Kenapa Bayi Tidak Ingat Apa Yang Mereka Belajar? Adakah Ia Normal?

Masalah memori bayi bukan satu perkara yang patut dirisaukan. Ini apa yang ibu bapa perlu tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah memori bayi membelenggu anda? “Saya baru ajar anak saya sesuatu dan anak saya seronok belajar. Tapi, bila saya tanya anak saya balik, anak saya macam tak ingat apa-apa!”

Bila anda ajar anak anda untuk tepuk tangan dan sebagainya. Anak anda teruja untuk belajar dan berjaya buat seperti yang anda minta. Tapi sejam kemudian, apabila anda tanya semula anak anda dan membuat aksi tersebut semula, anak anda tiada respons. Dan anda kena ajar semula anak anda. 

Adakah anda juga mempunyai bayi yang tak ingat apa-apa selepas belajar? Jangan gusar dan khuatir ya ibu bapa! Ini sebenarnya sesuatu yang normal dan biasa berlaku dalam kalangan bayi. Jadi, anda janganlah ingat yang anak anda ada masalah ya. 

Betul! Bayi sememangnya tidak mempunyai ingatan atau memori yang kuat sewaktu kecil dan mereka tidak dapat menyimpan banyak ingatan kerana otak mereka sebenarnya sedang berkembang! Ianya sedikit berbeza dengan ingatan kanak-kanak.

Adakah bayi punyai memori?

Kredit: Pexels

#1 Ingatan jangka pendek

Ini bukanlah bermaksud bayi anda tidak ingat apa-apa langsung ya. Ini bermaksud bahawa bayi mempunyai short term memori atau ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek adalah keupayaan otak untuk menyimpan maklumat atau informasi dalam jangka masa pendek. Pendek kata, anak anda hanya ingat pada waktu tersebut sahaja. Jika anda memperkenalkannya dengan sesuatu yang baru, mereka akan ingat pada waktu itu tetapi tidak pada waktu lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Ingatan memori tidak terbentuk

Berlainan dengan orang dewasa, bagi ingatan memori bayi, ianya masih belum terbentuk sewaktu mereka masih kecil. Menurut hasil kajian Journal Nature, sekumpulan pakar telah membuat kajian mengenai ingatan bayi. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa bahagian lobus frontal pada otak hanya akan matang apabila seawal bayi berumur 1 tahun. Tambahan lagi, kajian daripada sekumpulan pakar dari Harvard University mengatakan bahawa bayi umur 6 bulan hanya boleh mengingati memori baru selama 24 jam sahaja. Jadi, ibu bapa janganlah rasa geram dengan anak ya. Mereka tidak sengaja lupa!

#3 Bayi hanya ingat apa yang dia mahu ingat sahaja

Kredit: Pexels

Otak bayi berkembang dan mempelajari semua perkara pada masa yang sama. Semuanya kelihatan baru bagi bayi dan semuanya nampak menarik. Objek inilah, objek itulah. Kebanyakan ibu bapa mahukan anaknya buat itu dan ini tapi semestinya anak nak buat apa yang anda nak kan? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang boleh frust ya ibu dan bapa. Tapi tidak mengapa kerana ini adalah satu peringkat pembesaran kanak-kanak yang harus dilalui oleh ibu bapa. Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk ibu bapa membantu anak mengingati dan menyimpan memori dengan lebih baik.

Bagaimana nak bantu anak untuk mengingati dengan lebih baik?

#1 Membaca

Walaupun anak anda tidak boleh memahami anda sepenuhnya tetapi dengan membacakan buku kepada anak anda, anak akan dapat memahami dunia persekitarannya dengan lebih baik. Malah, anda boleh memperkenalkannya kepada warna, bentuk dan huruf dengan cara menyeronokkan. Sekali gus, ianya dapat membantu pemahaman dan menajamkan memori anak anda.

#2 Rutin yang konsisten

Cara ini sangat berkesan bagi bayi kecil kerana cara ini dapat membantu perkembangan memorinya. Dengan mewujudkan rutin, anak anda akan dapat kemampuan mengingati semula dan memberi perhatian. Sebagai contoh, kalau anda sudah biasa memberikan makanan kepada anak anda di kerusinya. Atau meletakkan alat permainannya di satu tempat. Wujudkan rutin tersebut dan biarkan ia konsisten. Supaya anak tahu dah sampai waktu makan dan juga dan dimana anak anda boleh dapatkan permainannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Tidur

Tidur ini paling wajib sekali. Anak anda perlu rehat dan tidur yang cukup mengikut keperluan umurnya. Tidur yang cukup akan membuatkan anak anda mempunyai memori yang baik. Tahukah anda kajian yang menyelidik hubung kait tidur dan bayi menunjukkan bahawa bayi yang tidur sekurang-kurangnya 30 minit sehari mampu mengingati apa yang dipelajarinya selama 24 jam! Sama seperti hasil dapatan kajian mengenai bayi berusia 6 bulan!

#4 Ulang, ulang dan ulang semula

Kredit: Pexels

Nak ingat sesuatu mesti perlu berulang kali. Begitu juga dengan bayi anda. Kalau anda nak anak anda mengingati mengenai salam ibu bapa, tepuk tangan dan pelbagai gerakan lain. Anda kenalah buat satu gerakan itu berulang kali untuk bantu anak anda mengingati gerakan tersebut. Tapi kalau berulang-ulang tu janganlah sampai bosan. Pelbagaikan sikit. Pengulangan ini penting bagi menguatkan lagi hubungan atau sambungan saraf yang sedia ada. Ini bagi menguatkan lagi memori anak anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Dailymail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Tahukah anda yang kanak-kanak akan lupa apa berlaku ketika umur 7/8 tahun?

Penulis

Nina Osman