Membesarkan si manja ketika pandemik ini sememangnya mencabar, tidak kiralah untuk ibu bapa baru atau yang berpengalaman. Namun, salah satu hikmah untuk kita semua yang duduk di rumah adalah kini punyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga. Inilah yang diraikan dalam Mombassador 1.0 anjuran Friso®️ Gold dengan menitikberatkan memori indah bersama anak-anak di rumah.
Menurut salah seorang pemenang Mombassador 1.0, pengalaman sepanjang berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikannya lebih kreatif dalam menghiburkan anaknya di rumah di samping memastikan pembelajaran anaknya masih berjalan dengan lancar melalui kelas atas talian. Walaupun keadaan tidak mengizinkan untuk membawa Si Manja keluar, anda masih boleh memanfaatkan masa yang terluang ini apabila menjadi Friso®️ Gold Mombassador.
Jadi, berita baik untuk ibu-ibu, Friso®️ Gold Mombassador kini kembali untuk tahun 2021! Inilah peluang untuk anda menyediakan satu platform untuk berkongsi rutin anda bersama keluarga, saling bertukar idea dan pendapat mengenai susu formula Friso®️ Gold dengan ibu-ibu lain, mendapat inspirasi juga memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain.
Ingin tahu apa lagi yang menarik kalau anda sertai pertandingan Friso®️ Gold Mombassador ini? Jangan risau, kami kongsikan pengalaman ibu-ibu yang telah memenangi pertandingan ini. Jangan terkejut jikalau anda yang menang, anda bakal lebih dikenali dan ditemu bual oleh stesen rancangan TV seperti salah seorang Mombassador ini!
Pengalaman ibu-ibu Mombassador Friso®️ Gold
Jen, yang merupakan salah seorang pemenang pertandingan ini pada tahun lepas menganggap disebalik ‘lockdown’ ini, dia mencipta satu momen yang paling tidak dapat dilupakan. Pada asalnya, ibu ini hanya ingin mencipta satu halaman baru di Facebook untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu baharu dan aktiviti yang dilakukan bersama Si Manja. “Tidak sangka pula ia mendapat begitu banyak perhatian dari ibu-ibu lain yang turut berkongsi pendapat, bertanyakan saya soalan dan sebagainya,” jelas Jen. Bukan itu sahaja, selain berjaya mencipta platform yang diingini, dia juga dapat memperolehi masa yang berkualiti bersama ahli keluarga yang tercinta.
Malah, apa yang lebih menarik adalah dengan adanya platform ini, Jen berpeluang untuk memenangi peraduan Friso®️ Gold Top 50 Mombassador! “Saya betul-betul tak sangka memenangi gelaran sebegini, dapat bekerjasama dengan susu kegemaran anak saya, memang cukup mengujakan. Ternyata selain dapat meluangkan masa bersama keluarga saya, memenangi peraduan ini, adalah salah satu kenangan manis ketika Perintah Kawalan Pergerakan!
Bagi Fatin pula dengan menyertai pertandingan ini, ia memberinya inspirasi untuk Fatin memberi yang terbaik sebagai ibu dengan meluangkan lebih masa yang berkualiti bersama anak-anak.
Jadi, apabila memenangi pertandingan ini, ia bagaikan satu bonus. Dia kini dapat menyertai satu kumpulan eksklusif ibu-ibu yang dianjurkan oleh Friso® Gold!
Mengimbau balik kenangan ketika fasa PKP yang pertama, tidak dinafikan ia cukup mencabar. Walau bagaimanapun semua dapat ditangani dengan baik.
“Saya menjadi lebih kreatif dengan anak-anak, dan dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, sudah tentu nanti ia akan menjadi satu kenangan manis dan tidak dapat dilupakan” kata Fatin.
Saya memang hargai semua pencapaian saya setakat ini. Jadi kenangan memenangi Friso® Gold Mombassador ini sangatlah memberi impak yang besar buat Fatin.
Manfaat menjadi Mombassador
Dengan menjadi Mombassador, ibu-ibu bukan sekadar dapat berkongsi pengalaman, malah turut dapat menambah ilmu baru dalam menjadi seorang “influencer” dan memenangi hadiah lumayan. Friso® Gold juga menawarkan sesi e-coaching bersama celebriti terkenal untuk semua Mombassador.
Menurut Jen lagi, dia rasa beruntung kerana melalui peraduan ini dia mendapat peluang diwawancara dalam salah satu rancangan di 8TV. Ia adalah satu momen yang cukup berharga dan akan dikenang sampai bila-bila. Mana tidaknya ia merupakan pengalaman pertama kemunculannya di televisyen.
Walau bagaimana pun kata Jen ia bukanlah keseronokan dalam mendapat hadiah semata-mata. “Saya lebih menghargai perjalanan ini sebagai seorang ibu baharu, apabila dapat berkongsi idea, ilmu keibubapaan dan mendapat kenalan baru itu lebih berharga.
Kata Fatin, sepanjang 6 bulan menjadi Mombassador ini dia bukan saja mendapat pelbagai tips mengenai keibubapaan, namun dia juga menimba ilmu untuk menjadi lebih kreatif dalam membuat perkongsian keibubapaan dalam sesi e-coaching yang ditawarkan bersama celebriti terkenal.
Selain itu dia juga berpeluang untuk mengenali jenama ini dengan lebih mendalam, dan mengetahui mengapa Friso® Gold adalah yang terbaik buat anak-anak. Ia bagaikan satu proses pembelajaran sambil anda meluangkan masa bersama keluarga. Lebih seronok dapat pula hadiah wang tunai dan pelbagai produk untuk dikongsi bersama keluarga.
“Ternyata banyak lagi yang perlu dipelajari dalam menjadi seseorang yang berpengaruh, dan saya cukup gembira diberi peluang sebegini,” kata Fatin.
Jadi untuk anda yang berminat untuk menyertai Friso®️ Gold Mombassador, anda juga boleh mengambil peluang ini untuk berkongsi minat, aktiviti dan perjalanan keibubapaan dengan komuniti Mombassador. Selain saling bertukar idea, percayalah ia memang pengalaman yang berharga dan menyeronokkan!
Jika anda seorang ibu berusia 25-40 tahun, mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun yang gemar mencipta kenangan dalam setiap perkembangan anak, maka pertandingan ini adalah tepat untuk anda.
Sertai pertandingan Friso® Gold Mombassador mulai 8 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021 dan berpeluang memenangi wang tunai dan hadiah eksklusif bernilai RM7,000 setiap satu. Friso®️ Gold juga akan memberi ganjaran kepada 3 penyertaan paling kreatif pada setiap 2 minggu dengan perkakas premium bernilai RM2,500 setiap satu!
Ikuti langkah-langkah mudah berikut:
1.Beli mana-mana produk Friso®️ Gold Step 3 atau Step 4
2. Muatnaik gambar dan/atau video bersiri aktiviti anda bersama anak anda di rumah ke laman Facebook atau Instagram berserta kapsyen yang menyatakan “Manfaat Pencernaan Baik Terhadap Saya & Si Manja” dengan salah satu pilihan tema berikut:
- Kemahiran pembelajaran yang baik
- Imuniti yang baik sebagai persediaan meneroka dunia luar
- Kebolehan menonjolkan bakat dan kreativiti
3. Sertakan hashtag #FrisoGoldMombassador #FrisoGoldMy dan #GoodDigestionForStrongerInside
4. Tag akaun @frisogoldmy dan pastikan kiriman anda “public”. Sertakan juga bukti pembelian produk Friso®️ Gold Step 3 atau Step 4.
Tunggu apa lagi? Sertai Friso®️ Gold Mombassador sekarang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Fakta & Mitos Tentang Susu Formula Yang Ibu Ayah Perlu Tahu
Baca juga: Ruam Lampin Pada Bayi, Bagaimana dan Kenapa?
Baca juga: Anak Lebih Bijak & Rasa Disayangi Bila Parents Amalkan Gaya Asuhan Natural Parenting Seperti Ini