Budak 5 Tahun Tertelan 190 Biji Manik, Ibu Ayah Sila Ambil Iktibar & Bertindak Cepat!

Keseronokan anak bermain mendedahkan dirinya dengan bahaya. Beratus biji manik baju telah dijumpai dalam perut kanak-kanak ini perlu dijadikan pengajaran!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tanpa kawalan dan pengawasan rapi, mereka selangkah menghampiri risiko bahaya. Baru-baru ini tular kes kanak-kanak tertelan manik baju sehingga 190 biji.

Kejadian yang tidak diingini oleh mana-mana ibu ayah ini dikatakan berlaku ketika dia seronok bermain di rumah.

Budak tertelan manik baju, ibu ayah masih boleh ‘bertenang’

Kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menjalani proses pembedahan pada bahagian perut selepas dipercayai tertelan biji manik.

Menurut laporan, kejadian ini berlaku di negara China. Biji manik berkenaan telah berada di dalam perut kanak-kanak berkenaan selama dua bulan sebelum ibu ayahnya menyedari akan bahayanya dan membawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Namun setelah melakukan imbasan x-ray, pihak perubatan amat terkejut mendapati terdapat biji-biji manik baju telah tersangkut di dalam badan kanak-kanak tersebut.

Menyedari akan hal ini, ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah memaklumkan kepada doktor bahawa anaknya telah menelan biji magnet berkenaan atau dikenali juga dengan Buckyballs, ketika bermain dengan permainan itu sejak dua bulan yang lalu.

Walaupun sudah mengetahui bahawa anaknya telan menelan biji manik berkenaan, namun ibu ayahnya memandang remeh dengan beranggapan bahawa ia akan keluar sendiri ketika membuang air besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentiasa sihat dan tidak menunjukkan sebarang kesakitan

credit to sources

Malah, kanak-kanak itu dikatakan tidak menunjukkan langsung rasa sakit atau tidak selesa sepanjang tempoh manik berkenaan ada di dalam perutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan oleh ibunya menonton sebuah video di media sosial yang memberi amaran kepada ibu bapa tentang bahaya kanak-kanak menelan manik mainan, mereka akhirnya membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital Jinan untuk pemeriksaan.

Setelah pihak perubatan mendapati bahawa terdapat biji manik telah terkumpl di dalam perut kanak-kanak itu, mereka segera menjadualkan satu pembedahan atas kes kecemasan untuk mengeluarkan objek kecil tersebut.

Ibu ayahnya mendakwa jumlah manik berkenaan hanyalah 50 biji sahaja. Namun setelah melakukan operasi pembedahan yang memakan masa sehingga dua jam, sebanyak 190 biji manik magnet berjaya dikeluarkan.

Ini menunjukkan jumlah hampir 4 kali lebih banyak daripada yang dikatakan oleh ibu bapa kanak-kanak itu. 

Menurut doktor, dia sangat bernasib baik kerana manik berkenaan tidak memudaratkan organ dalam tubuh badannya. Kanak-kanak tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang ke rumah sejurus proses pembedahan tersebut berjaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah mengelakkan berlakunya kemalangan anak tertelan objek kecil

credit to sources

Menurut Dr. Ezairy M. Sallih, kebanyakan kes tertelan objek kecil biasanya berlaku dalam kalangan anak yang berusia bawah 3 tahun. Walau bagaimanapun, ia masih juga berlaku pada kanak-kanak yang sudah besar.

Kebiasaannya, saluran pencernaan akan memproses objek yang ditelan dan ia dikeluarkan semula secara semula jadi. Bagi sesetengah kes, objek tersebut berkemungkinan tersangkut sehingga mengakibatkan kecederaan. Proses pembedahan mungkin diperlukan, namun ia bergantung kepada keadaan.

Justeru bagi mengelakkan berlakunya kejadian anak tertelan objek kecil, ibu ayah perlu melakukan beberapa cara ini, antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Kunci almari dan laci di mana anda menyimpan kesemua barangan berbahaya. Ibu ayah juga boleh meletakkannya dalam kabinet besar atau kotak yang berkunci supaya ia selamat dari penglihatan si manja. Elak menyimpan barangan ini dalam almari atau kotak tidak berkunci. Anak-anak yang sedang membesar mempunyai akal panjang dengan memanjat kerusi mencapai apa dikehendaki mereka.

#2. Pastikan sentiasa menyemak semula bahan-bahan berbahaya yang ada di dalam rumah. Pastikan semuanya mempunyai label yang lebih jelas dan jauh dari kemampuan anak untuk mencapainya.

#3. Jangan berganting kepada bekas kalis kanak-kanak kerana ia langsung tidak berkesan. Tiada sebarang penutup botol yang dibuat begitu selamat sehingga agak mustahil bagi anak kecil dapat membukanya.

Bukanlah sesuatu sangat jarang didengar jika kanak-kanak dua tahun  berjaya membuka botol mainan atau ubat ketika dia dibiarkan bersendirian. Selain itu, ibu ayah jangan berpura-pura bahawa sesuatu ubat itu adalah gula-gula kerana mereka akan menganggap ia adalah sesuatu yang baik untuk dimakan.

Sumber: Siakap Keli, Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kematian Tragis! Ibu Muda 16 Tahun Dukung Bayi Sambil Terjun Bangunan Hospital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan