Fizo & Mawar Hadapi Kemelut, Ini 3 Cara Hadapi Masalah Rumah Tangga Dalam Islam

Sememangnya perceraian adalah jalan terbaik jika masalah dalam rumah tangga tidak dapat diselesaikan sekaligus menghentikan permusuhan antara suami isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laman sosial Facebook kecoh apabila hubungan selebriti popular Fizo Omar dan Mawar Karim dikatakan sedang berantakan. Timbul juga dakwaan yang mengatakan Mawar telah berjumpa peguam bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling bagi selesaikan masalah rumah tangga dalam Islam ini. 

Kredit: theStar

Walau bagaimanapun suaminya, Fizo Omar sedikit terjejut apabila mendapat tahu perkhabaran tersebut dan menunggu perkembangan lanjut dari pihak isterinya.

Malah Fizo juga merasakan ia adalah sesuatu yang serius jika Mawar sudah mendapatkan nasihat peguam tentang masalah rumah tangga mereka. Dalam masa yang sama, Fizo turut akui perkahwinannya bersama isteri sedang berdepan dengan kemelut namun menolak dakwaan ia berpunca dari pihak ketiga.

Fizo juga tidak menyalahkan Mawar dan tidak mahu mengaibkan sesiapa atas apa yang berlaku dan mengangap ia sebahagian dari ujian Allah demi menguji keimanannya.

Fizo berdoa agar kemelut yang melanda selesai dengan cara baik meskipun jalan terakhir adalah perpisahan jika itu yang terbaik buat mereka berdua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyelesaian terhadap masalah rumah tangga dalam Islam

#1. Kongsi cerita rumah tangga dengan rakan yang boleh dipercayai

Ada ketikanya kita rasa segan untuk berkongsi cerita rumah tangga dengan rakan-rakan atas sebab tertentu, namun sebenarnya kawan-kawan juga dapat membantu selesaikan masalah anda.

Akan tetapi, cari kawan yang boleh dipercayai serta seeloknya rakan yang ada pengalaman dalam hal yang sedang melanda anda.

#2. Hubungan forum 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya takut untuk bercerita dengan orang yang dikenali, mungkin anda ingin berbincang dengan sekumpulan orang yang tak dikenali.

Ini kerana, mereka semua akan bersikap jujur dan terbuka dengan anda dalam memberi pendapat tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Malah, anda juga akan dapat pandangan yang berbeza-beza dari mereka sekaligus membantu anda dalam membuat keputusan yang terbaik berbanding mendapatkan nasihat pada satu sudut sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kaunseling

Anda sepatutnya tidak perlu berasa malu jika mendapatkan khidmat kaunseling dalam menyelesaikan masalah dalam rumahtangga. Malah ia adalah salah satu jalan terbaik supaya setiap pasangan tahu dan sedar tentang masalah perkahwinan yang mereka sedang alami.

Namun begitu, kaunseling ada beberapa kelemahan seperti memerlukan bayaran tertentu untuk khidmat kaunseling bergantung pada tahap kaunselor tersebut.

Keduanya, kaunseling bukan penentu atau penjamin bahawa perkahwinan anda dapat kembali bahagia seperti sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, kemungkinan pasangan anda tidak mahu bekerjasama untuk hadiri sesi kaunseling bersama-sama.

Justeru, selesaikan masalah perkahwinan anda dengan segera dan jangan mengambil sikap sambil lewa kerana jika tidak dirawat terlebih awal anda mungkin berhadapan dengan masalah yang lebih berat yakni perceraian!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Rotikaya, Hasani kursus kahwin 

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecewa Hubungan Suami Isteri Berubah, 5 PUNCA Ini Mendorong Isu Rumah Tangga