Masalah Kebimbangan (Anxiety Disorder): Surat Terbuka Untuk Suami

Jika anda mempunyai pasangan yang mengalami masalah kebimbangan (anxiety disorder), ketahuilah mereka amat memerlukan sokongan anda. Jangan berputus asa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menghadapi masalah kebimbangan yang melanda…

Kepada suami yang mempunyai isteri dengan masalah kebimbangan,

Kebimbangan — Mungkin anda sedang duduk bersebelahan dengan isteri apabila doktor menjelaskan masalah kebimbangan yang tak dirawat akan menyebabkan kemurungan

Mungkin anda sudahpun menjangkakannya, kerana sudah berapa kali anda balik awal dan terdengar isteri menangis sendirian dalam bilik mandi.

Anda melihat sekali imbas wajah isteri yang sedang menangis dengan diam. 

Di bawah meja doktor, anda cuma boleh memberi sokongan dengan memegang tangannya.

Masalah kebimbangan tidak semuanya sama

Masalah emosi ini tidak konsisten, dan tidak senang untuk dikesan. 

Anda mungkin hairan mengapa isteri selalu marah, atau tidak berseronok semasa keluar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, ia mungkin bukan salah anda. Gangguan emosi boleh menyebabkan isteri anda berkelakuan demikian.

Mindanya selalu bercelaru memikirkan sesuatu. 

Isteri anda akan selalu terfikir senario yang buruk kerana bimbang sesuatu akan berlaku. Dia tahu anda tidak boleh mengubah keadaannya. 

Tetapi dia perlu berkongsi masalah ini dengan anda, kalau tidak, kepalanya akan berasa seperti ia akan meletup kerana panik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti semua benda ini terlintas di fikirannya…

“Mengapa dia masih bersama saya?” “Kalau dia tahu saya ada masalah kebimbangan, adakah dia akan tinggalkan saya?”  “Adakah dia menyesal?” “Adakah dia ingin bersama dengan orang lain?”

Sebagai suami, berikanlah sokongan

Saya faham bukan senang untuk melihat isteri tercinta dalam keadaan ini. Namun, sebagai suaminya, anda sebenarnya boleh banyak membantu.

Kredit gambar: Huffington Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda melihat isteri seperti ditenggelami emosi, situasi, mahupun orang, anda boleh membantu dengan memberi kata-kata dorongan dan sokongan.

Suruh dia berhenti dan duduk dulu.

Suruh dia tarik nafas panjang-panjang. Pegang tangannya, dan biarkan dia “pinjam” kekuatan anda.

Jika dia sedang mengalami cabaran untuk menghadiri sesi dengan doktor, jadualkan sesinya kepada masa yang lebih sesuai.

Jangan selalu paksa dan jangan buat isteri rasa bersalah, jika dia gagal untuk menghadiri sesinya dengan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang mungkin lebih berkesan jika anda membiarkan isteri yang menentukan kekerapan sesi-sesi ini mengikut keselesaannya.

  • beri bantuan dari segi pengurusan rumah
  • ambil alih penjagaan anak-anak, walaupun untuk sementara sahaja

Kadang-kadang, isteri anda sendiri tak dapat menolong dirinya. Tapi, dia hanya mahu anda bersabar.

Bersabarlah dengannya, dia hanya ingin kasih sayang anda.

Dia juga tak mahu masalah kebimbangan dan kemurungan ini menjadi pengacau dalam hubungan kalian.

Masalah kebimbangan ini memakan dirinya…

Betul, ia menghantui dirinya juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri anda pasti ingin cepat sembuh. Ingin bebas. Bukan lagi terperangkap dalam belenggu masalah yang tiada jalan penyelesaian. 

Tapi ketahuilah…

Isteri anda ini amat menghargai dan menyayangi anda. Dia dalam ketakutan.

Tapi dia pilih anda untuk berkongsi segala kepahitan yang bermaharajalela dalam hatinya.

Dia amat mencintai anda dengan sepenuh hati, dan dia akan berada di sisi anda walaupun apa yang terjadi.

Forever and ever.

Anda hanya perlu memegang tangannya dengan erat sambil berkata “saya ada dengan awak.”

Cukuplah kata-kata itu. 

Salam sayang dari saya,

Seorang isteri, wanita dan ibu yang menghidap masalah kebimbangan.

Sumber rujukan: Laman Facebook Love What Matters

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

Penulis

Rosanna Chio