Apa Dosaku Ibu... Bayi Dicampak Dalam Semak, Muka Dihurung Semut Dan Lalat

Masalah kewangan dikatakan menjadi punca kenapa ibu ini tergamak mencampak anak lelaki yang baru dilahirkannya ke dalam semak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Entah apa yang ibu ini fikirkan, hingga sanggup campak anak yang baru dilahirkan kerana rasa diri tidak mampu untuk menjaganya disebabkan mempunyai masalah kewangan. 

Apalah dosa bayi yang baru dilahirkan satu hari itu hingga sanggup ibunya memperlakukan demikian kepadanya. Dia dicampak dari atas jambatan ke dalam semak berhampiran sungai. Mukanya dipenuhi gigitan serangan selain badan dan leher dihurung lalat dan semut.

Kesiannya bayi itu. Malang sungguh nasibnya beribukan wanita berkenaan. Entah apalah yang merasuk fikiran wanita itu hingga sanggup berbuat demikian.

Masalah kewangan punca ibu campak anak 

Kejadian menyayat hati itu berlaku di luar bandar Dehui di wilayah Jilin, China. Menurut laporan Daily Mail, ibu bayi berkenaan sudah pun ditahan pihak berkuasa di Utara China.

Dia dikatakan membuang bayi lelakinya itu dari atas jambatan ke dalam semak samun di bawah jambatan itu kerana bingung tidak mampu menyara anaknya kelak kerana mempunyai masalah kewangan.

“Saya buang dia sebab saya rasa saya tidak dapat menyara dan membesarkan dia, saya ada masalah kewangan,” katanya.

Mangsa diselamatkan orang awam

Bayi berkenaan bagaimanapun ditemui orang awam sedang terbaring dalam semak dan badannya dihurungi semut dan lalat.

Selain itu, di muka bayi berkenana penuh dengan kesa gigitan serangga selain lehernya dihurungi semut!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengandung lagi tanpa dirancang, apa anda patut buat?

Adakalanya ada pasangan yang tidak bersedia untuk menimang atau menambah cahaya mata. Bukan menolak rezeki, tetapi mereka mungkin tahu tahap kemampuan dari segi segalanya termasuklah kewangan.

Tapi, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Walau macam mana hebat pun rancangan anda, jika memang ditakdirkan anda mengandung lagi, ia tetap akan terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada yang bermuram durja kerana diri memang tidak bersedia menerima kehadiran orang baharu. Bagaimanapun, jika sudah wujud kehadirannya, usahlah mudah-mudah ditolak. Ada lagi orang lain yang memang menantikan saat indah itu. 

Jadi apa nak buat jika ‘termengandung’ tanpa dirancang? 

#1. Jangan panik

Paling penting jangan panik. Cuba bertenang dengan berita yang baru anda terima. Ada hikmahnya kenapa anda dipilih mengandung lagi. Anda mungkin tidak tahu rezeki yang bakal bayi baharu ini bawakan kepada anda dan keluar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tolong dan tolong jangan panik. 

#2. Syukuri nikmat

Bersyukurlah kerana anda diberikan nikmat merasai membawa nyawa lain dalam perut anda. Ada yang sudah menanti hampir 10 tahun pun masih tidak dapat merasainya. Malah ratusan ribu sudah dikeluarkan tetapi tetap masih belum diberikan rezeki ke arah itu.

Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada anda kerana ada yang masih menunggu lama untuk menimang cahaya mata. 

#3. Baiki keadaan kewangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: Hujan Emas

 

Keadaan kewangan adalah paling penting yang perlu diambil perhatian. Memang duit bukan segalanya, tetapi jika tiada duit, pening kepala juga jadinya.

Jadi, keadaan kewangan perlu dibaiki. Anda dan suami perlu lebih berhemah dalam berbelanja, tidak boleh berbelanja benda yang tidak perlu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebarang perkara yang tiada keperluan tidak perlu dibelanjakan. Elakkan pembaziran kerana anda memerlukan wang yang banyak untuk perbelanjaan anak. 

#4. Fikir positif

Set minda anda, yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jauhkan diri dari anasir negatif kerana ia hanya akan membuatkan emosi anda menjadi lebih teruk lagi. Tidak perlu terlalu memikirkan hal yang membuatkan fikiran anda pening. 

Luangkan masa untuk dekatkan diri dengan Allah. Jangan biarkan rangsangan negatif menganggu anda kerana rangsangan itu akan memberi kesan kepada bayi anda. 

Rangsangan negatif yang dirasai anak pasti akan memberi kesan kepada emosi anak apabila dia lahir nanti. Dia akan dapat rasakan bahawa kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu atau ayah kerana emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil boleh dirasai anak dalam perut. 

Jangan seksa anak dalam perut kerana ramai lagi wanita di luar sana yang ingin hamil tetapi tidak berupaya. Bersyukurlah anda diberikan nikmat itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: daily mail, nona

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-elak-mengandung

Penulis

Lala Annuar