Budak Lelaki Ini Ditambat Tali Untuk Menjadi 'Mata' Ibu Ayah Yang Buta, Terharu Lihat Kecekalan Dia!

Ibu bapa buta mata, budak lelaki ini rela ditambat dengan tali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama kali memandang gambar yang tular ini, sayu rasa di hati apabila melihat seorang insan kecil membawa ibu bapanya yang mempunyai masalah mata untuk meminta derma.

Ini kerana, biasanya ibu bapa yang menjadi panduan untuk anak-anak dalam segenap rencah kehidupan. Supaya mereka menjadi contoh dan teladan yang baik.

Ibu bapa ada masalah mata, anak rela ditambat dengan tali

Namun kali ini kita dapat lihat seorang kanak-kanak lelaki rela membiarkan dirinya ditambat pada badan ibu dan bapanya supaya menjadi mata kepada kedua-duanya yang mempunyai masalah mata atau buta.

Menurut laporan Cebu Daily News, kanak-kanak ini dan keluarganya tular setelah gambar mereka dikongsi sebanyak dua ratus kali di negara Filipina.

Di mana, gambar keluarga ini telah diambil oleh seorang petugas laut yang sedang bercuti di bandar Cebu.

Kebetulan ketika itu, pemuda tersebut bernama John secara kebetulan sedang memandu dan melalui kawasan tempat mereka meminta sedekah.

Di ruangan komen Facebook, rata-rata netizen terharu dengan kesungguhan kanak-kanak itu yang menunjukkan jalan pada ibu dan ayahnya sambil pakaiannya diikat dengan tali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apatah lagi, ada pengguna Facebook yang menangis apabila melihat kebaikan anak kecil ini terhadap kedua-dua ibu bapanya yang menunjukkan cinta sejati.

Kanak-kanak itu riang dan tersenyum

Lebih menyentuh perasaan apabila kanak-kanak itu masih boleh tersenyum meskipun kehidupan mereka susah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, identiti keluarga ini masih tidak dapat dipastikan misalnya di mana tempat tinggal mereka, nama dan sebagainya.

Apapun, kami mendoakan keluarga ini berada dalam keadaan yang baik dan anak lelaki mereka membesar dengan sihat.

Penjagaan mata supaya dapat elak buta secara tiba-tiba

Boleh dikatakan ramai masyarakat tidak kira lelaki mahupun perempuan mempunyai masalah mata dan penglihatan meskipun telah menukar cermin mata berulang kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, kanta mata mereka juga jelas menunjukkan selaput berbanding keadaan asal yang jernih.

Apatah lagi, kanta mata yang keruh juga menganggu kemasukan cahaya ke dalam retina, membuatkan penglihatan semakin kabur, imej nampak berganda, tidak mengenal pasti warna dan terganggu melihat cahaya terang atau silau.

Ini merupakan faktor berlakunya katarak yang biasanya terjadi kepada golongan yang berumur.

Secara umumnya, katarak adalah penyakit di mana mata pesakit yang jernih bertukar menjadi keruh disebabkan kerosakan pada protein dalam kanta.

Keadaan ini berlaku dalam tiga keadaan bergantung kepada kedudukan selaput dalam kanta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya, ia boleh berlaku di bahagian tengah atau nuklear disebabkan penuaan, katarak kortikal (pesakit diabetes dan penggunaan steroid terlalu lama.

Menurut Pakar Perunding, Dr. Sahimi Sulaiman, pada peringkat awal pembentukan katarak, pesakit berkemungkinan tidak mengalami gangguan penglihatan.

Sekiranya katarak nukler, pesakit merasakan penglihatannya semakin kabur, bertambah power dan sebagainya.

Berikutan peningkatan kuasa refraksi menyebabkan pesakit memerlukan gantian cermin mata dengan lebih kerap.

Simptom masalah mata

Antara simptom lain yang boleh dilihat adalah penglihatan seperti berasap, berubah menjadi kekuningan dan lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, katarak subkapsul pula pesakit merasakan sensitif pada cahaya terang seperti sinar matahari terik atau cahaya lampu kenderaan semasa memandu di waktu malam.

Jika keadaan ini terjadi, pesakit mungkin mengalami hilang pandangan secara tiba-tiba atau silau. Walaubagaimanapun, penglihatanya kembali pulih selepas berada di persekitaran yang suram.

Sekiranya tidak mendapat rawatan atau bertemu doktor penglihatan individu itu mungkin bertambah kabur hingga berisiko menjadi buta.

Buta sebab katarak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan buta disebabkan katarak adalah sebanyak 51 peratus.

Walaubagaimanapun, kebutaan disebabkan oleh katarak adalah lebih tinggi iaitu 58.6 peratus mengikut statistik daripada Tinjauan Mata Kebangsaan II (Nes II-2017).

Boleh dikatakan ini adalah peratusan tinggi dengan mengambil kira kebutaan disebabkan katarak berikutan masalah itu dan boleh dirawat dengan cara pembedahan.

Namun, ujian penglihatan perlu dilakukan bagi menentukan tahap dan jenis katarak dengan menggunakan mikroskop supaya dapat memeriksa tekanan mata dan retina.

Sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan glaukoma kerana penyempitan pada sudut antara kornea dan iris terutama bila katarak makin tebal.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Cebu Daily News 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu