Kerana Bergaduh Dengan Mak Mertua, Ibu Ini Campak Bayi Dari Jambatan!

Disebabkan marah pada mertua, si kecil pula menjadi mangsa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertelingkahan dengan mertua bukanlah satu perkara yang baru dalam masyarakat kita. Walaupun ibu bapa mertua merupakan orang yang baik sekalipun, pasti si menantu pernah ada masalah dengan mertua terutamanya jika tinggal dalam rumah yang sama.

 

Selalunya dalam hal sebegini, kedua-dua pihak akan saling cuba bertolak ansur kerana memikirkan kebahagiaan suami dan anak lelaki. Namun kejadian di China baru-baru ini mengejutkan ramai pihak, apabila kemarahan si menantu kepada mertuanya tidak dapat dibendung lagi!

Wanita Campak Bayi 10 Bulan Dari Jambatan Selepas Bergaduh Dengan Mertua

Xian Zhou, seorang ibu kepada bayi yang baru berusia 10 bulan telah bertindak melontarkan bayinya dari jambatan akibat terlalu marah selepas bergaduh dengan ibu mertuanya. Kejadian tersebut berlaku di Shaanxi, China pada 3 Ogos 2019.

Menurut China Press, wanita berkenaan pergi melawat ibu mertua bagi menyelesaikan urusan berkaitan pengebumian bapa mertuanya. Walau bagaimanapun, mereka berdua telah bertelingkah mengenai masalah lain pula.

Zhou dikatakan mempunyai masalah dengan mertuanya sejak beberapa tahun lalu, malah mengakui kepada pihak polis yang dia tidak lagi mampu menahan kemarahannya yang terkumpul.

Katanya, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dia masih berasa sangat marah atas perbuatan ibu mertuanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
Wanita tersebut kemudian ditahan pihak polis.

Menangani Masalah Dengan Mertua

Jika anda ada masalah dengan mertua, percayalah anda tidak sendirian. Kes yang berlaku di China ini merupakan bukti yang ketidakfahaman antara menantu dan mertua merupakan isu yang boleh berlaku dalam masyarakat dunia.

Soalan berkaitan:  Ibu mertua kerap marah saya!

Pelbagai isu berbangkit apabila berlaku pergaduhan dengan mertua, namun kebiasaannya ia disebabkan tiada persefahaman dalam mengendalikan rumahtangga, tambahan lagi apabila kedua-dua pihak mempunyai hubungan dengan anak/suami.

Sebenarnya, campur tangan mertua dalam keluarga tidak semestinya bersifat negatif ya. Malah kebanyakkan mertua hanya ingin menjalin hubungan yang baik dengan pasangan anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin jika anda faham beberapa hal ini, masalah dengan mertua dapat dihapuskan.

#1 Ibu Hanya Mahukan Yang Terbaik Untuk Anaknya

Anda pasti tidak pernah terfikir untuk berhenti menyayangi anak bukan? Jadi ini sama sahaja seperti apa yang ibu  mertua anda fikirkan.

Walaupun anak lelakinya sudah meningkat dewasa, namun dia masih anak kepada mertua anda. Ibu pasti risau sekiranya anak sakit, mempunyai masalah emosi atau tidak bahagia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi jika mertua bertanya sesuatu tentang anaknya, jangan anda terlalu berkecil hati seolah-olah mertua terlalu menyibuk hal rumahtangga anda. Dia hanya mengambil berat perihal anaknya.

#2 Hanya Ingin Menasihati

Mertua anda sudah mempunyai pelbagai kemahiran dalam pengasuhan anak, memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Jadi jika dia merasakan anda melakukan sesuatu yang tidak betul, pasti dia ingin memberi nasihat seperti dia menasihati anaknya sendiri.

Ya benar cara anda berbeza tetapi apa salahnya memberi ruang untuk mertua memberikan pendapatnya juga. Walaupun nasihatnya tidak memberi perubahan apapun, sekurang-kurang ia boleh melatih kesabaran anda juga kan?

#3 Mertua Ingin Jadi Sebahagian Dari Kehidupan Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi nenek merupakan pengalaman baru bagi ibu mertua anda, sama seperti anda pertama kali menjadi ibu. Jadi dia pasti ingin sentiasa berada dekat dan teruja apabila bersama dengan cucu barunya.

#4 Kesunyian

Apabila anak-anak telah mempunyai keluarga masing-masing, pasti ibu bapa rasa kesunyian bukan? Anda juga pasti akan merasa sunyi apabila anak-anak dewasa kelak.

Jadi apa kata anda luangkan masa bersama mertua, serta ajak mertua bersama-sama sekiranya anda pergi bercuti sekali-sekala. Sekurang-kurangnya dia rasa dihargai dan dapat meluangkan masa bersama anak dan cucu-cucunya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Ingin Memberikan Bantuan

Selalunya mertua anda hanya ingin memberikan bantuan sahaja, terutama apabila melihat anda dalam kesukaran semasa melakukan tugasan keluarga. Malangnya, ini tidak diterima baik oleh menantu kerana dianggap menyibuk.

Apa kata mulai harini, mula letakkan diri ada dari perspektif mertua anda pula? Lagipun mertua anda bukannya orang lain, darah daging pasangan anda juga kan?

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: asiaone

Baca juga:

https://my.theasianparent.comjenis-ibu-mertua-yang-mencabar

Penulis

Beto Rahman