Pernah tak anda rindu saat semasa kecil dahulu, di mana kalian bebas bermain basikal dan main pondok-pondok sambil mandi air hujan walaupun tahu bakal dimarahi oleh emak? Ini adalah momen yang cukup indah bagi kanak-kanak.
Tapi kini tidak lagi apabila alat elektronik seperti telefon bimbit dan video game mula diperkenalkan. Jadi, adakah asuhan semulajadi seperti ini masih dianggap relevan pada zaman sekarang?
Atas sebab itu juga, ibu bapa menghadapi tekanan dalam membesarkan anak-anak terutama dari segi kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka. Sebab itu, anak-anak didorong untuk memulakan pembelajaran akademik sejak dari usia bayi.
Tidak hairanlah sejak kecil lagi kanak-kanak sudah tahu membaca, mengira, mengenal huruf dan petah bersembang!
Friso Gold memperkenalkan Kempen Growing Up Together Naturally
Atas sebab itu juga, menurut Eugenie Laarman, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad, kempen yang dianjurkan ini bertujuan bagi menggalakan pergerakan sosial kepada ibu di Malaysia tentang asuhan semulajadi.
“Dengan kempen ini, dapat menggalakan pengalaman antara ibu dan anak sambil melihat mereka membesar di depan mata. Malah ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan.
“Apabila gaya asuhan semulajadi ini dipraktiskan, ia dapat bantu membina kekuatan dan peribadi anak-anak sekaligus belajar mengikut kemampuan mereka sendiri.
“Apatah lagi Natural Parenting ini mudah diterapkan dan diamalkan setiap hari dalam aktiviti seharian kita. Contohnya berjalan di sekitar rumah bersama anak, membuat biskut atau bermain di luar rumah.
“Bagi memastikan kempen ini berjalan lancar, maka pihak kami memerlukan sokongan dan pengaruh ibu-ibu di Malaysia,” katanya.
Apa itu Asuhan semulajadi atau Natural Parenting?
Bagi memastikan kempen ini mendapat sokongan ibu bapa di Malaysia, Friso Gold bekerjasama rapat dengan Charis Wong, Pakar Psikologi Kaunseling. Menurut beliau, keibubapaan semulajadi ini adalah gaya hidup yang dimiliki oleh ibu bapa dan anak-anak yang membabitkan bonding dan perhubungan antara satu sama lain.
Beliau menambah, sebagai ibu bapa, kita seharusnya belajar tentang keperluan dan kehendak anak supaya hubungan yang terjalin lebih unik dan pengalaman membesarkan mereka sentiasa menjadi kenangan yang cukup indah.
4 Gaya Keibubapaan Yang Ada Di Malaysia
Charis turut berkongsi empat gaya keibubapaan yang selalu dipraktiskan oleh ibu bapa hingga ke hari ini iaitu gaya keibubapaan authoritarian, authoritative, permissive dan uninvolved parenting.
#1. Authoritarian
Gaya asuhan authoritarian ini bermaksud ibu bapa yang mempunyai sifat kawalan yang tinggi tapi kurang bertanggungjawab hingga menyebabkan anak-anak selalu berfikiran negatif, memberontak, pendendam, bimbang, kurang motivasi untuk berdikari dan sebagainya.
Apabila ibu bapa terlalu mengawal anak-anak ini akan membuatkan mereka rasa tidak bebas melakukan apa yang mereka suka.
#2. Autoritatif
Manakala autoritatif pula apabila ibu bapa mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Secara tak langsung ia membuatkan kotak fikiran anak-anak lebih aktif bersosial, bertangungjawab dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Gaya asuhan ini adalah yang paling bagus dalam mendidik anak-anak di mana mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu tapi tingkah laku mereka tetap diperhatikan oleh ibu bapa.
Apatah lagi, anak-anak akan diberikan peluang untuk meluahkan pendapat dan bukannya mendengar arahan daripada ibu bapa semata-mata.
#3. Permisif
Permisif pula adalah kategori ibu bapa yang mesra dan bertanggungjawab namun mereka lemah dari segi kawalan dan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung atau manja.
Ia boleh membuatkan anak-anak sukar mengawal diri, kurang berdikari dan tidak suka meneroka. Apa yang lebih menakutkan bila adanya kekurangan dari ibu bapa boleh menyebabkan anak gagal dalam persekolahan, terlibat dengan gejala seks bebas, pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja.
#4. Uninvolved
Kategori ini adalah spesis mak ayah yang jenis tak pedulikan anak-anak contohnya sudah makan ke belum, balik rumah pukul berapa, dengan siapa anak berkawan dan sebagainya.
Manakala kalau masa bayi anak menangis nak susu ibu buat tak peduli. Kalau pampers penuh biarkan sampai anak menangis tak selesa.
Apabila ibu bapa bersikap demikian maka anak-anak akan cuba mencari kasih sayang dengan orang asing. Dalam masa yang sama, bila terlibat dengan percintaaan mereka susah nak percayakan pasangan atau terlalu bergantung pada pasangan terlalu tinggi.
Adakah over protective anak ini digalakkan?
Ibu bapa yang over protective ini biasanya kita gelarkan mereka sebagai ibu bapa yang terlau risaukan anak-anak mereka.
Namun begitu, ada kajian yang menunjukkan bahawa pengawalan ibu bapa yang over protective ini dilaporkan dapat meningkatkan dari segi kemurungan dan tekanan hingga membuatkan ada segelintir anak-anak yang membesar rasa kurang bersedia untuk menghadapi cabaran dunia luar.
Berikut adalah ciri-ciri ibu bapa over protective
#1. Menemui guru anak dalam beberapa kali sebulan
Setiap kali anak membuat kerja rumah dan jika soalannya terlalu susah pasti anda akan ragui format kertas ujian tersebut kemudian komplen pada guru.
Bahkan jika anak elak tak mahu sekolah anda akan salahkan guru kerana tak pandai mengajar. Sepatutnya sebagai ibu bapa anda berlapang dada dan ajarkan mereka cara berkeyakinan diri.
#2. Meleraikan pergaduhan
Tak kira pergaduhan adik beradik atau anak dengan kawan-kawannya anda pasti menyibuk untuk hentikan perbalahan.
Anda juga mungkin meminta mereka berbaik dan kadang kala menjadi hakim untuk menentukan pihak mana yang salah dan betul.
#3. Buat kerja sekolah atau bantu terlalu banyak
Ya, ibu bapa yang over protective ini juga sentiasa menolong siapkan kerja sekolah anak katanya kesian mereka tidak dapat selesaikan tugasan sekolah yang banyak dan terlalu susah saban hari.
#4. Tak mahu membiarkan anak gagal
Tidak kira ia berkaitan apapun sama ada sukan, diejek kawan-kawan, markah dalam kelas dan sebagainya anda tidak mahu melihat anak berasa kecewa dan sedih.
Sebenarnya keadaan ini akan dapat membentuk daya tahan, kecekalan dan persaingan yang sihat kepada anak bagi menentukan kejayaan mereka. Oleh itu, biarkan anak belajar dari pengalaman itu.
#5. Semaikan sifat tinggi diri pada anak
Ibu over protective ini juga selalu menekankan betapa hebatnya anak-anak mereka. Malah secara berlebihan memberitahu betapa istimewa anaknya, berbakatnya anak dia dan lain-lain.
Meskipun itu dapat mengembangkan self confidence anak namun ia juga dapat membawa kepada sikap sombong dan meninggi diri.
Aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak secara semulajadi
- Bersiar-siar di taman rekreasi
- Membawa si kecil mandi di pantai
- Membuat istana pasir bersama anak
- Mencuba masakan baru bersama keluarga
- Belajar buat origami
- Berbasikal
- Bercucuk tanam
- Memberi haiwan peliharaan makan
- Membersihkan rumah bersama anak-anak
- Basuh kenderaan bersama-sama
- Bermain gunting dan tampal
- Cabut rumput di kawasan rumah
- Memasak kek
- Berjalan di sekitar kawasan perumahan
- Bersenam atau berjogging
- Baca buku cerita bersama anak
- Melukis pemandangan yang indah
- Bermain kejar-kejar bersama anak
- Bermain bola
Apa yang pasti memang banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan melalui natural parenting ini sekaligus membuatkan masa terluang yang ada terisi dengan sesuatu yang lebih bermanfaat demi perkembangan anak yang positif.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga
https://my.theasianparent.comcara-mendidik-anak-dengan-baik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!