X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

4 min bacaan
Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

Tular di FB satu surat terbuka dari seorang suami buat isterinya yang penat menjaga anak dan menguruskan hal rumah setiap hari. Ia ditulis oleh si suami dan disiarkan oleh si isteri untuk dikongsikan dengan para ibu sekalian. Jom baca!

“Isteri kamu duduk di rumah jaga anak? Untungla…” Ramai yang beranggapan isteri yang duduk di rumah menjaga anak menghadapi hidup yang tenang dan mudah.

Yelah, mereka tidak perlu bergelumang dengan masalah kerja dan politik di pejabat…kan? Jika anda berfikiran begini, anda mungkin terlepas pandang akan lumrah sebenar menjadi suri rumah.

Tetapi, tidak bagi seorang suami ini. Suami kepada Kate Douglas menyedari dan menghargai beban kerja rumah dan cabaran menjaga anak setiap hari. Anda ingin tahu apa yang ditulis oleh suami Kate? Baca lebih lanjut.

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

Source: Kate Douglas di FB

Surat Terbuka Dari Si Suami buat Isteri yang Menjaga Anak di Rumah

“Selepas sepanjang hari bekerja di pejabat, tiada apa yang lebih seronok daripada punch card. Kadangkala, saya pulang ke rumah dan melihat keadaan isteri saya yang kepenatan, kecewa dan perit dengan cabaran menjadi seorang ibu. Tidak seperti saya, dia tiada masa tetap untuk punch card di penghujung hari atau diberi ganjaran kerana kerja lebih masa, atau bonus atas setiap kerja dan usaha extra yang dia lakukan ketika di rumah. Dia tidak mengumpul cuti sakit, cuti hujung minggu, atau cuti umum. Dia juga tiada cuti khas seperti pekerja lain.

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah Source: FB Kate Douglas Pada tarikh 5 Mac 2011, dia mula bertugas sebagai seorang ibu (dengan kelahiran anak pertama) dan 8 Jun 2014, dia mula bekerja lebih masa (anak kedua). Dua anak lelaki, ya, dua anak lelaki yang tidak pernah berhenti. Yang selalu mencabar tugasnya sebagai ibu, namun dia tidak pernah meminta kenaikan gaji atau mencari kerja lain. Isteriku, Walaupun hari ini adalah hari yang sukar dan awak rasa tidak dihargai atau awak tidak pasti sama ada awak telah membuat sebarang perubahan positif dalam hidup anak kita, beginilah sebenarnya kehidupan awak (melalui kaca mata saya seorang suami)… Anak lelaki kita akan bangun tidur daripada katil yang empuk dan selesa yang awak telah siapkan dan kemas dengan penuh kasih sayang. Mereka kemudiannya makan sarapan pagi, iaitu hidangan yang telah awak rancang rapi seminggu awal ketika kita pergi membeli barang dapur. Awak menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak kita bawa ke pusat jagaan dan awak kemudiannya bertanya, “Cukup ke makanan ni? Berkhasiat tak makanan ni?” sambil si bongsu duduk bergayut di kaki sebelah lagi. Awak kemudian menghantar si sulung ke pusat jagaan dan kemudian menghabiskan masa hampir sejam cuba menenangkannya kerana dia tidak mahu berada di situ. Awak memujuk sambil memberitahu yang awak sentiasa ada di sisi. Awak kemudiannya pulang ke rumah dan meluangkan masa dengan seorang lagi anak, kini berusia 2 tahun, berbual dan melatihnya menggunakan tandas. Awak sedang mengajar si kecil kita untuk berubah daripada seorang kanak-kanak menjadi budak lelaki dewasa! Hari awak belum berakhir. Awak kemudian menidurkannya pada waktu tengah hari supaya si kecil itu kembali bertenaga bagi menghadapi baki hari tersebut sambil menyedari yang awak sendiri tiada masa untuk berehat. Terlalu banyak urusan rumah yang belum selesai! Selepas menidurkannya, awak keluar semula menjemput si sulung dari pusat jagaan dan kemudian membawanya berjumpa doktor, bagi memastikan anak kita cukup sihat. Awak juga memastikan mereka makan malam. Pada waktu itu, barulah awak ada peluang untuk berbual dengan orang dewasa (suami awak; awak tiada rakan lain yang awak jumpa setiap hari) selepas seharian menguruskan hal rumah dan anak-anak. Jadi, isteriku… Ingatlah, ketika awak merasakan yang awak sedang melalui hari yang sukar dan terasa ingin berputus asa, sedarlah yang itu bukanlah realiti sebenar. Yang saya dapat lihat adalah seorang wanita yang tidak pernah bercuti sakit, tidak pernah berhenti menjadi ibu, tidak pernah meninggalkan keluarga pada saat sukar dan masih lagi mampu untuk tidur malam, walaupun awak tahu besok, anda akan melalui hari yang sama – semuanya sekali lagi. Isteriku… Ingatlah, walaupun awak merasakan yang awak adalah seorang ibu yang gagal atau tidak hebat, awak sebenarnya seorang insan yang sangat hebat di mata anak-anak kita dan kami sayangkan awak, di atas segala pengorbanan yang telah awak lakukan untuk kami!”

Wahai Suri Rumah Sekalian, Anda Wanita Hebat

Terharu tak membaca surat di atas? Jika kita lihat dan baca semula surat itu, kita akan perasan yang kehidupan seorang ibu, yang duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak, sibuk dengan hal urusan ahli keluarganya dan sangat sedikit berkenaan dengan dirinya.

Wahai suami dan anak-anak sekalian, hargailah pengorbanan isteri dan ibu anda!

Dan, wahai suri rumah sekalian, ketahuilah bahawa anda adalah seorang wanita yang hebat – tiada cuti, tiada pencen, dan kurang rehat. Memang hebat!

Sumber: Country Living

Stories Rakan Kongsi
Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan
Si Manja Bakal Mendapat Vaksin Tidak Lama Lagi? Ini Tip Yang Anda Perlu Cuba Sebelum & Selepas Suntikan
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Mums, Here's Everything You Need to Know About Pregnancy Stretch Marks
Becoming Financially Savvy By Maximising Financial Knowledge
Becoming Financially Savvy By Maximising Financial Knowledge
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat
Tips untuk Menjagakan Kulit Bayi Anda. Ibu Ayah, Cuba Tips Ini! No.3 MESTI Buat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah
Kongsikan:
  • "Buat abang, suamiku yang tersayang, terima kasih untuk segalanya..."

    "Buat abang, suamiku yang tersayang, terima kasih untuk segalanya..."

  • Suaminya membuat 'pasaraya mini' buat isterinya yang hamil dengan duit hasil berhenti merokok

    Suaminya membuat 'pasaraya mini' buat isterinya yang hamil dengan duit hasil berhenti merokok

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • "Buat abang, suamiku yang tersayang, terima kasih untuk segalanya..."

    "Buat abang, suamiku yang tersayang, terima kasih untuk segalanya..."

  • Suaminya membuat 'pasaraya mini' buat isterinya yang hamil dengan duit hasil berhenti merokok

    Suaminya membuat 'pasaraya mini' buat isterinya yang hamil dengan duit hasil berhenti merokok

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.