Jenis Masalah Kaki Kanak-Kanak Yang Penting Untuk Ibu Ayah Beri Perhatian

Masalah kaki pada kanak-kanak boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan disebabkan pelbagai faktor. Doktor kongsikan punca dan cara mengatasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaki kanak-kanak memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Ketika meneroka dunia sekeliling, kaki si manja terdedah kepada pelbagai aktiviti dan faktor stres, yang kadang-kadang boleh menyebabkan masalah kaki.

Penting bagi ibu ayah untuk mengetahui masalah kaki biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak ini, punca, gejalanya, dan rawatan yang mungkin untuk memastikan perkembangan si kecil yang sihat.

Jenis masalah kaki dalam kalangan kanak-kanak

Menurut Ortopedik dan Pembedahan Trauma; Subkepakaran: Ortopedik Pediatrik dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Abd Razak Muhamad ada beberapa masalah kaki yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti kaki rata (flatfeet), in dan out-toeing dan jalan berjinjit.

  • Masalah kaki rata atau flat feet

Jelas Dr Abd. Razak, kebanyakan bayi dilahirkan dengan kaki rata kerana "lemak bayi" menghalang gerbang di bahagian dalam bahagian kaki.

Apabila mereka meningkat dewasa, gerbang secara beransur-ansur berkembang apabila "lemak bayi" mula hilang dan otot kaki menjadi lebih kuat.

Oleh kerana kaki rata adalah sebahagian daripada perubahan dinamik biasa dan hilang pada usia 4 tahun, kebanyakannya tidak memerlukan rawatan walaupun sesetengah kanak-kanak mengekalkan kerataan kaki apabila mereka semakin dewasa.

Dalam peratusan kecil kanak-kanak yang mengalami flat feet, penilaian lanjut perlu dilakukan oleh doktor untuk mengecualikan struktur atau masalah tulang dan ini termasuk x-ray kaki.

Selain itu kaedah rawatan yang berbeza termasuk pendekatan pembedahan boleh disyorkan bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah kaki rata terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • In-toeing dan out-toeing 

Gaya in-toeing adalah apabila kedua-dua kaki berpusing ke dalam (garis tengah) semasa kanak-kanak berjalan dan bergerak ke arah yang bertentangan dalam gaya out-toeing.

Dr. Abd Razak menjelaskan in-toeing lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki berusia 1 hingga 4 tahun dan punca biasanya adalah torsi tibia internal (tulang kaki yang terpusing ke dalam).

Manakala out-toeing lebih biasa dilihat pada kanak-kanak perempuan berusia 4 hingga 7 tahun dan ini disebabkan oleh femoral anteversion yang berlebihan (pusingan dalam pinggul yang berlebihan). Kedua-dua keadaan ini akan sembuh dengan sendirinya.

Kanak-kanak yang mengalami in-toeing akibat daripada pusingan dalam pinggul yang berlebihan disarankan untuk tidak duduk dalam posisi "W" semasa di lantai.

Hal ini kerana ia boleh menghambat pemulihan fisiologi mereka ketika mereka semakin membesar. Sebaliknya, kanak-kanak digalakkan untuk duduk bersila.

  • Sakit tumit pada kanak-kanak

Salah satu punca sakit tumit dalam kanak-kanak adalah daripada keradangan di sekitar tempat lekatan tendon tumit di tumit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan ini disebut sebagai penyakit Sever, di mana cedera tarikan berulang semasa aktiviti fizikal memicu keradangan pada bahagian tertentu tulang (apofisis).

Rawatan biasanya melibatkan rehat daripada aktiviti fizikal yang berupaya menyebabkan rasa sakit, menggompal bahagian yang terjejas, dan pengambilan ubat anti-radang.

  • Kuku kaki tumbuh ke dalam (ingrown toenails)

Selain itu, jenis masalah kaki yang terjadi dalam kalangan kanak-kanak adalah kuku kaki tumbuh ke dalam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jelas Dr Abd Razak, masalah ini biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih tua dan remaja.

Beberapa faktor risiko termasuk pemakaian kasut yang ketat dan kelembapan berlebihan daripada aktiviti fizikal yang berlebihan.

Kepentingan pengesanan awal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun kebanyakan masalah kaki biasa pada kanak-kanak adalah sebahagian daripada perubahan dinamik dalam penjajaran kaki akan membaik secara semulajadi, namun sesetengahnya tidak sembuh sebagaimana yang dijangkakan, atau malah menjadi lebih teruk seiring pertambahan waktu.

Adalah penting untuk ibu ayah melakukan pemerhatian, dan jika masalah kaki  tidak sembuh seperti yang dijangkakan, kanak-kanak perlu dinilai lebih lanjut oleh doktor.

Cara diagnosis masalah kaki kanak kanak

Biasanya doktor akan pertimbangkan untuk anak melalui x-ray. Keperluan penyesuaian atau intervensi lebih lanjut akan bergantung kepada punca yang mendasari dan tahap keterukan masalah kaki tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan