Konflik Dalam Perkahwinan Itu Biasa, Anda Hanya Perlu Bijak 'Tackle' Pasangan

Masalah demi masalah hadir menjengah, kadang kala krisis yang sedia ada pun tidak selesai lagi, muncul pula masalah lain. Jom kita cerita antara masalah rumah tangga dan penyelesaiannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda sebagai isteri kerap merasakan rumah tangga anda menemui kegagalan akibat konflik yang dialami? Masalah demi masalah hadir menjengah, kadang kala krisis yang sedia ada pun tidak selesai lagi, muncul pula masalah lain. Jom kita cerita antara masalah rumah tangga dan penyelesaiannya. 

Di sini kita beri satu contoh satu pasangan, iaitu Sarah dan suaminya. Sarah selalu menganggap yang perkahwinannya sudah menemui jalan buntu dek kerana krisis atau konflik yang sering datang menduga. Setiap hari Sarah berasa resah dan gelisah hingga tidak lena tidurnya. 

Bagi Sarah setiap konflik perlu diselesaikan dan tidak mahu tidur dalam keadaan marah, akan sentiasa ada cara menyelesaikan masalah rumah tangga. Namun berbeza dengan suaminya yang menganggap jika tidur dalam keadaan marah adalah opsyen yang terbaik maka mengapa tidak? 

Sarah mengharapkan satu perkahwinan yang bebas konflik dan sentiasa dipenuhi dengan pelangi dan sinaran mentari, tapi sebenarnya Sarah silap. Konflik atau krisis dalam perkahwinan adalah sesuatu yang tidak dapat dileakkan. 

Masalah rumah tangga dan penyelesaiannya 

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Perkahwinan mana yang tiada konflik? Cukup mustahil. Konflik sememangnya ada, hanya terpulang kepada pasangan seberapa bijak untuk mereka mengatasinya. Ini antara cara menyelesaikan masalah rumah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Toleransi dan kompromi

Mudah untuk dikatakan tapi memang ini kunci utama dalam mengatasi konflik dalam rumah tangga. Sentiasa bertolak ansur dengan pasangan kita. Apabila kita sudah tahu kekurangan suami kita, kita cari pula kelebihannya dan sentiasa kita fokus pada kebaikannya itu.

Sudah tahu suami jenis yang tidak pandai memasak atau membuat kerja rumah janganlah dipaksa, cuba pastikan dia membuat kerja-kerja yang dia pandai, mungkin basuh tandas? Mengemas tempat tidur? Menukar cadar, apa-apalah, dalam banyak-banyak mesti ada satu yang dia pandai bukan?

#2. Jangan sesekali mengungkit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap apa kesalahan yang pernah dibuat pasangan kita, apabila bergaduh janganlah ungkit kembali kesalahannya itu. Ia tidak akan membantu pun, hanya memburukkan lagi keadaan adalah. Jadi ingat suami isteri semua, apabila anda memaaf anda perlu juga melupakan. Forgive and forget namanya.

#3. Jangan buat keputusan ketika marah

Ketika berlakunya pertengkaran, cuba tarik nafas dalam-dalam dan berlalu dari situ. Bukanlah menyuruh anda berlari dari masalah, cuma anda perlu redakan dulu kemarahan, tenangkan diri, ambil air wudhu jika perlu. Jangan sesekali putuskan sesuatu atau buat keputusan ketika anda marah, percayalah anda akan menyesal nanti. Apabila keadaan sudah reda, barulah hampiri pasangan dan mula bercakap dengan lembut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Kurangkan ekspektasi

Jangan terlalu berharap pada pasangan anda. Ini bagi mengelakkan anda cepat berasa kecewa. Jika anda boleh buat sesuatu perkara dengan sendiri jangan tunggu pasangan untuk lakukan. Sekali lagi kompromi itu penting. Kalau anda harapkan pasangan akan buat kejutan di hari kekasih atau hari lahir atau ulang tahun, lupakan saja.

Jika anda mahu anda saja lakukan untuk dia, kerana jika anda sering melakukan benda itu lama kelamaan suami juga akan terikut. Layan dia sebagaimana anda ingin dilayani. Kalau dia tidak buat tidak mengapa jangan kecewa kerana apa yang anda lakukan niat kerana Allah dan inginkan perkahwinan yang bahagia bukan semata untuk pasangan. 

#5. Sentiasa berdoa

Doalah setiap hari untuk perkahwinan yang utuh, bahagia, dan dilindungi. Minta dikurangkan ujian dalam rumah tangga. InshaAllah Dia maha mendengar. Jika tak dikurangkan ujian pun dia akan kurniakan sebuah hati yang tabah menerima dugaan. Ingat, perpisahan adalah paling dibenci Allah. Jadi jika anda usaha untuk perkahwinan bahagia nescaya lambat laun akan diberi olehNya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Menghargai setiap kenangan indah yang dilakukan bersama 

Jika anda mengingati dan meraikan setiap kenangan indah yang dilakukan bersama, seperti kenangan bulan madu, maka mood anda cenderung untuk menjadi lebih bahagia.

Ia telah terbukti secara ilmiah bahawa pasangan yang meraikan setiap momen indah akan dapat meningkatkan tahap keintiman, komitmen, kepercayaan dan kepuasan dalam perkahwinan.

Seronok juga ya bila membaca hal-hal seperti menambah baik hubungan dalam rumah tangga bersama pasangan kita? Mari kita praktikkan bersama di rumah.

Hargai dan jangan ambil mudah tentang kesetiaan serta kasih sayang yang telah dicurahkan oleh pasangan kita. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami, Ajaklah Isteri Untuk Berbulan Madu Kedua Bagi Hangatkan Kembali Rasa Cinta