Masalah Sosial Dalam Kalangan Kanak-kanak, Apa Yang Patut Ibu Ayah Lakukan

Semestinya ibu bapa harus mendididik anak-anak agar tidak menjadi terlalu naif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah sosial dalam kalangan anak-anak semakin memuncak dalam era kemajuan teknologi di hujung jari kini. Menjadi kemestian kepada ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak-anak dengan lebih ketat lagi.

Kebanyakan punca masalah sosial berlaku disebabkan penyebaran media berunsur negatif di internet. Dengan itu, ibu bapa hendaklah mengawal penggunaan internet di kalangan anak-anak.

Masalah Sosial

Masalah sosial ini berleluasa mungkin kerana anak-anak masih mentah dan akan ikut apa yang telah ditonton di internet.

Di samping itu, guru dan ibu bapa harus memainkan peranan. Guru adalah individu yang terdekat dengan anak-anak selain ibu bapa. Perbincangan antara guru dan ibu bapa perlu diadakan bagi mengawal tingkahlaku ank-anak di sekolah.

Perkembangan Sosial Kanak-kanak

Perkembangan sosial kanak-kanak berkisar tentang pencapaian mereka di rumah dan di sekolah. Ibu bapa harus mengambil kisah tentang tahap disiplin dan pencapaian anak-anak di sekolah. Jika prestasi dan disiplinnya merosot, tentu ada masalah yag berkaitan dengan masalah moral anak-anak yang pihak sekolah dan ibu bapa patut siasat.

Perhatian yang lebih perlu dilakukan untuk anak perempuan. Ini adalah kerana martabat seorang perempuan yang lebih tinggi daripada seorang lelaki. Ini adalah bagi mengelakkan remaja perempuan terjebak dalam masalah sosial,seperti pergaulan bebas yang akhirnya boleh menyebabkan kes rogol dan zina, dan kehamilan luar nikah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kehamilan luar nikah terjadi, ini akan menyebabkan anak-anak akan menggugurkan bayi atau membuang bayi dengan alasan tidak mahu menjaga bayi tersebut.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes rogol pelajar perempuan berusia 13 tahun bersama lelaki berusia 14 dan 15 tahun. Semestinya ibu bapa harus mendididik anak-anak agar tidak menjadi terlalu naif.

Dalam mengawal masalah sosial di kalangan anak-anak, ibu bapa harus menerapkan ajaran agama dan moral di kalangan anak-anak. Dengan ajaran agama yang cukup, anak-anak pasti boleh membezakan baik buruk tindakan yang dilakukan dan kesannya terhadap diri sendiri mahupun orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Guru juga harus mendidik anak-anak dengan ajaran agama serta mendisiplinkan mereka. Tetapi, guru hanyalah mampu memantau kegiatan dan aktiviti anak-anak terbatas semasa mereka berada di sekolah sahaja. Ibu bapa jangan melepaskan tangungjawab mendidik anak kepada guru dengan alasan sibuk bekerja.

Secara kesimpulannya, ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak selain guru-guru. Ibu bapa tinggal bersama anak-anak, malah lebih mengenali anaknya sendiri daripada orang lain. Lantas, mereka haruslah mengawal setiap gerak geri anak-anak.

Rujukan: Astro Awani

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

my.theasianparent.com/gambar-anak-yang-tidak-harus-anda-letak-dalam-media-sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh