Memang tak salah untuk marah anak, tapi berpada-padalah. Jangan terlalu beria dan over hingga anda lupa diri. Risau nanti anak terikut-ikut cara kita marah dan mereka praktikkannya.
Kita tak lihat cermin ketika marah, jadi memang tak nampak pun bagaimana kita marah. Cuba kalau ketika marah tu kita tengok cermin, ada kemungkinan kita pun tak sanggup nak tengok diri sendiri marah.
Marah anak biar berpada-pada
Menurut, Pengasas Positif Parent Circle, Mohd Fhais Salim, kita ni tak boleh beriya sangat masa nak marah anak-anak. Jangan ‘over’, risau anak akan terikut-ikut dengan gaya dan cara kita ketika marah.
Katanya, kalau kita pukul anak, tak mustahil pun jika anak pukul orang lain. Sebaiknya, adalah lebih baik kita control sikit cara kita nak lepaskan kemarahan.
Anak mudah tiru perbuatan berbanding kata-kata
Terkesima lihat cara anak marah!
Sebijik! Raut wajah dia, gerak tubuh dia dan kata-kata yang keluar dari mulut dia.
“Hah! Buat lagi buat lagi”
Terkesima saya lihat cara si kakak marah si adik, sebiji sama macam saya marah dia dulu.
Bak kata pakar komunikasi, nada suara dan bahasa tubuh kita 93% peratus lebih mudah di tiru oleh anak-anak berbanding dari kata-kata. Jadi tak pelik la, apa yang kita cakap jarang anak nak ikut tapi apa yang kita buat senang senang je dia ikut.
Rupanya sebelum kita nak betulkan anak, cara berkomunikasi kita tu perlu di perbetulkan dulu.
Cara terbaik hilangkan marah adalah dengan pelukan
Kuasa pelukan ni kalau nak tahu bukan sahaja boleh redakan emosi malah ada kuasa ‘menyembuh’ atau healing power. Cuba step di bawah jika anda rasa marah pada anak.
Berikut step dikongsikan Mohd Fhais untuk ibu bapa di luar sana sebelum anda bertukar dalam mode ‘singa’! Jangan sampai anak rasa ibu ayah membencinya yang akan mendatangkan risiko buruk di kemudian hari kelak terutama bila umurnya semakin dewasa.
- Sebelum nak marah terus peluk anak, gosok belakang dada dia, usap umbun umbun kepala dia, tak sampai 5 minit rasa marah kita tu akan beransur hilang dengan sendiri. Cubalah.
- Bukan rasa marah kita je reda, malah rasa takut anak pun akan berkurang. Daripada rasa takut kena marah, terus jadi bertambah sayang pada kita.
- Setiap sentuhan kita pada anak walaupun 5 minit dah cukup untuk tingkatkan hormon ‘gembira’ dalam tubuh. Dari nak bergaduh terus dua-dua jadi gembira.
- Pelukan juga boleh bina ‘rapport’ kita dengan anak. Rapport ni maksudnya hubungan, dari hati berhubung ke hati anak. Ada rapport ni, baru setiap teguran kita mudah anak nak serap.
- Self esteem anak juga akan meningkat dengan kuasa pelukan dari kita tau. Ye la, bila selalu kena peluk dengan ibu ayah ‘keyakinan diri’ anak pun jadi meningkat sama.
- Ada masalah stres atau anxiety? Hah, peluk la anak-anak kita setiap hari, comfirm 2 masalah tu akan berkurangan.
- Pelukan juga adalah simbol paling besar untuk ‘Love & Support’. Kadang-kadang anak tak tahu yang kita sayang pada mereka, pelukan ni sahaja boleh bagitahu mereka.
- Peluk memeluk ni pun cara mudah kita nak buat Self Care, Self Love dan Self Healing.
- Jika marah buat hati anak makin jauh, pelukan pula buat hati anak makin mahu dekat dengan kita.
- Makin dekat hati makin tambah sayang, makin tambah sayang maka makin kurang la nak rasa memarahnya. Didik anak dengan penuh kasih sayang baru la hati dia dan hati kita bersatu saling membahagiakan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Luahan Bapa: Marah Anak Harus Berpada, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup
Baca juga: Selalu Terjerit Bila Marah Anak? Cuba 7 Cara Ini Untuk Lebih Relaks
Baca juga: Anak Kurang Ajar & Kuat Memberontak Kerana Salah Bimbingan Ibu Bapa Ya!