerlukan anda memberikan komitmen tinggi.
Justeru, luangkan sedikit masa untuk melakukan hubungan persetubuhan dengan orang tersayang bagi mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, aktiviti seks secara kerap mampu memberikan rasa kepuasan serta kegembiraan.
Hal ini kerana tubuh akan merembeskan hormon oksitosin. Ia adalah hormon yang bertanggungjawab untuk beri rasa puas, gembira seterusnya membebaskan diri dari sebarang tekanan.
#4. Meningkatkan kemesraan
Hubungan suami isteri tanpa melakukan seks akan bertukar suram dan tidak harmoni. Elakkan sering menolak ajakan suami yang mahukan belaian manja dari anda.
Pastikan anda bijak mengatur jadual seharian dengan aktiviti siang dan malam. Jangan terlalu memberikan tumpuan kepada urusan anak-anak sehingga anda mengabaikan tanggungjawab sebenar terhadap suami.
Sekiranya anda kerap melakukan aktiviti seks pantas, sudah pasti keintiman hubungan suami isteri sentiasa mesra dan erat.
Aksi persetubuhan adalah aktiviti yang penuh intim dan mesra. Apatah lagi sekiranya anda ”rajin” untuk melakukannya pada setiap hari.
Tips seks pantas yang hebat
Sebenarnya, ramai pasangan suami isteri tidak menyedari akan kewujudan teknik ini kerana menganggap aktiviti seks perlu dilakukan dengan aksi yang lama dalam memuaskan nafsu.
Ia adalah benar jika anda dan pasangan mempunyai masa yang banyak untuk sesi persetubuhan. Namun, jika tempoh waktu begitu singkat, anda perlu mengikut teknik ini:
#1. Mulakan dengan foreplay
Foreplay sangat penting dalam aktiviti seks, terutamanya bagi kaum wanita. Namun, disebabkan oleh kesuntukan masa untuk melakukan seks kilat, maka anda tiada masa untuk foreplay.
Oleh itu, anda perlu memulakan foreplay sebelum memulakan seks dengan menggoda pasangan terlebih dahulu tanpa sebarang sentuhan.
Caranya sangat mudah iaitu hantar mesej, gambar mahupun video berunsurkan seks kepada pasangan dan nyatakan secara jelas kehendak yang sedang bermain dalam fikiran.
Jangan malu untuk menghantar mesej yang memiliki elemen sedikit nakal bagi membina keghairahan suami untuk segera mendapatkan tubuh anda.
Kesannya, pasangan tidak memerlukan masa yang lama untuk memanaskan badan kerana dia sudah bersedia melakukan aksi hebat.
#2. Tidak perlu berbogel
Kebanyakan pasangan selesa dengan berbogel sepenuhnya ketika seks. Namun ketika melakukan seks pantas, anda tidak perlu menanggalkan sebarang pakaian.
Hal ini kerana ia akan merugikan masa. Kepada suami, anda hanya perlu membuka zip seluar dan isteri perlu sedia memberikan laluan.
Tindakan spontan ini akan membuat suami isteri lebih bernafsu, ghairah dan menikmati sensasi baru yang penuh nikmat.
#3. Gunakan pelincir
Antara salah satu masalah dalam melakukan seks kilat ini adalah kepada para isteri kerana anda memerlukan sedikit masa untuk berasa terangsang agar bahagian faraj kebasahan bagi memudahkan tujahan zakar.
Jika meneruskan seks dengan faraj yang kering, ia akan mengakibatkan rasa sakit dan hilang keseronokan selepas bersama suami.
Oleh itu, suami perlu menggunakan produk pelincir dari kedai serbaneka atau meletakkan sedikit air liur di bahagian faraj isteri sebelum memasukkan zakar.
Sumber: Info Seks Melayu
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commenjaga-kebersihan